Bab 4 - Rahsia Terbongkar

Psychological Series 3851

Sedang aku melayan perasaan ada tangan yang menolak sedikit kasar pada bahu aku dan aku menyangka orang itu adalah Faliq tetapi bila aku pusing...
"Sarah!?" aduh terlepas lagi sebut nama dia. Actually aku pelik plus meluat bila jumpa dia ada lah tu nak buli aku. Kerja dia ni memang ikut aku agaknya kat mana aku ada kat situ lah dia ada hm tapi kalini dia bawak geng, maksud aku Alisa dengan Emy.
"Hai Tasya." tegurnya dengan suara meleret macam nak mintak penampar aku. "Miss me?" soalnya menyindir. Geli aku.
"Hm awak nak apa ni Sarah?" soalku semula dengan sopan. Yela aku ni berani dalam hati je bila depan depan pijak semut pun tak mati haii nasib.
"Mesti kau terkejut kan aku tahu kau kat mana?" soalan aku dibiar tak dijawab.
"Sarah tolong lah saya takda kacau awak kan jadi jangan la kacau saya lagi." balasku agak meninggi suara dan aku pun terkedu dengan kelancangan aku 'habislah aku, aku tak sengaja tinggikan suara' dalam hati aku berkata.
"Sa..ssa.. saya mintak maaf Sarah saya terlalu ikutkan perasaan saya takda niat nak marah awak saya min..."
PANGGG !
belum sempat aku meminta maaf aku telah tersungkur dan terasa pijar pipi aku akibat ditampar oleh Sarah. Aku terkelu sakit pipi aku boleh tahan kuat dia tampar aku.
"Berani kau tingggikan suara kat aku betina !? Kau ingat kau siapa hah !?" kuat dia menengking aku dan aku perasan yang Alisa sedang merakam diri aku yang sedang dipukul dan ditengking oleh Sarah. Aku hanya diam sambil mengalirkan air mata dan aku berharap akan ada orang yang akan selamat kan aku. Aku tak kuat nak hadap semua ni sendiri. Aku dipukul, ditampar, di hina dan yang paling teruk apabila Sarah mengoyakkan baju akan hingga terdedah sebahagian anggota badan aku. Aku menangis meraung sekuat hati tapi mereka buat tak tahu sahaja. Apabila puas mengerjakan aku mereka pergi tinggal kan aku dalam keaadaan lemah.

Dengan langkah yang lemah aku berjalan untuk pulang ke rumah. Sebaik sahaja sampai di rumah, aku melihat seperti tiada orang. Mungkin mama papa keluar. Aku pun masuk ke dalam bilik untuk bersihkan diri sebelum merebahkan badan di atas katil.
'Kringgggggg!!'
Deringan telefon mengejutkan aku yang baru hendak melelapkan mata. Aku lihat ada nama Faliq di skrin telefon laju aku mengangkat.
"Hello? Tasya?" Tegur Faliq.
"Ya hello Faliq, saya nak mintak maaf sebab mungkir janji. Saya ada hal penting tadi. Sorry."
Suara aku agak kesal kerana takut dia menunggu.
"Oh ya Tasya, takpa sebenarnya saya pun tak dapat pergi tadi, ada hal. Saya nak mintak maaf."
"oh ye ke. Takpa la Faliq saya tutup dulu"
Aku terdengar bunyi pintu dan suara papa memberi salam jadi aku terus mematikan telefon.
"Ha ya okay okay" Aku ingat nak turun sekejap untuk menjenguk papa. Baru aku turun beberapa anak tangga, aku terdengar suara mama dan papa seperti berbincang sesuatu dan hati aku tergerak untuk mencuri dengar. Aku tahu perbuatan aku salah tapi hati aku kuat mengatakan yang aku perlu dengar.
"Sampai bila lagi kita nak rahsia kan pada Mel ni awak." jelas percakapan Qaisara.
"Tunggu lah dulu Sara, ni bukan masa yang sesuai untuk bagitahu Mel tentang keluarga sebenar dia."

PANGGGG !!!
Seperti tamparan hebat terkena pada muka aku. Air mata aku menitik dia atas lantai. Aku terkedu, terkaku. Aku tak sangka mama dan papa tipu aku selama 17 tahun aku hidup dengan dorang. Dan kini baru aku tahu sebab mama bencikan aku. Ya Allah.
"Apa semua ni pa? ma?" soal aku agak meninggi. Farid terkejut dengan kehadiran Tasya yang mungkin dengar perbualan dia dan Qaisara tadi. Dan ya, memang Tasya dengar.
"Mel ada kat rumah? Bila Mel balik ni?" Tanya Farid sedikit gugup dan... Qaisara? Masih dengan muka sombongnya.
"Mel tanya apa semua ni dengar tak !?" kesabaran aku dah hilang, selama ni aku bodoh sebab tak terfikir. Air mata aku makin mengalir.
"Ya memang kau anak angkat ! Kenapa? Ada masalah?" soal Qaisara marah. "Sampai hati mama rahsia kan semua ni pada Mel. Patutlah mama bencikan Mel, kak Farah bencikan Mel malah Fai pun tak pernah hormat Mel ! Dan sebab ni jugak lah nama Mel je yang lain? Kawan sekolah Mel selalu cakap Mak Mel dah mati tahu tak ! Sebab apa? Bila ada perjumpaan mama tak pernah pergi. Mama dan papa tak tahu apa yang Mel lalui dekat sekolah. Mel kena buli ! Mel kena tampar malah ada orang yang tumpah kan darah dekat Mel ! Pernah ke mama dan papa kisah!? Tak kan ? Kalau lah ibu ayah sebenar Mel ada, Mesti Mel takkan hidup macam ni. Mama, terima kasih sebab hina saya sepanjang saya ada kat rumah dan papa, Mel kecewa dengan papa dan terima kasih sebab jaga Mel selama ni."
"Mel, papa boleh terangkan. Mel duduk la dulu biar papa cerita hal sebenar, ya Mel?" Apa? Nak terangkan apa nya sedangkan aku dah dengar semuanya dari mulut papa dan mama sendiri. Aku tak pedulikan papa dan terus berlari masuk ke dalam bilik lalu mengunci pintu dan aku terus terduduk menangis teresak esak. Aku penat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience