Bab 2 - Hero buat Tasya

Psychological Series 3851

Aku berkurung didalam tandas dalam 2 jam dan aku dengan berat hati melangkah menuju ke kelas kembali. Aku melihat jam di tangan kanan aku. "Hmm sekarang masa cikgu Elina, boleh la masuk sekarang." kata aku sendiri. Cikgu Elina memang terkenal dengan sikap baik hatinya kepada pelajar yang pendiam dan selalu dibuli macam aku ni ha. Jauh termenung sehinggakan aku tak sedar dah sampai di hadapan pintu kelas aku. Dari situ, aku nampak cikgu Elina sedang melihat ke arah aku sambil memanggil aku untuk masuk. Aku pun masuk jelah kan dan apabila aku dah masuk cikgu terus berdiri dan memanggil Sarah, Alisa dan Emy ke depan. "Sarah, Alisa, Emy ke depan sekarang !" kata cikgu Elina dengan nada menahan marah. Kecut perut aku tengok muka cikgu dah bertukar jadi merah. 'Aduh kalau cikgu marah dorang makin bencilah dorang' pada aku". Kataku di dalam hati. Sarah dan dua orang kawannya berdiri dengan muka tak puas hati mereka.
"Kamu tak puas hati apa sebenarnya dengan Natasya ni?" tanya cikgu Elina. "Mana ada kami tak puas hati cikgu, si Tasya ni yang tak peka dengan sekeliling." Eh eh aku pulak?
"Dah dah sekarang ni saya nak kamu bertiga mintak maaf dengan Natasya sekarang juga." tegas nada cikgu kali ni. Aku hanya mampu diam sahaja. Dan mereka? Masih dengan ego yang setinggi gunung.
"Kenapa pula macam tu bukan salah ka...." belum sempat mereka menghabiskan ayat cikgu Elina sudah menepuk meja nya kuat sehingga terhinjut bahu aku.
"Saya tak kira salah siapa ! Saya nak kamu semua mintak maaf pada dia sekarang." dan ketegasan cikgu kali ni membuahkan hasil. Mereka serentak meminta maaf kepada aku dan aku hanya tersenyum kecil dan mengangguk saja. Dalam diam Sarah memandang tajam ke arah Tasya sambil berkata perlahan
"Hari ni hari kau Tasya ! Kau tengok lah apa aku buat nanti !" kata Sarah seorang diri.

KRINGGGGGG !
Loceng telah berbunyi, itu menandakan sudah waktu untuk pulang. Aku keluar dari kelas dan mula berjalan menuruni anak tangga untuk turun ke bawah. Sedang aku berjalan, ada seseorang telah melanggar bahu aku membuatkan aku tersungkur jatuh mencium lantai. Dan nasib tidak menyebelahi aku apabila tempat yang aku jatuh telah dipenuhi dengan cecair bewarna merah pekat seakan... Darah !
Aku terkedu malang apa pula ni. Gadis berbaju kurung sekolah bewarna putih itu lantas bangun dan melihat badan nya dari atas hingga bawah. Sudah terkena cecair merah tersebut. Dia laju pusing je belakang untuk melihat siapa yang menolak dirinya sehingga tersungkur ke dalam cecair merah itu. Alangkah terkejut nya Tasya apabila melihat 'manusia' yang melanggar nya.
"Sarah !?"
Secara spontan dia tersebut nama orang yang melanggarnya.
"Kenapa? Terkejut? Kau memang sesuai sangat dengan warna tu Tasya. Kau nak tahu tak apa benda tu?" soal Sarah dengan nada menyindir. Yelah, kerja dia kan asyik nak sindir aku je.
"Aa.. ap.. apa benda tu Sarah?" soal aku semula dengan nada takut takut. Siapa tak takut? Warna merah tu.
"Kalau kau nak tahu..." Sarah memapak selangkah ke hadapan supaya betul betul bertentangan dengan aku sebelum menyambung ayat nya yang tergantung tadi.
"itu darah bangkai haiwan yang aku jumpa tadi, Tasya HAHAHAH" Sarah ketawa terbahak bahak apabila muka aku sudah pucat tak berdarah apabila mengetahui cecair tersebut.
"Daa.. da.. darahh!?" aku dah tak keruan apabila bau hanyir darah menusuk ke dalam rongga aku.

"HOII !" satu suara kuat sedang menjerit ke arah kami. Dan orangnya adalah Faliq ! Yaa Faliq seorang pelajar lelaki sebaya aku dan Sarah. Senang cerita dia sekelas dengan kami dan si Sarah tu sukakan Faliq.
"Kau buat apa ni Sarah? Dah gila ke !?" kuat Faliq menengking Sarah. Terkejut beruk aku dengar tengkingan dia.
"Mana ada i buat apa, you tengok lah perempuan ni dia nak tolak i dekat darah ni so i tolak lah dia dulu" kata Sarah dengan gedik nya. Eeee meluat aku dengar. "Sa..saya tak tolak dia" aku membela diri dengan takut. Faliq kembali pandang ke arah Sarah dan memarahinya semula
"Kau jangan ingat aku bodoh eh Sarah, aku tahu ni semua kerja kau. Apa lah yang kau tak puas hati dengan Tasya, aku tengok dia takda kacau kau pun kan !?" marah Faliq lagi. Aku pula kena hentikan pergaduhan mereka jadi aku beranikan diri untuk bersuara
"Faliq, sudah la tu bukan salah Sarah pun sebenarnya. Semua ni salah saya sebab saya tak berhati hati" jawab aku. Bukan apa, aku tak nak ada kes gaduh disebabkan aku.
"Ini last aku warning kau Sarah !" Faliq beri amaran pada Sarah. Sarah pun terus berlalu pergi.
"Hmm awak, terima kasih tolong saya" kata aku dengan nada perlahan.
"Its okay Tasya". Dia pun berlalu pergi meninggalkan ku sendiri. Eh macam lagu dah hahaha

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience