Bab 5 - Bukan Tasya yang 'dulu'

Psychological Series 3851

11:06 pm
Seorang gadis yang tertidur di tepi katil akibat terlampau banyak menangis itu terjaga. Natasya membuka matanya dan dia diam. Satu saat dua saat tiga saat
"HAHAHAHA" tiba tiba dia ketawa dengan kuat dan nyaring. Entah kenapa suara itu amat mengerikan. Tasya bangun dari tempat tidur nya tadi lalu pergi ke meja yang mempunyai cermin besar di dalam bilik nya. Tasya merenung dirinya sendiri dan.... Itu bukan Tasya yang dulu ! Dia nampak sangat berbeza. Rambut yang serabai, bibir yang mengoyakkan sebuah senyuman ngeri dan tangan yang ligat membuka laci meja lalu mengambil sebilah... Pisau !

Lama dia meneliti pisau tersebut dan hatinya berkata 'lakukan lah, semua orang membencimu' Dia tersenyum lalu menoreh lengan nya beberapa kali tanpa menarik balik senyuman yang ngeri itu. Dia menoreh di tempat yang sama dan Tasya tidak berasa bersalah apatah lagi sakit. Setelah banyak darah yang dikeluarkan, Tasya merenung pisau yang basah dengan darah dan dia menjilat darah yang berada pada pisau tersebut.
"Hmm tak manis sangat." kata Tasya di dalam hati. Dia menjilat pisau tersebut sehingga hilang kesan darah dah terus ke bilik mandi untuk membersihkan diri lalu dia merebahkan badan di atas kati sambil menunggu hari esok tiba....

Seperti biasa, Tasya bangun pagi untuk bersiap ke sekolah namun paginya ini lain. Kebiasaanya dia akan murung dan bersedia untuk di buli dengan dirinya yang pasrah menjadi bahan gurauan mereka. Namun, harini Tasya bersemangat dan menanti masa yang tepat untuk turun ke bawah. Apabila jam sudah menunjuk kan pukul 6:45 dia berlalu turun ke bawah dan disapa kasar oleh Qaisara dan Farah.
"Eh turun pulak kau ! Kau memang tak malu eh dah la menumpang dekat sini lepastu anak angkat ! Mak bapak kau dah buang kau lah !" sindir Qaisara kuat. Farah yang dari tadi hanya tersenyum mengejek itu pula bersuara.
"Kesian kau Mel, mak bapak tak sayang lepastu senang je dorang buang kau macam sampah dan papa mama yang kutip kau. Sepatutnya kau kena ucap terima kasih dan balas jasa mama ! Bukan menyusahkan" herdik Farah tak berlapik. Sebenarnya ibu ayah Tasya tak buang Tasya, Qaisara sengaja membuat cerita supaya Tasya menangis dan sedih. Tetapi mereka silap. Tasya bukanlah Tasya yang lemah lembut, selalu dipijak dan akan menangis apabila di marahi namun dia hanya ketawa kecil serta tersenyum senget seakan mengejek.
"Kau ketawa apa setan!?" marah Qaisara sedikit bengang dengan sikap Tasya yang seperti aneh. Farah hanya diam dan menanti bila perlu dia menyelah.
"hmm orang ketawa pun tanya kenapa ye?" soal Tasya menyindir Mak angkat nya.
"Haii sejak dah tahu kau ni anak terbuang, dah berani eh kau melawan" marah Farah dan dia mahu menampar muka Tasya. Tapi malangnya tindakan Farah sempat ditepis dan Tasya menampar muka Farah sekuat hati sambil ketawa yang ngeri itu.

Panggg!!
"Ahhh mama, tengok lah betina ni tampar Farah !" adu Farah penuh emosi.
"Heyy berani kau tampar anak aku ! Kau sedar tak yang kau tampar tu kakak kau ! Kau take reti nak hormat dia ke hah !?" Tengking Qaisara tepat di depan muka Tasya namun, Gadis itu langsung tak terkesan mahupun takut malah dengan senang hati dia menjawab
"Farah kakak aku ke? Aku rasa aku tak ada kakak yang menyerupai iblis macam anak kau ni". Senyuman ngeri gadis itu muncul lagi apabila dia di tengking oleh Qaisara.
"Kau jaga mulut kau ! Aku rasa kau yang iblis bukan anak aku !" marah Qaisara.
"Hmm kau ni Farah memang manja betul lah kan? Apa apa semua nak mengadu dekat mak kau" ejek Tasya tanpa rasa takut.
"Sebab dia masih ada mak bapak lah dia mengadu tapi kau? Mak bapak dah buang" sindir Qaisara bagi membela Farah.
"hmm ye lah kan"
"okay lah aku pergi dulu, and kau Farah nanti kalau kau nak kahwin, kau kahwin je dengan mak kau ni ha kan sama sesuai...." Tasya mendekatkan dirinya dengan Farah dan menyambung ayatnya tadi
"Perangai mak kau dengan kau tak ubah macam setan kan? Sesuai sangat hahahah" Sambung Tasya penuh sindiran.
"Kurang ajar kau Mel !" jerit Farah tetapi dengan santai Tasya berjalan keluar rumah untuk pergi ke sekolah. Qaisara mengetap kuat giginya menahan geram akan sikap Tasya yang berubah 360 darjah apabila mengetahui tentang dia adalah anak angkat keluarga ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience