“Makcik,saya balik dulu lah. Malam ni saya nak ajak Dhia Imani keluar boleh?” Tanya Rizal. Dhia Imani bengang. ‘Sukahati kau je kan?’
Umi Dhia Imani buntu. Alah,sekali ni aje.
“Ok,makcik izinkan. Tapi,jangan balik lewat ye?”
“Umiiiiiiiiii…….” Dhia Imani merengek. ‘Kenapa Umi buat Dhia macam ni?’
“Oklah. Dhia Imani,I ambik you pukul lapan nanti ek? Bye”
FAIZ IMRAN mencapai telefon bimbitnya yang sedang berdering. Mesej rupanya. Daripada Alia? Faiz Imran membuka mesej tersebut.
'I nak hantar kat you File untuk meeting esok.
You tak masuk office esok kan? I tunggu you
lapan malam nanti. Dekat secrete recipe.
See you there !'
Faiz Imran mengeluh. Dah lah sehari suntuk dia membuat kerja. Waktu malam nil ah waktu untuknya berehat. Ni tak pasal-pasal,waktu malam pun kerja.
Akhirnya Faiz Imran melangkah ke bilik air untuk bersiap. Kena pergi jugaklah. Ni kerja! Huh,malas betul. Kepalanya mengerewang teringatkan Dhia Imani. Apa agaknya gadis kesayangannya itu sedang buat ye? Hatinya mula berasa rindu dengan gadis itu. Siapa yang tak rindu kepada orang yang kita cinta? Cinta?
Haha,Faiz Imran sedari dahulu menyuDhia gadis itu. Tetapi dia tidak punya kekuatan untuk berterus terang. Tak mengapalah. Mungkin berdiam adalah jalan yang terbaik buat masa ni.
Dhia Imani merenung ke luar tingkap kereta. Fikirannya sedari tadi teringatkan Faiz Imran. Huh,mengapalah dia mencintai lelaki itu? Nak berterus terang?
Memang tak! Dia seorang perempuan dan dihiasi sifat malu. Hendak meluahkan rasa,memang mustahil. Sejak dahulu dia punya perasaan terhadap lelaki itu.
Rasa rindu yang membuak perlu ditanggungya seorang. Haih,apalah nasib.
Kereta yang dinaiki berhenti di tepi jalan. Kawasan yang agak lengang dan gelap itu mengecutkan Dhia Imani.
“Rizal,kenapa you berhenti?”
Rizal tidak menjawab.Tangannya cuba meraih tangan Dhia Imani. Dhia Imani menepis.
“Rizal,you nak buat apa ni?”
“What?! I nak pegang tangan you je? Salah?”
Dhia Imani bengang. Darahnya menggelegak.
“Rizal,you nak apa sebenarnya ni?!” Tanya Dhia Imani kasar. Kalau dia tidak berfikir panjang,hendak sahaja dia menumbuk wajah lelaki itu. Apa? Dia black belt dalam tae kwan do lah.
“Simple. I nak you.”
Dhia Imani tergamam.
“Ok, I balik dulu.” Pamit Faiz Imran apabila dia sudah mendapat file ditangan Alia. Alia menarik lengan Faiz Imran. Peluang seperti itu tidak boleh disia- siakan. Dia mesti meluahkan perasaannya terhadap Faiz Imran. Dan dia yakin Faiz Imran akan menerimanya. Mana pernah lelaki menolak dirinya yang cantik, seksi dan menggoda. Kucing tak akan menolak ikan kan?
“Faiz Imran, I ada benda nak cakap.” Alia bersuara manja dan menggoda.
“Yes? What it is?” Tanya Faiz Imran.
“I suka kan you. I cintakan you. You boleh terima I kan?”
Faiz Imran terkejut dengan pengakuan Alia. Tidak sangka dia yang gadis dihadapannya ini seberani itu. Dia menggeleng perlahan. Alia tersentak melihat gelengan Faiz Imran.
“Sorry, I cintakan gadis lain.” Faiz Imran berkata lalu terus berlalu dari situ. Alia menunduk. Malu betul rasanya apabila ditolak mentah-mentah.
Faiz Imran meluncur laju keretanya. Dia teringatkan Dhia Imani lagi. Ah,tak boleh jadi. Aku kena bagitahu Dhia Imani tentang perasaan aku.
“Kau dah gila ke?” Dhia Imani sedikit menjerit. Nama panggilan juga sudah berubah.
“Ye,memang I gila. I gilakan you.” Sebaik sahaja Rizal habis berkata,tangan lelaki itu terus merangkul bahu Dhia Imani. Pin tudung Dhia Imani ditanggalkannya. Dhia Imani gelisah. Kekuatan lelaki itu tidak mampu ditandingi oleh kekuatannya sebagai seorang perempuan. Akhirnya rambutnya yang tersimpan rapi dari pandangan ajnabi sudah dipamerkan kepada Rizal. Air matanya gugur.
Ya Allah,waktu ini aku hanya mampu meminta pertolongan daripadamu. Jagalah kesucianku daripada dirampas oleh lelaki yang tidak mempunyai apa-apa hubungan denganku.
Share this novel