Bab 3 - Jumpa Faliq?

Psychological Series 3851

"Hoi Mel !" tegur adikku kasar.
"Ya kenapa Fai?" aku membalas lembut walaupun hati aku agak terasa dengan layanan adik bongsu aku.
"Kau tak masak ke ha? Aku ni dari tadi balik sekolah kau tak sampai sampai kau pergi mana?" marah Faisara.
"Akak ada hal tadi so tak sempat nak balik awal untuk masak" balas aku sopan. "semak lah kau ni blah la!" ehh dah kenapa nak marah marah aku.
"Hm takpela kalau fai lapar akak boleh masakkan" Faisara menjeling aku lalu menarik rambut aku yang panjang.
"Hey kau dengar sini Mel ! Aku tak ada lah kakak macam kau ni !" marahnya lagi. Sumpah aku terasa hati dengan apa yang Faisara cakap. Ya aku tahu aku bukan kakak yang baik untuk dia tapi perlukah buat aku macam aku takda hati dan perasaan?
"Fai, akak tahu akak tak layak untuk jadi kakak Fai tapi tak boleh ke Fai hormat akak sebagai kakak kepada Fai?" soal aku dengan nada bergetar. Ya, aku tengah menahan tangis. Dia melepaskan rambut aku lalu menengking aku lagi
"Aku takde kakak macam kau ! Kau faham tak !?
"Apa bising bising ni? Eh Mel kau buat apa dekat anak aku?" mama marah aku sebab Fai bising hmm ada jugak aku hilang sabar nanti.
"Tak buat apa ma, Fai tak salah Mel yang salah ma"
"siapa cakap anak aku salah? Kau tu salah ! Selalu menyusahkan hidup aku ! Eh lebih baik kau mati lah !!!" aku tersentak. Sampai macam tu sekali mama bencikan aku. Aku mula menangis kerana aku tak dapat tahan lagi.

"Kau cakap apa ni Qaisara !?" ha sudah bala dah datang. Aku cepat cepat menyeka air mata aku menggunakan jari, aku tak nak papa nampak aku menangis.
Qaisara terkedu dia tidak tahu pula yang Farid dah balik dari outstation selama 4 hari. Qaisara mula gelisah kerana selama ini dia hanya berlakun baik dihadapan Farid, dia tak sangka lakunan nya akan tamat begitu saja. Ahh aku tak peduli aku tetap akan seksa dia selagi dia ada kat rumah ni kata Qaisara didalam hati.
"Ya, apa yang awak dengar semua betul memang saya benci budak ni !" balas Qaisara berani. Aku dan Fai hanya mendiam kan diri daripada menyampuk dalam pergaduhan mama dan papa.
"Ya Allah mengucap Qaisara kau sedar tak kau cakap apa ni?" Aku dapat rasa yang papa sedang menahan marah dengan kelancangan mama.
"Memangla saya sedar, eh awak kenapa sayang sangat dengan budak tu hah?" berani Qaisara menjawab.
"Dah la Sara, aku malas nak gaduh dengan kau." Sebenarnya bukan dia mahu mengaku kalah tapi dia bimbang jika rahsia sebenar akan terbongkar.
"Dah Mel ikut papa, papa nak cakap sekejap."
"Hah elok lah tu kau Mel jangan nak menghasut laki aku tu pulak kau dengar tak !?" Qaisara masih memarahi Tasya. "Kamu diam la Sara, aku yang nak bercakap dengan dia bukan dia yang nak bercakap dengan aku." Pening kepala Farid nak melayan perangai isteri nya yang agak kebudak budakan itu.
"Baik pa." aku turuti sahaja arahan papa. Dan mama aku? Memang muka tak puas hati sebab papa menangkan aku hmm.

"Mel, papa mintak maaf sebab tak tahu apa yang Mel lalui dekat rumah ni. Kalau papa tahu papa takkan biarkan Mel sorang sorang di sini, maafkan papa Mel." Ucap Farid panjang lebar. Sungguh dia kesal dengan apa yang isterinya lakukan pada Tasya. Dia terasa bodoh sangat sebab percaya dengan lakonan Qaisara di depannya.
"Papa, papa tak salah pun. Takpa pa lagipun semua ni salah Mel jugak bukan mama dengan Fai. Papa jangan la gaduh dengan mama, Mel tak suka la pa." aku cuba memujuk papa supaya tidak menghukum mama. Ya walaupun mama aku berikan layanan yang teruk, dia tetapla mama aku, mama juga yang mengandungkan aku selama 9 bulan. Farid mengeluh kecil, dia tahu hati Tasya baik dan dia juga kagum melihat Natasya yang sangat tabah.
"Iyela Mel tapi kalau Mel ada apa apa nak share atau nak luahkan papa ada untuk Mel. Papa sayang anak papa." balas papa yang tiba tiba menjadi sayu.
"Pa, Mel okay je la papa jangan la sedih nanti tak handsome hero Mel ni." aku membuat suara ceria untuk menunjukkan yang aku tiada masalah walaupun hati aku telah hancur.
"ya la Mel. Mel ingat tau papa sentiasa doa yang baik baik untuk anak papa."
"Terima kasih papa, Mel pun akan selalu doakan papa dan sayang papa sampai bila bila."

Harini hari jumaat, cuti sekolah dan aku ingat nak duduk rumah saja. Tapi telefon aku tiba tiba berdering, aku tengok nombor unknown.
"hm nak angkat tak ni tapi kalau tak angkat takut penting. Angkat jelah."
"Hello? Siapa ni?" soal Tasya.
"Hello Tasya ni saya Faliq" ohh Faliq rupanya.
"Haa ye Faliq ada apa ni?" jawabku
"awak free tak petang ni?" aduh bikin suspen betul.
"Faliq boleh tak awak straight to the point je haha" jenis aku memang tak suka buang masa sikit.
"Hahaha sorry sorry sebenarnya saya nak ajak awak keluar petang ni?" gulp haa sudah ni tak tahu nak jawab apa ni. Aku terdiam dia pun terdiam, lama kami diam dia pun bersuara.
"Tasya? Awak okay?" bagai kilat menyambar aku pun tersedar dari lamunan pendek tadi.
"Haa ye ye sa.. ssa.. saya okay je ni haha" aduh asal aku pergi gelak pulak ni.
"Jadi boleh tak kita jumpa kat taman petang ni?"
"Haa ye boleh boleh pukul berapa ya?" tanya aku.
"Dalam pukul 4 boleh?"
"boleh, nanti saya pergi" aku pun menamatkan panggilan. Hm baru ingat nak rehat tapi takpelah. Tepat pada pukul 4 aku tiba di taman. Aku hanya mengenakan seluar track suit puma dan hoodie bewarna hitam. Rambut pula aku sanggul tinggi seperti messy bun. Sedang aku melayan perasaan ada tangan yang menolak sedikit kasar pada bahu aku dan aku menyangka orang tersebut adalah Faliq tetapi bila aku pusing...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience