Bab 1 - Natasya Emelda

Psychological Series 3851

Aku Natasya Emelda binti Mohamad Farid. Aku berumur 17 tahun. Aku anak kedua dari tiga adik beradik, aku mempunyai seorang kakak yang bernama Farah Farisya yang berumur 21 tahun dan sedang belajar di luar negara. Adik bongsu keluarga aku pula bernama Farah Faisara yang berumur 15 tahun dan bersekolah yang sama seperti aku. And korang jangan pelik kenapa nama aku je yang lain dari yang lain, yelah nama mama aku Qaisara, nama papa aku Farid dan adik beradik aku yang lain semua nama ada kaitan dengan nama mama papa aku. Tapi aku? Nama aku sorang je Natasya Emelda. Dan sebenarnya hidup aku bukan macam orang lain, aku dibesarkan oleh keluarga aku tapi aku tak pernah merasakan kasih sayang dari mama aku sendiri. Ini kerana semasa aku dilahirkan, mama aku mahukan anak kedua lelaki tetapi aku lah yang keluar, tapi aku macam tak percaya lah kan? takkan disebabkan tak dapat anak lelaki mama perlu bencikan aku.

"Mama! Mel nak keluar pergi beli barang kejap boleh?" oh lupa, keluarga aku panggil aku dengan panggilan Mel. Okey sambung.
"Pergi je lah ! Selama ni kau nak pergi mana mana ada aku kesah ke!?" Kasar nada yang digunakan oleh Qaisara kepada anaknya, Tasya. Tasya hanya tersenyum hambar dan menahan air mata dari jatuh. "Walaupun mama cakap macam tu, Mel tak pernah bencikan mama dan akan hormat mama sebagai ibu kepada Mel" kata Tasya sambil menyeka air mata yang hendak gugur menggunakan ibu jarinya. "Mel pergi dulu ma." sambung Tasya sambil menghulurkan tangannya untuk menyalami ibunya. Namun tindakannya itu ditepis malah Natasya ditengking oleh ibunya. "Hey Mel ! Kau dengar sini eh. Aku tak pernah anggap kau sebagai anak aku ! Kau dengar tak!?" jawab Qaisara sambil menunjal kepala Natasya lalu pergi meninggalkan Natasya yang sedang menangis mengenangkan apa yang dihambur oleh ibu kandungnya sendiri.

Tiba tiba mereka terdengar bunyi ketukan pintu dan suara memberi salam yang amat dikenalinya. "Assalamualaikum! Mama ooo mama Farah dah balik." Ya, itu suara kakak sulung aku Farah Farisya. Aku hanya memanggil nya kak Farah dan... Dia pun sama macam mama aku jugak maksud aku dia pun bencikan aku dan tak pernah layan aku macam adik kandung dia sendiri. Mahupun adik bongsu aku tu pun tak pernah hormat aku kecuali papa. Papa sayang kan aku dan hanya papa tempat aku bermanja tetapi masalah yang aku hadapi tak ada sorang pun tahu mahupun papa aku. Aku hanya pendam apa yang aku rasa daripada dulu.
"Ehh anak mama dah balik, macam mana belajar kat sana? Seronok tak?" tanya Qaisara dengan teruja. Maklumlah, anak kesayangan. "Okay je ma Farah suka belajar kat sana, semua okay." jawab Farah dengan nada manja didengari oleh mama aku. Tapi kalau telinga aku yang dengar ni macam nak terajang pun ada muka dia hahaha . "Eh Mel kau basuhkan baju aku kejap. Aku penat lah baru balik dari flight tadi, kau tu takpelah hidup kat sini pun menyusahkan mama je !" Sindir Farah dengan nada kasarnya. 'Eh eh nak sindir sindir aku pulak, tak basuh kang baju kau tu! kata Tasya didalam hati. Namun, Tasya tetaplah Tasya yang sentiasa menghormati ahli keluarganya yang lain walaupun layanan yang diberikan sangat lah teruk. "Baiklah kak nanti Mel basuhkan baju kakak." balas Tasya sopan. "Hey aku nak kau basuh tangan tau sebab baju aku bukan macam baju kau yang murah tu ! Faham tak !?" Marah Farah pada aku. "Betul tu Mel baju kakak kau tu basuh tangan jangan sampai koyak kalau koyak siap kau." Amaran keras aku dapat dari mama. "Baiklah ma."

Keesokan paginya, Tasya pergi ke sekolah seperti biasa dengan berjalan kaki. Ianya mengambil masa dalam 15 minit sahaja dari rumahnya untuk tiba di sekolah. Setelah sampai, Tasya pergi ke kelasnya yang terletak di tingkat 3. Kelas Tasya ialah kelas pertama dari tujuh kelas, nama kelas nya ialah Mawar. Setelah menaiki tangga untuk sampai ke tingkat 3, Tasya memasuki kelas nya seperti biasa namun apabila dia melangkah masuk, ada tong sampah yang jatuh di atas kepalanya dan sampah pula berselerakkan dia atas kepala Tasya. Kawan sekelas nya jangan ditanya la, semua sudah menghamburkan tawa dan ada juga yang merakam nya. Inilah yang dia tak suka apabila berada di sekolah. Yalah Aku datang sekolah nak belajar bukan nak jadi bahan gurauan 'kasar' mereka. Tasya yang terkejut hanya menjerit kecil dan matanya terus memandang sekumpulan pelajar perempuan yang sedang merakam dirinya.
'Ni mesti kerja malaun tu' kata Tasya didalam hati. Siapa yang tak kenal kumpulan tu? Itu kumpulan pelajar yang terkenal dengan sikap suka membuli pelajar yang lemah dan pendiam seperti dirinya. Kumpulan itu terdiri daripada ketua mereka, Maisarah atau dikenali sebagai sarah. Dan diikuti kawan baik nya Alisa dan Emy. Waktu itu Tasya hanya mampu mengalirkan air mata malah makin dia menangis makin galak mereka mentertawakan Tasya sambil melemparkan kertas kosong yang digumpal menjadi bulat. "Hahahaha kesian kau kan? Dah la buruk ! Tak cantik ! Bodoh pulak tu. Hey aku dengar kau tak pernah bawak mak kau datang sekolah bila ada jemputan ibu bapa. Ke mak kau dah mati? Hahaha." kata Sarah dengan kuat. Alisa dan Emy pula makin bertepuk tangan bila dengar kata kata Sarah kepada aku sambil berkata "Aku rasa lah kan memang mak kau dah mati dan lebih baik mak kau mati daripada ada anak macam kau lah !" hambur Emy pula. Pada waktu itu pula aku memang dah tak tahan jadi aku terus berlari menuju ke arah tandas. Sampai di tandas, laju aku mengunci pintu dan menangis sepuas hati. Hati aku sakit, jiwa aku penat, mata aku pula dah bengkak dan merah akibat banyak menangis. Terasa sesak dada aku bila mengenang nasib aku ni. Di rumah pun kena marah, hina dan dibenci malah di sekolah pun lagi teruk aku diperlakukan. Ya Allah aku penat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience