“Sedap tak kek yang aku buat?” tanya Laila.
“Perfect!” Jawab Dhia Imani gembira.
“Tapi,rasa something sikit.Yang lain tu ok.Not bad.” Tambah Dhia Imani lagi.
“Amboi kau,banyak songeh pulak.Susah payah aku masak tahu?”
“Eh,kau reti masak ke?”
“Kau memang dah lama tak kena sembur dengan mulut pedas aku kan?” kata Laila mengugut manja.
“Lama lah jugak. Dalam empat belas tahun.” Dhia Imani meloyar buruk.Laila tergelak.Sengal betul!
“Ehem,kalau dah jumpa kawan lama tu,jangan lupa kami berdua kat sini.”
Dhia Imani dan Laila memandang ke arah suami masing-masing. Perangai mengusik datang lagi. “Eh,ada rupanya. Kami berdua tak perasan pulak.” Laila mengusik. Dhia Imani menekup mulut,menahan gelak. Wajah kedua-dua lelaki tersebut sudah cemberut.
“Alolo,gurau je lah.” Dhia Imani memujuk. Laila tergelak kecil. Mengada-ngada betul.
“Dhia Imani,aku nak korek cerita ni.”
“Apa dia?” Tanya Dhia Imani.
“Macam mana kau boleh kahwin dengan Abang Faiz Imran.
“Macam tak ada soalan lain nak tanya.” Alfi menegur. Faiz Imran tergelak. “Sayang cerita je lah dekat Laila tu.”
Dhia Imani tersipu. Perkahwinan mereka ni pun baru masuk enam bulan. Laila menanti. Akhirnya Dhia Imani membuka cerita.
Dhia Imani menarik nafas lega. Kerja yang perlu dia e-melkan sebentar tadi sudah dihantar. Dia memandang ke arah rakan setugasnya disebelah. Bahu wanita itu ditepuk perlahan.
“Kau ni mengelamun je. Teringatkan pakwe ke?”
Hana tersentak. Heish perempuan ni,spoil mood aku nak berangan je. Jaga kau! Belum sempat Hana hendak menjawab, seorang gadis menyampuk.
“Huh,taka da maknanya dia berangankan pakwe dia. Perempuan macam dia ni mana ada pakwe.”
Hana bengang. Dhia Imani di sebelah sudah buat muka meluat.
“Macam lah dia tu ada boyfriend.” Dhia Imani membidas. Muka gadis itu berubah. Wajah Dhia Imani dipandang penuh benci. Entah kenapa,sejak Dhia Imani mula bekerja di pejabat ini,dia rasa tercabar. Apa yang tidak ada pada gadis ini? Wajah yang putih bersih pasti memikat ramai orang dan juga hasil kerja
yang bagus. Apabila Dhia Imani disuruh membuat sesuatu kerja,jarang sekali menghampakan pihak atasan.
Dhia Imani memandang wajah gadis yang berpaDhiaan menjolok mata itu. Heish,aku tengok pun sakit mata tahu. Hana gelak dengan penyataan yang diberi Dhia Imani tadi. “Betul cakap kau Dhia. Wei Alia,kau pergi lah buat kerja kat tempat kau. Kau ni sedap je duduk goyang kaki kan? Dah gaya macam bini CEO.”
Alia senyap sebelum menjawab. “Aku memang bakal isteri CEO pun.” Jawab Alia bangga. Dia terus berlalu dari situ.
“Cakap pasal CEO,siapa CEO baru tu eh?” Tanya Dhia Imani. Dia belum sempat bersua muka dengan CEO tersebut. Dengar cerita,dia lelaki.
“Kau tak jumpa lagi eh?” Dhia Imani mengangguk.
“Ha,panjang umur. Tu,CEO baru tu. Handsome
Hana menunjukkan seseorang dengan jari telunjuknya. Dhia Imani melihat ke arah yang ditunjukkan Hana. Matanya dikecilkan. Macam pernah tengok je muka ni.
Lelaki yang berpangkat CEO itu menuju ke arah mejanya. Dhia Imani buat tak tahu manakala Hana sudah tersengih. Siapa tak gembira kalau dapat CEO handsome macam tu.
“Dia datang lah Dhia. Handsomenya.”
Dhia Imani tidak mempedulikan kata-kata Hana tadi.
“Hana,proposal untuk tender kali ni awak dah siapkan?” Suara lelaki itu bertanyakan Hana.
“Sikit lagi. Ada beberapa perkara yang nak kena ubah.” Jawab Hana sopan. Dhia Imani disebelah menahan geli hati. Amboi,depan boss,bukan main kau bersopan santun ye?
Lelaki itu memandang ke arah Dhia. Wajah gadis itu diamati. Macam pernah tengok lah. Seketika dia terpandangkan gelang yang ada di tangan gadis
itu. Dia masih ingat. Gelang itu sama macam pemberiannya pada seorang gadis suatu masa dahulu. Dia terkedu. Perasaan yang tak dapat digambarkan.
Gembira dan terkejut. Selepas tamat belajar,puas dia mencari gadis ini. Tapi dengan ketentuan Allah dia dapat bertemu kembali dengan wajah gadis itu.
Share this novel