Dhia Imani melihat gambar tersebut. Sudah empat belas tahun berlalu.Dia tersenyum sendiri.Kenangan lama terimbau kembali. Indahnya dunia sewaktu remaja dahulu. Dua orang gadis lengkap berpaDhiaan sekolah yang menghiasi gambar tersebut membuatkannya terleka kepada kenangan lama. Dia mengusap gambar tersebut. Akhirnya dia terleka lagi...
14 TAHUN YANG LALU...
Dhia menggoncangkan tubuh gadis itu. Liatnya nak bangun makcik seorang ni! Dalam kelas pun boleh membuta. Tak kira masa dan tempat. Tak sedar ke cikgu tengah mengajar kat depan tu?
Memang tak makan saman betul! Akhirnya Dhia membiarkan saja gadis itu menikmati mimpi yang dialaminya tika ini. Penat dah nak mengejutnya. Bukannya nak bangun! Tambah berdengkur adalah!
“Baiklah kelas, pastikan kerja rumah semuanya siap. Saya nak semua hantar lusa ya? Sampai sini sahaja kelas hari ini. Assalamualaikum.” Kata-kata guru lelaki berkopiah tersebut membuatkan satu kelas serentak menjawab salam. Dhia mengerling ke sisinya sekilas. Kepalanya digeleng-gelengkan.
Gadis yang baru sahaja bangun itu terpisat-pisat sambil menggosok matanya. Dia memandang sekeliling seperi mahu mengagak dia berada di mana sekarang. Dia menguap. Tangan kanannya laju menutup mulut. Ye lah, kalau tak tutup nanti masuk syaitan pula!
Dah habis kelas baru nak bangun. Masa cikgu di depan, haram dia nak bangun bila dikejutkan. Macam orang gila dah cuba membangunkan dia tapi relaks saja meneruskan tidur.
“Waktu tidur aku dah habis...” Gadis comel itu berkata selamba. Dhia tidak mempedulikan kata-kata sahabatnya itu. Dia sudah lali dengan perangainya itu. Setiap kali subjek Sejarah yang diajarkan pasti dia menjadikan waktu itu masa tidurnya. Huh,perempuan tu kan memang anti-History subject!
“Eh,dah bangun Cik Laila Imani kita?” Dhia menyindir. Gadis yang dipanggil Laila itu hanya tersengih. Memang tak ada rasa bersalah langsung!
“Kau ni Kiah, aku kan alergik dengan subjek Sejarah ni. Kau ni macam tak kenal aku pulak kan?” Laila berkata. Dhia Imani mencerlung.
“Pandai-pandai je kau panggil aku Kiah kan? Orang lain elok je panggil aku Imani or Dhia,kau boleh panggil Kiah? Susah sangat ke nak sebut Dhia? DHI-A! I-MA-NI
“Susah lah jugak. Lagipun nama aku kan Laila Imani. Rasa something wrong somewhere bila aku panggil kau Imani. Macam panggil nama sendiri. Lagipun,apa ada hal? Dhia dengan Kiah kan tak jauh?” Dhia Imani bengang. Rasa nak disekehkan aje kepala sahabatnya itu.Akhirnya Dhia Imani mengambil keputusan untuk mendiamkan diri. Kalau dilayan,macam-macam lagi yang si Laila ni merapu. Sampai esok pun belum tentu habis dengar benda merapu dia.
Laila yang melihatkan sahabatnya itu diam mula berasa bosan. Dia mencuit gadis itu. Dhia Imani buat tak tahu. Laila mengecilkan mata. Geramnya! Kenapa pula jual mahal tak mahu layan aku. Sibut sangat ke ni?
“Wei,layan lah aku sekejap. Bosan giler ni. Tak payah lah nak merajuk. Aku tak tahu macam mana nak pujuk lah. Kalau kau tak bercakap macam ni, apa aku nak buat nanti wei,” kata Laila sambil jari telunjuknya mencucuk-cucuk pipi dan lengan Dhia Imani. Dhia Imani berpaling. Wajah Laila yang tersengih itu mencuit hatinya.
“Mana ada aku merajuk! Aku diam je malas nak layan kau...” Dhia Imani senyum.
“Bagus! Aku ada cerita nak habaq mai kat hang.” Laila menyising lengan baju kurungnya. Dah keluar dah loghat utara dia. Padahal,Laila tiada saudara mara yang lahir atau duk utara. Tapi,cara Laila tadi sebijik macam perangai mami jarum. Bakal mami jarum ka?
“Ish kau ni. Nak bercerita bukan main excited. Apa dia?” Dhia Imani melayan. Kalau tak karang, Laila cuit-cuit dia lagi. Rimas.
“Ada sorang budak baru kat sekolah kita ni.Dan dia…Lelaki!” ujar Laila dengan muka teruja mata membulat.
“Cara kau cakap ni macam ada seorang lelaki sesat nak masuk sekolah budak perempuan tau? Padahal sekolah kita ni,sekolah campur. Bukannya khas untuk perempuan. Biasa lah tu. Apa masalahnya kalau budak baru tu lelaki?” Tanya Dhia Imani tak berapa berminat.
Aku ingatkan apalah yang kecoh sangat si Laila ni nak cerita. Desis hatinya. Hmmm...
“Aku dengar budak baru tu handsome. Tapi,dia form four lah.” Laila menambah.Dhia Imani pelik. Dia mengangkat kening seperti bertanya.
Share this novel