Bab 7 - curiga

Psychological Series 3851

Waktu rehat

Seorang gadis memakai seragam sekolah berbaju kurung putih, kain biru muda dan mengikat rambutnya menjadi satu itu berjalan di koridor kelas untuk pergi ke kantin sekolah seorang diri.

Sedang dia berjalan, Tasya terserempak dengan Faliq. Dia hanya buat muka bodoh saja sambil berjalan lurus ke hadapan tanpa menghiraukan kehadiran Faliq disitu.

'Aik dia tak tegur aku pun... Aku ada buat salah ke' Faliq berkata didalam hati.

Sedikit curiga kerana gadis itu akan menegur nya atau pun menghadiahkan satu senyuman manis buatnya apabila mereka terserempak. Tetapi kali ini Tasya tidak senyum jauh sekali menegur nya.

"Hai Natasya" Faliq menegur gadis itu lalu melemparkan senyuman manis buat Tasya. Dia menyangka kan bahawa gadis itu akan membalas sapaannya sebentar tadi namun sangkaannya salah.

Tasya hanya memberikan senyuman sinis yang ngeri itu sambil menjawab

"Hai Faliq" ringkas sahaja namun entah kenapa bulu roma Faliq tegak apabila mendengar suara gadis itu. Kedengaran begitu seram.

"Sorang je ke" Faliq ingin bersembang dengan Natasya kerana rindu akan gadis itu. Ya, Faliq sudah lama menyukai Natasya dia hanya menunggu masa yang sesuai untuk meluahkan perasaannya pada gadis comel itu.

"Haah, hm takpalah Faliq saya ada kerja ni nanti lain kali kita sembang ya? Bye" Gadis terus berlalu sebelum Faliq sempat menjawab.

Faliq berasa sedikit pelik dengan perangai Natasya tambahan pula dengan gosip pada pagi tadi yang telah tersebar di kalangan murid tingkatan 5. Gosip tentang Natasya membalas dengan berani semasa Sarah mahu membuli dirinya.

Sungguh dia terkejut dengan perubahan Tasya. Setahunya gadis itu amat lemah lembut dan seorang yang sangat tabah. Apakah punca Natasya Emelda berubah sehingga 360 darjah!?

Mintak maaf sebab chapter kali ni pendek.. myra bz sikit lately ni Enjoy dengan cerita ni apakah yang bakal Natasya lakukan selepas ini? staytuned guys!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience