Call Girl 37

Romance Series 1321822

Berkerut Dahi Farah apabila motosikal berkuasa tinggi M1000RR itu berhenti dihadapan sebuah pusat membeli belah Quill City Mall.

Gib menepuk pelahan peha gadis itu memberi isyarat agar gadis itu turun dari Motosikal yang sudah di parking di hadapan pintu masuk itu.

"Turun la."Farah mendengus pelahan.

"Kita buat apa dekat sini?" Soalnya bengang.

"Aku ada benda sikit nak beli." Jawab Gib helmetnya di buka. Dan matanya terus memandang Farah yang masih berdiri tegak dengan helmet masih di atas kepala.

"Awat hang tak hantar aku dulu." Marah Farah.

"Kau ni kuat merunggut la. ikut je la sekali Jalan apa susah. Mulut macam benih jagung membebel tak sudah-sudah!"

Gib ketawa pelahan dia mendekati gadis itu helmet di atas kepala Farah di tanggalkan.

"Ish tepi la aku boleh buka sendiri." Farah menepis tangan Gib.

" Kalau tunggu kau buka plus dengan mulut kau tak berhenti membebel tu memang tak masuk la kita kat dalam tu.. Dah tinggal je Helmet atas tu. Jom."

Tali beg galas Farah di tarik agar mengikuti Langkahnya.Sekali lagi Farah mendengus. Kalau Cik green tak buat hal sekarang dia dah boleh berlekar atas katil.

AH LETIH!.

................

Farah membuang pandangan ke sekeliling mall itu. Hampir 1 jam dia menemani Gib membeli pakai ibu mengandung untuk Zahra.

Mereka menghampiri kerusi panjang yang terletak di hujung sudut dalam mall itu.
Farah duduk di kerusi itu. Pelahan-lahan dia menunduk dan memicit-micit betisnya.
Tanpa mengendahkan mata-mata orang yang memandang ke arahnya Kasut tumit tingginya di tanggalkan.

"Jalan sikit dah sakit kaki" Gib duduk melutut. Menjadikan dia separas dengan kedudukan Farah sekarang. Tangannya selamba membantu gadis itu memicit betisnya.

"Ish apa sentuh-sentuh orang ni."Farah menempis kasar tangan lelaki itu.

Gib tersenyum sinis.

"Kau tunggu sini kejap aku ada barang nak beli sikit lagi, jangan pergi mana-mana okay?" Gib kembali berdiri di hadapan gadis itu.

Plastik bag yang berada di bawah kerusi itu dia angkat lalu disusun di tepi Gadis itu. Farah hanya menganggukkan kepalanya patuh mendengar arahan Lelaki itu.

"Kalau aku tahu kau lari siap kau." Ancam lelaki itu. Farah menjeling tajam wajah tampan lelaki itu. Dia kembali tunjuk dan memicit-micit betisnya pelahan.

"Bagi beg buruk kau tu." Minta Gib.

"Hang nak buat apa pulak!" Farah mendengus suka-suka je kata beg buruk harey punya mat saleh celup. Tanpa menghiraukan gadis itu beg galas Farah di tarik. Dan terus beg itu di galas ditubuhnya.

"Hei!"Suara Farah sedikit meninggi.

"Kau punya kepala otak tu di luar jangkaan. tak boleh di percayai jap lagi tahu-tahu kau hilang. Kau tunggu sini sampai aku datang."

"Aku tahu lah!" Sekali lagi suara Farah meninggi.

Gib tersenyum sinis melihat rona merah pada wajah gadis itu yang sedang marah.

"Tunggu sini okay jangan pergi mana-mana." Sempat Gib cubit pada pipi gadis itu.

"Eee mat saleh celup ni!" Bentak Farah.

Setelah melihat Gib meninggalkannya, Farah hanya menunggu di situ. Dia melihat orang ramai yang lalu lalang singgah membeli di kedai-kedai did alam mall ini.

Sedang dia leka memerhatikan orang ramai matanya terpandang seorang budak perempuan yang berdiri di tengah laluan dia koridor mall itu seperti mencari seseorang.

Hampir 5 minit dia memerhatikan anak kecil itu. Kasut tumit tingginya kembali di sarungkan dan dia berjalan mendekati anak kecil itu.

"Adik tunggu siapa dekat sini?" Soalnya pada anak kecil itu. Diam. Tiada jawapan dari Anak kecil itu. Anak kecil itu hanya menundukkan kepalanya.

Farah duduk melutut di hadapan anak kecil itu.Wajah anak kecil itu di dongakkan memandangnya.

"Awak sesat ye sayang?" Soalnya lembut pipi yang di basahi air mata itu di kesatnya pelahan.

Si kecil itu hanya menanggukkan kepalanya.
Farah tersenyum. Dia melihat wajah comel itu geram.

"Come ikut Kakak. Kita duduk sana dulu." Farah kembali berdiri dan tangan kecil itu di pimpin mengikuti langkahnya.

Farah tidak mengendahkan mata-mata orang yang memandang ke arahnya. Kini dia hanya mahu fokus pada anak kecil ini sahaja. Didudukkan Tubuh kecil itu di kerusi.

"Kita tunggu sini dulu OK kalau kawan akak sampai nanti kita cari sama-sama parents adik." Ujar Farah sambil tersenyum.

Dicapai kedua tangan lembut anak kecil itu. Dapat dilihat seluruh tangan kecil itu tenggelam dalam genggaman tangannya.

Anak kecil menganggukkan kepalanya patuh. Kepalanya kekal menunduk.

Berkerut Dahi Gib apabila melihat Farah bersama seorang kanak-kanak perempuan.
Laju langkah itu mendekati Farah.

"Farah!" Panggilnya.

Farah memalingkan tubuhnya ke arah suara itu. Senyumannya mati serta-merta apabila Gib sudah mendekatinya.

Bertambah berkerut dahi Gib bila mendekati Farah dan anak kecil itu. Dia sangat mengenali anak kecil ini.

"Princes!" Anak kecil yang tadinya hanya menunduk segera mengangkat wajahnya bila mendengar suara itu.

"Monster." Carol melompat dari kerusi tubuh Gib terus dipeluk erat. Farah tercengang.

"Who brought you here princes?" Soalnya. Dia melepaskan pelukkan itu. Rambut panjang Carol di sisip ke belakang. Air mata anak kecil itu di kesat.

"Mama min." Pelahan suara itu bersuara.

"Oh God! are u lost?" Soal Gib dengan nada yang kesal. Dia menghelakan nafasnya.

Tubuh kecil itu di angkat lalu di dukung kejap setelah itu di dudukkan kembali di atas kerusi itu.

"hang kenal budak ni?"Soal Farah pada Gib.
Soalan Farah dia biarkan sepi.

Dia kembali berdiri beg galas milik Farah di letakkan di tepi bersama plastik beg yang di susun tadi. Poshbagnya di buka dan Iphone di ambil. Baru jemarinya ingin menari di screen iphone itu, Terus terhenti apabilaa melihat Farah sudah mengalas begnya.

"Kau nak pergi mana?" Soal Gib matanya tajam memandang Farah.

Soalan Gib sengaja tidak di jawab Farah.
Dia kembali melutut di hadapan Carol.

"Kakak balik dulu.." Ujar Farah pelahan pipi polos gadis itu di usap lembut. Bibirnya menarik senyuman.

Melihat keakraban Gib pada anak kecil ini seperti mempunyai pertalian. Bimbang mencetus salah faham lebih baik dia tinggalkan situasi ini. Silap langkah boleh di gelar perampas Fuh! baik cabut dulu.

Gib mendengus. Tajam matanya memandang Farah. Telinganya jelas mendengar tutur kata gadis itu.

Farah kembali berdiri. Beberapa beg plastik yang berada di atas kerusi itu di jinjit.

"Aku bawa barang-barang ni balik. tak kan hang nak usung barang-barang ni naik motor kan." Tanpa menghiraukan Gib dia terus melangkah.

"Farah!" Sedikit meninggi suara Gib. Lengan Gadis itu di rentap kasar. Beg plastik yang di jinjit Farah jatuh bertaburan. Isi di dalamnya juga terkeluar. Terhenti langkah Farah.

"Just Stay!" Suara Gib keras.

"Princes!"

"Alhamdulilah.. mana cucu opah pergi.. Satu mall opah pusing cari.."

Mendengar saja suara itu, Gib melepaskan lengan Farah. Dia memalingkan Wajah.

"Gibran!" Suara Jasmine menegurnya. Matanya Jasmine bertembung dengan gadis di belakang Gib. Sempat Jasmine memandang sekilas Seluar maternity jeans yang sudah berada di atas lantai itu.

"Auntie.. Jasmine." Gib menghelakan nafasnya.

"U jumpa Carol?" Soal Jasmine pada Gib.

"No mama min. That's Kakak ." Tanpa sempat Gib menjawab Carol terus bersuara.
Carol angkat tinggi tangannya menunjuk kearah Farah.Farah tersenyum Cangung.

Dia duduk melutut mengutip pakaian yang terjatuh di atas lantai itu. Gib yang melihat segera membantu.Jasmine dan Puan fatihah berpandangan. Setelah selesai Gib dan Farah kembali berdiri.

"Thanks Miss....." Jasmine menghulurkan tangannya bagi mengucapkan terima kasih.

"Farah.. nama saya Farah." Salam jasmine di sambut mesra.

"Thanks again farah.. Kami sama-sama masuk toilet tadi.. i keluar dari toilet si kecik ni dah tak ada.. i ingat dia dah pergi ke Grandma dia rupanya tak." Jelas Jasmine.

Farah mengangguk dan tersenyum.

"Dah berapa bulan?" Soalan Jasmine itu mematikam senyuman Farah. Berkerut dahinya .

Jasmine tersenyum.

"I means u dah berapa bulan?"

"Ha?"

Gib memandang jasmine. Cuba mencari maksud pada soalan itu. Puan Fatihah yang duduk bersama Carol tersenyum.

"Min tanya.. Farah pregnant dah berapa bulan banyak beli seluar dan baju mengandung." Kata Puam Fatihah pula bila melihat Farah seperti 'Blur' itu.

"Ohh ini.."

"Baru 3 month auntie" Jawab Gib penuh Yakin. Dia sudah faham apa yang dimaksudkan Jasmine. Berkerut Dahi Farah. Drama apa pula kali ini Mat saleh ni nak buat.

Membulat mata Jasmine. Dia mula berfikir yang bukan-bukan. Gadis ini bertudung takkan lah anak dalam perut tu..

"Monster dont say that baby..."

"She's my wife Jasmine!" Jawab Gib sedikit tegas.

"Oh my god! Seriously Gibran? Kahwin tak bagitahu.. I'm sure my brother pun tak tahu benda ni.. how dare u monster!" Ujar Jasmine Terkejut.

Farah sudah hilang kata-kata. Dia menghelakan nafasnya. Apa benda kau buat ini syaiton....

Puan Fatihah bangun dari kerusi dan berdiri tubuh kecil Carol di bantu untuk sama-sama berdiri di sebelahnya. Dia berjalan mendekati Farah.

"Alhamdulilah bertambah besar keluarga kita lepas ni Min.." Ujarnya sambil tersenyum.

"Jaga baby ini elok-elok, kasut tumit ini tak sesuai untuk mengandung. Gib nanti cari flatshoe untuk Farah. Bahaya kalau jatuh ke nanti. " Pesan Puan Fatihah.

Gib hanya mengangguk. Dia menjeling wajah Farah sekilas. Dia tahu pasti gadis itu sedang menahan marah.

"Min ada bawa kad lebih?" Soal Puan Fatihah pada Jasmine pula.

"Bawa.."

"Bagi Farah..Nanti datang ye majlis nikah Jasmine.. Mana tahu Gib Lupa nak ajak kamu nanti.."Kata Puan Fatihah sambil Gib.

Jasmine sudah ketawa pelahan. Dia masih tidak percaya dengan pengakuan lelaki itu.
Kad Jemputan itu bertukar tangan.

"InsyaAllah auntie.." Jawab Farah sambil tersenyum.

KRING!
KRING!

Iphone milik Jasmine berbunyi. Panggilan itu terus diangkat.

"You.. Oh OK kejap kami turun." Ujar Jasmine dan terus mematikan talian.

"Luq dah sampai?" Soal Puan Fatihah Lembut.

"Dah dekat bawah.."

"Sorry Farah tak dapat nak borak lama dengan u..Nanti datang ya.. kita borak-borak panjang-panjang." Sambung Jasmine lagi.

"InsyaAllah.." Jawab Farah sambil tersenyum.

Banyak soalan yang ingin diajukan kepada Gib. Panas hatinya masih ada. Suka hati mengaku Isteri.

Usai bersalam dengan Jasmine dan Puan Fatihah, Dua wanita terus mengatur langkah meninggalkan dirinya dan Gib.

"Bye Mama monster." Tangan kecil itu melambai ke arahnya. Farah ketawa pelahan.
'Mama Monster' ini angin monster nak meletus keluar.

"What u have done Gibran!" Soal Farah pelahan tetapi keras. Gib memandang wajah merah itu.

"Calm dowm Farah.. let me explain....."

"Now! Explain now.!"

.........

Carlos berjalan keluar sebaik pintu lif hotel terbuka luas. Tangan di angkat sebaik terlihat kelibat Omar dan seorang lelaki yang sedang duduk santai di tengah lobi Grand Lexis Penang itu.

"Do u have a good rest Tuan Syed ?" Soal Carlos sebaik tiba di situ. Lelaki itu bangkit menyambut huluran tangannya.

"Yeah, absolutely. dah lama tak dapat full body massage" Bahu Carlos di tepuk pelahan.

"Good."

"Tak payah nak formal sangat..Jom aku bawa pergi makan dekat satu tempat ni. The best in town!" Ujar Megat Omar. Senyumnya ditarik.
Syed Aiman dan Carlos ketawa. Mereka datang ke sini atas urusan kerja.

"Wow... Sounds interesting. Ini yang aku makin tak sabar ni. Let's go," ujar Syed Aiman.Bahu Carlos dipeluk kemas.

"kau single lagi ke?" Soalnya pada Carlos.

Carlos tersenyum sinis.

"Why? ada barang baik ke?" Dia menyoal semula bersahaja. Syed Aiman ketawa kuat.

"Sure... Barang baik dari ladang"

"Kalau kau rasa nak cium kepala traler berani buat la." sampuk Megat Omar di sebelah mengundang tawa yang semakin besar.

Megat Omar mengelengkan kepalanya.
Sebaik kereta Porsche Macannya tiba di hadapan lobi, kunci keretanya diambil dari pekerja hotel.

"Men night huh?"Ujar Syed Aiman keningnya terjongket sedikit dan masih ada sisa tawanya.

"Sure why not.."Jawab Carlos. Sekali lagi Megat Omar mengelengkan kepalanya.

Hampir Jam 11.45 malam mereka hotel. Mereka jalan beriringan masuk ke dalam lobi hotel itu. Butang lif ditekan Carlos.

"Thanks Bro..Ada masa nanti kita lepak sama-sama lagi."

"My pleasure.. have a good rest bro see u tomorrow.. make sure malam ni bilik kau tak berkunci dari dalam." Ucapnya seraya menjabat tangan itu kemas sambil ketawa pelahan.

"Fuh harap la..jumpa esok bro." Balas Syed Aiman. Sesaat kemudian Pintu lif itu terbuka dan Dia terus melangkah masuk ke dalam.

"Kau tak naik ?" Soal Carlos pada Megat Omar.Kakinya dipanjangkan keluar semula menikmati angin malam.

"Belum rasa nak naik lagi.." Jawab lelaki itu.
Dia hanya mengikuti langkah Carlos.

Tiba di tepi pantai carlos memandang kepekatan malam Iphone di dalam poket seluarnya dikeluarkan dan diberikan pada Megat Omar yang masih berdiri di sisinya.

Megat Omar diam memandang wajah Carlos. Serius. Tegang. Dia memandang di Screen iphone itu. ada sekeping gambar seorang lelaki berusia.

"Dato' Zafrul bapa Zahra?" Tanya Megat Omar.

Carlos menangguk kepala sebagai jawapan.

"Dont worry i will sent my men."

................

Farah diam melempar pandang ke arah langit malam. Bulan malam ini terang cahayanya. Angin masih setia Meniup tubuhnya.

Matanya dipejamkan menikmati angin malam. Buaian besi itu digeraknya perlahan seiring bibir yang menyanyi kecil. Fikirannya melayang pada kejadian di mall itu.

Gib telah menjelaskan semua yang berlaku kepadanya. Apa yang terjadi pada Zahra dan apa yang berlaku kepada Jasmine tempoh hari juga telah diceritakan kepadanya.

Lelaki itu terpaksa buat demi kian atas keselamatan Zahra. Persoalannya sampai bila?

Tiba- tiba tempat kosong di sebelah terasa diisi. Kelopak mata dibuka. Muncul Farah di sisi bersama muk berisi Milo panas di tangannya. "

"Nah."

"Thanks mak buyung." Muk bertukar tangan.

"Baik-baik panas." Air Milo panas itu ditiup dan disisip kecil.

Sepi seketika.

"Farah kau rasa kalau aku balik pada suami aku.. Dia terima aku lagi tak?" Soal Zahra pelahan.

Farah menghelakan nafasnya.

"Seorang isteri sebaik-baiknya di sisi suami Ara, Balik la pada dia. Cuba selesaikan masalah hang dengan dia..Arwah mak aku selalu pesan pasangan suami isteri yang nak memburu mahligai bahagia perlu lebih memahami pengertian sakinah (tenang), mawaddah (kasih sayang) dan rahmah (belas kasihan) atau singkatannya (samara).Bila wujudnya perasaan tenang, damai dan tenteram akan menitipkan rasa percaya kepada pasangan.."

Zahra diam mendengar Nasihat Sahabatnya itu.

"Nabi Muhammad SAW juga menerima ujian dalam rumah tangga dia hang tau. Tapi ketika baginda dilanda masalah, baginda akan memfokuskan kepada penyelesaian dan bukannya menuding jari siapa yang salah.
Kerana itu teladanilah sifat Rasulullah SAW iaitu menukar marah kepada maaf, menukar syak wasangka kepada sangkaan baik, menukar dengki kepada lapang dada, menukar kasar kepada lunak dan menukar dendam kepada ikhlas." Sambung Farah lagi.

Zahra diam.

Pelahan-lahan air matanya membasahi pipi.

"Aku rindu dia....."

"Balik la Ara sampai bila hang nak duduk sini perut ni makin lama makin besaq." Pelahan tangannya naik mengusap perut yang sedikit membukit itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience