BAB 5

Romance Series 7645

‘BABY...’

“Astaghfirullahalazim... Aku ingat hantu opera cina mana tadi.”

Mengucap panjang Megat apabila mereka dikejutkan dengan kehadiran perempuan yang make up nya tebal mengalahkan hantu opera cina. Dari alis mata sehinggalah bibir yang merah menyala.

“Hah? You cakap apa tadi? I tak berapa nak dengar.” Soal Shania sambil mengerdipkan kelopak matanya.

“Eh, tak ada apa-apa. Cantik you hari ini,” Puji Megat 'tidak ikhlas'. Shania sudah kembang semangkuk. Rambut yang dikeritingkan, dikuis-kuis menggunakan jari.

“Kan I nak jumpa you, mestilah kena cantik-cantik.” Balasnya malu-malu.

“Buek, ini cantik? Orang gila tepi jalan tu segak lagi. Kau? Dah tak serupa manusia tahu.”Kutuk Aiman bersahaja. Blazernya dikibas-kibas. Tiba-tiba rasa bahang pula. Kenapa mulutnya masin sangat hari ini.

Tup tup... Terjengul minah seringgit ni dekat sini. Ish, tak suka lah! Pergi balik!

“Kau dari dulu tak puas hati dengan aku kan. Tahu lah tak ada awek, single!” Peperangan mulut di antara mereka bermula. Saling menghina, saling mencaci. Dua-dua tidak mahu kalah.

“Hidup single lebih baik. Kau ada bf? Siapa bf kau? Megat? Weh, sedar diri sikit. Dia tak pernah iktiraf kau jadi gf dia lah.”

Shania menghentak kaki ke lantai. Lengan kanan Megat dirangkulnya. “Baby, you tengok sahabat sehidup semati you ni.” Adu Shania.

Megat bungkam.

“Kau tengok, kau tengok... Aku dah kata, kau tak pernah diiktiraf pun.”

Ejekan Aiman membuatkan Shania menarik muncung sedepa. Dihentakkan kakinya lagi ibarat kanak-kanak tak dapat coklat. “Baby...” Rengeknya sambil menggoyang-goyangkan lengan Megat.

Tiba-tiba sahaja rengekan Shania terhenti. Dia terkejut saat tautan tangannya dengan Megat ditepis oleh seseorang. Disangkakan lelaki itu yang berbuat sedemikian. Tetapi sangkaannya meleset.

“Si-siapa ni? A-anak you?” Tanya Shania sedikit tergagap. Masih tergamam dengan kehadiran si kecil di dalam dukungan Megat. Tadi dia hanya fokus kepada Megat dan tid kanak-kanak itu.

Dia tahu bahawa Megat mempunyai anak dengan bekas isterinya. Namun sepanjang dia kenal dengan lelaki itu, tidak pernah sekalipun dia bertemu empat mata dengan kanak-kanak itu. Hal ini kerana, syarikat menjaga privasi lelaki itu dengan sangat ketat. Begitu juga dengan Megat.

“Oh, bala... Bala. Bala... Bala.”

“Ye, anak I.”

“Ini kali pertama I jumpa anak you. Ahsan kan nama dia...”

Bersembur ketawa Aiman. Perutnya dirasakan digeletek seseorang tika ini.  Ya Allah, lawak antarabangsa apakah ini. Shania, please jangan yakin sangat bila bercakap. Ikut sedap kau sahaja. Datang mana pulak Ahsan. Jauh benar dengan Asyaar. Itulah orang kata, bodoh tu sorok sikit. Jangan ditunjukkan.

“Asyaar... Asyaar Luthfan.” Tenang Megat berkata. Sejujurnya dia juga mahu ketawa, namun dia masih memikirkan maruah wanita itu.

“Asyaar, sedapnya nama. Asyaar, mari dekat Aunty Shania...” Ucap Shania lembut. Ejekan Aiman tidak memberi kesan . Kedua tangan dihulurkan ke hadapan, menggamit Asyaar supaya berpindah dukungan kepadanya.

Wajahnya berubah kelat saat kanak-kanak itu memalingkan mukanya ke arah lain. Leher si bapa dipeluk erat, seakan-akan tidak mahu dilepaskan.

“Maaf Shania, Asyaar memang macam ini. Dia tak mahu dekat orang. Nanti lama-lama dia okaylah dengan you.”

“Relakslah, koyak buat apa.” Bahu Shania ditolak  Aiman. Mendengus kasar wanita itu sambil mencebik bibir. Dia kembali memandang Megat dengan senyuman.

“Tak apa. Biasalah tu, budak-budak... Nanti bila I dah jadi mummy Asyaar, dia mesti nak dengan I." Yakin Shania membalas. Megat tidak mengangguk mengiyakan kata-kata itu, tidak pula menggeleng menafikannya. Dia hanya mampu tersenyum kecil.

“Sudahlah, kitorang ada hal sekarang ni. Kau pergi balik lah, basuh muka dan cermin muka kau elok-elok.” Kata Aiman penuh makna tersirat. Dia mahu Shania sedar bahawa selama-lamanya Megat tidak berniat untuk menjadikan wanita itu ibu kepada Asyaar. Dia kenal Megat, kenal dengan sifatnya. Walaupun lelaki itu selalu mengambil berat tentang Shania, namun itu bukanlah perasaan sayang dan cinta antara lelaki dan perempuan. Itu hanyalah perasaan sayang di antara rakan-rakan.

“I pergi dulu. You drive hati-hati tahu." Pesan Megat kepada Shania sebelum mereka beredar meninggalkan perkarangan bangunan besar itu.

Sebaik sahaja kelibat Megat serta Aiman hilang dari pandangan, serta merta air mukanya berubah tegang.

SELAK PINTU pintu pagar kecil ditarik ke tepi dan badannya diboloskan ke dalam perkarangan rumah agam itu. Sebelum mula bekerja, beberapa pesanan telah dititipkan buatnya. Kata wanita yang memberinya pekerjaan, dia perlu masuk menggunakan pintu belakang. Elakkan diri daripada dilihat pengawal keselamatan kerana tidak mahu menimbulkan kekecohan.
Segala perkara yang dilihatnya tidak dapat dibocorkan di luar.

Entah mengapa peraturan untuk bekerja di sini begitu ketat. Langkahnya tiba-tiba sahaja terhenti saat telinganya menangkap bunyi pergaduhan dan tangisan di antara dua orang manusia.

‘Papa kau tak ada! Tak faham bahasa ke!’

‘Nak papa... Nak papa...’

‘Kau jangan nak mengada sangat boleh tak! Masuk bilik sekarang!’

‘Nak papa...’

‘Aku kata masuk bilik!’

Payung yang dibawa disandarkan di dinding. Lalu pintu diketuk dengan tangan yang sedikit menggeletar. Hatinya tidak tenteram apabila suara tangisan seorang kanak-kanak itu semakin jelas kedengaran.

Apabila tiada balasan, salam pula diberi.

‘Kau jangan keluar bilik. Kalau kau degil juga, tahu lah akibatnya.’

Mata dipejam rapat. Satu persatu perkataan itu jelas di pendengarannya. Apakah yang terjadi sebenarnya.

Senyuman dipasangkan pada bibir saat pintu rumah dikuak dari dalam. Terjengul seorang wanita separuh usia yang bersanggul tinggi. Tajam wanita itu memandangnya.

“Kau Zahra?” Serius wanita itu bertanya. Kepala dianggukkan.

“Saya Zahra, yang akan kerja di sini selama lima hari. Puan adalah Puan Suraya?”

“Ya. Aku Suraya yang tawarkan kerja dekat kau. Kau boleh masuk.” Wanita yang dipanggil Puan Suraya itu menjengulkan kepalanya di luar rumah sebelum pintu ditutup rapat.

“Kau dengar apa tadi?”

Terkulat-kulat Zahra dengan pertanyaan Puan Suraya. Dengar apa?

“Aku tanya kau... Kau ada dengar apa-apa tak tadi”Suara Puan Suara menjadi sedikit tegas. Automatik Zahra menggeleng laju.

“Saya baru datang dan tak dengar apa-apa.”

“Macam yang aku dah terangkan sebelumnya, kau akan bekerja di sini selama lima hari. Semua syarat yang aku tetapkan, kau wajib ikut. Kau akan dibayar setelah lima hari.”

“Baik Puan.”

“Kerja kau hanya perlu mengemas dan memasak. Sebelum jam 5 petang, kau perlu tinggalkan rumah ini. Segala tentang rumah ini adalah privasi dan kau dilarang bercerita di luar sana setelah kau habis bekerja. Kalau aku dapat tahu kau menjaja cerita, kau akan dituntut.”

Zahra terkaku untuk beberapa saat. Terkedu dia mendengar segala syarat yang dikemukakan Puan Suraya walaupun sebelum ini dia sudah dimaklumkan melalui mesej terlebih dahulu. Siapakah penghuni rumah ini sehinggakan segala peraturan sangat ketat.

“Kau faham tak?”

“Fa-faham Puan Suraya.”

“Kau boleh mula bekerja.”

TEPAT jam 5 petang, Megat tiba di rumahnya. Enjin kereta dimatikan dan  bergegas dia berlari ke muka pintu. Dia pasti Asyaar akan mengamuk hebat setelah anaknya bangun dari tidur.

Setelah Asyaar dibawa keluar sebentar tadi, dia terpaksa menghantar anaknya pulang ke rumah kerana dia masih perlu bekerja di luar. Nasiblah pada ketika itu Asyaar tertidur dan tidak banyak ragam.  Jadi Asyaar ditinggalkan bersama emak saudaranya, Puan Suraya.

Wanita itu sudah membela dan menjaga Asyaar sejak kecil lagi. Jadi sememangnya wanita itu amat menyayangi Asyaar. Semua yang dipinta akan ditunaikan.

Usai salam diberi, Megat melangkah masuk ke dalam rumah. Melilau matanya mencari si anak, namun tidak kelihatan. Ke manakah perginya pula.

“Mak lang...” Sapanya penuh hormat pada Puan Suraya yang sedang melangkah ke ruang tamu. Tangan emak saudaranya dikucup. Lihat senyuman yang terlakar di wajah wanita itu, dia pasti semuanya baik-baik sahaja. Asyaar tidak buat perangai pada hari ini.

“Dah balik dah,” Belakang Megat ditepuk-tepuk Puan Suraya.

“Mana Asyaar mak lang? Megat tak nampak dia pun.”

“Dia ada di bilik. Tadi nangis cari kamu, lepastu mak lang pujuk dia. Tengok-tengok dah tertidur.”

“Maaf mak lang menyusahkan...”

“Apa pulak menyusahkan. Memang tugas mak lang jaga dia,”

“Saya naik dulu lah tengok Asyaar,"

Tidak menunggu dengan lebih lama, Megat terus menuju ke bilik anaknya di tingkat dua. Duduk dilabuhkan di birai katil dan Asyaar yang sedang pulas tidur, direnung lama. Kepala anaknya dielus lembut.

Terkejut dengan sentuhan itu, Asyaar membuka matanya luas. Lantas tubuh Megat dipeluk erat. Banyak cerita yang mahu diluahkan, tetapi mulutnya terasa berat. Amaran yang diberikan membuatkan niatnya terbantut.

“Asyaar rindu papa ye...” Megat tersengih apabila merasakan pelukan Asyaar pada badannya semakin erat. Entah mengapa anaknya begitu sejak akhir-akhir ini. Tidak mahu berpisah langsung dengannya dan mahu mengekorinya 24 jam. Jika dulu, tidaklah sebegini.

“Asyaar dah mandi ke belum ni? Atau Nek Ya dah mandikan?”

Asyaar menggeleng. Masih tidak melepaskan pelukan pada tubuh Megat.

“Jom, papa mandikan.”

Asyaar menggeleng lagi.

“Eh, tak nak juga. Busuklah macam ni,”

Rambut Asyaar dibetulkan-betulkan. Lalu si anak didukung. “Jom, papa mandikan okay. Kejap lagi kita makan... Asyaar nak makan tak?”

“Nak...” Kata Asyaar sambil kepalanya terangguk-angguk. Manja dia menjatuhkan kepala di atas bahu Megat. Bimbang sekirannya lelaki itu meninggalkannya lagi bersama Nek Ya di rumah.

“ASYAAR duduklah sini. Papa nak basuh tangan dulu.” Kerusi kosong ditepuk-tepuk Puan Suraya sebaik sahaja anak beranak itu tiba di dapur.  Dia menahan geram apabila kanak-kanak itu tidak menghiraukan ajakannya.

“Asyaar duduk dulu okay...”

Asyaar menggeleng. Serta merta leher Megat dirangkul erat. Dia tidak mahu duduk dengan Nek Ya. Nek Ya jahat.

“Tak apa mak lang. Dia merap sikit hari ini. Mesti sebab saya tinggal dia tadi.” Ujar Megat mahu menyedapkan hati emak saudaranya. Dia bergerak ke sinki, lalu mencuci kedua-dua belah tangan. Begitu juga tangan si anak. Kemudian mereka berlabuh di meja makan, bertentangan dengan Puan Suraya.

“Banyaknya mak lang masak hari ni.”

Puan Suraya tersenyum lebar. “Mak lang masak untuk Asyaar. Asyaar kan tak ada mood hari ini. Mmm... Asyaar makan banyak-banyak ye,”

Megat memandang Asyaar yang duduk di sebelahnya. “Tengok, Nek Ya risaukan Asyaar. Cakap apa dekat Nek Ya?”

Asyaar menggeleng. Tidak mahu mengucapkan perkataan 'terima kasih' seperti yang dipinta papanya. Mengapa perlu mengucapkan terima kasih sedangkan kata-kata wanita itu hanya berlakon semata-mata.

“Tak apa lah Megat. Dia masih tak ada mood tu. Marilah kita makan. Sejuk pula lauk nanti.”

“Asyaar nak makan apa? Papa ambilkan.”

Asyaar menolak ke tengah pinggan berisi nasi putih yang diisi Megat. Dia berpeluk tubuh dengan wajah yang cemberut.

“Asyaar...” Meleret suara Megat, menegur sikap Asyaar. Baginya sikap Asyaar sudah keterlaluan. Sabarnya juga ada batas. Apabila anak lelakinya memalingkan muka ke arah lain, matanya dipejam rapat. Cuba bersabar.

“Papa baru balik kerja. Papa penat, Asyaar pula buat perangai macam ini. Sekarang, makan dulu." Pinggan nasi ditarik ke hadapan Asyaar, namun anaknya menolak kembali sehingga nasi putih itu tertumpah.

“Asyaar Luthfan!” Suaranya mula meninggi. Setelah sedar akan keterlanjurannya, dia segera memohon maaf. Namun sudah terlambat apabila Asyaar sudah berlari memasuki biliknya.

Rambut diraup ke belakang.

“Maaf mak lang.”

“Tak apa Megat. Budak-budak tu... Biasa lah.” Puan Suraya menyimpan senyum sinis. Tunggulah bila kau tinggal dengan aku nanti. Akan aku ajar kau baik-baik macam mana menghormati orang tua.

BUKU TEBAL berwarna hitam diserahkan kepada Zahra. Lalu dia berlabuh di hadapan gadis itu. Patung  arnab yang tersangkut pada kotak pensil gadis itu dicuit-cuit.

“Kau tak datang ke kelas lagi ke esok?”

Sekilas Zahra memandang ke arah Isya sebelum kembali mencatat segala maklumat yang dia ketinggalan semasa tidak hadir ke kelas. Kepala dianggukkan menjawab pertanyaan sahabatnya. “Esok aku kerja lagi.”

“Kau kerja apa sebenarnya? Aku cari kau dekat restaurant tak ada pun.”

“Aku dapat kerja baru sekarang ini. Kena masuk jam 10 dan habis jam 5. Aku tak kerja dekat restaurant untuk sementara waktu.”

“Sebelum pukul 10 kau pergi mana?”

Zahra berhenti menulis. Sebelum pukul 10 dia akan mencari Arif terlebih dahulu kemudiannya pulang ke kampung untuk menjenguk emaknya. Dia masih tidak berputus asa untuk memujuk Arif pulang ke rumah.

“Zahra, melamun pulak minah ni.”

“Hehehe, sebelum pukul 10 aku kerja jugak.”

“Kerja... Kerja... Kalau pasal duit sewa, kan Sara dah bayarkan. Sekarang kau kena pergi ke kelas. Exam akhir dah nak dekat.”

Pen biru diletakkan di atas meja. Kedua-dua pipi Isya dipegang sehingga mulut gadis itu memuncung ke hadapan. “Isya sayang yang cantik molek, aku kerja kat sana lima hari je. Lepas itu aku masuk lah ke kelas. Jadi, beberapa jadi ini kau perlu tolong aku."

Tangan Zahra ditepis. Dia berpeluk tubuh dengan muka serius. "Kalau setakat cover kau dalam kelas tak ada hal. Tapi masalahnya, esok ada kelas Prof Marlissa. Sudahkah prof panggil nama kau. Sah-sah lah kantoi kau tak datang. Dapat telur ayam seketul."

“Alah, kelas Prof seminggu ada 2 kali je. Jadi, aku cuma dapat dua ketul telur ayam.”

“Oi minah, dua ketul telur ayam pun akan menjejaskan markah kau tahu.”

‘Woi, korang mencarut!’ Sara tiba di ruang tamu dengan bantal monyet di dalam pelukannya. Zahra merenung gadis itu lama sebelum dia tersenyum senget.

“Asal pandang aku macam tu...” Sara melibas rambutnya ke belakang, acah diva apabila direnung sedimikian oleh Zahra. Aku cantik sangat ke macam mana. Dia ketawa gedik.

“Sara, kau ada kelas tak esok? Dalam jam 9 pagi?” Soal Zahra.

Lama Sara mendiamkan diri sebelum menggeleng kepala. “Tak ada.”

“Kau sayang aku tak?” Soal Zahra lagi. Kali ini Sara sudah memandangnya tajam. Aku bau sesuatu yang kurang menyenangkan. Dia berlabuh di sisi Zahra. Bahu gadis itu dipeluk mesra.

“Gila tak 'sayang', mestilah 'sayang'.”

Isya menahan tawa. Baru dia mengaku tentang kebodohan Sara yang disebut rakan-rakannya sebelum ini. Takkan lah kau tak faham lagi apa maksud Zahra.

“Esok kau gantikan aku ke kelas boleh?”

Serta merta badan Zahra dilepaskan. “Tak boleh.”

“Eh kenapa pulak? Kau kata kau tak ada kelas esok.”

“Esok aku nak gi dating.” Bangga Isya memberitahu.

“Weh, tak ajak!”

“Eee, lelaki 'bertuah' mana pulak nak keluar dengan kau...”

“Encik Jareer Karim.”

Bersembur ketawa Zahra dan Sara. Encik Jareer Karim? Warga asing yang jual kebab tepi jalan tu?

“Sejak bila kau ada skandal dengan dia?”

“Sejak aku beli kebab dia.”

"Antara aku dengan dia kau pilih mana?"

Sara memegang kepala. Soalan yang diberikan Zahra terlalu KBAT. Antara sahabat dan skandal? Mana satu yang perlu dia pilih.

“Aku bakar gerai dia nanti kalau kau pilih Encik Jareer Karim.” Zahra mengugut. Layan je lah lawak bodoh Sara.

“Ye lah. Aku pilih kau.” Mimik muka Sara berubah sedih. Seakan-akan terpaksa memilih Zahra.

Kalau dah namanya ratu drama queen, memang selamanya takkan berubah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience