Biar betul kawan aku yang sorang ni. Dah pandai pula usha lelaki handsome! Mana dapat tahu cerita ni pun entah!
Laila turut mengangkat kening. Tidak mengerti maksud sahabatnya itu. Apahal lah nak jadi Ziana Zain ni? Main angkat-angkat kening pulak. Tanya terus tak boleh ke? Ni guna isyarat kening bagai. Pelik.
“Sejak bila kau jadi sibuk sangat ni? Hal lelaki pulak tu. Selalunya kau ambik tahu pasal diri kau je dan waktu kau tidur.” Dalam bertanya sempat lagi Dhia Imani memerli.
Laila yang sedar dirinya diperli memandang Dhia Imani tanpa sebarang riak. Dah biasa pun. Dhia memang suka perli Laila. So tak ada apa yang pelik sangat tentang hal itu.
Dhia Imani memandang anak mata yang berwarna coklat lembut milik Laila. Dia meminta penjelasan. Laila tahan senyum.
Ada satu benda yang terjadi tadi. Tapi dia tak akan memberitahu Dhia Imani. Biarlah Dhia Imani tahu sendiri. Haih,untung betul kau Kiah. Untung sangat! Bisik hati Laila.
“Kau ada sembunyikan something ke dari aku?” Tanya Dhia Imani. Laila menggeleng. Zip mulut.
“Betul? Betul kau tak sembunyikan apa-apa dari aku? Kalau aku dapat tahu kau sembunyikan apa-apa... tahulah aku nak buat apa nanti,” Tanya Dhia Imani meminta kepastian.
“Betul lah Kiah. Aku tak komplot apa-apa pun dengan dia tu. Mana tahu dia boleh gantikan aku nanti.” Kata Laila sambil kakinya menguis-nguis lantai.
Seketika Laila berhenti. Er,kantoi! Harap lah Dhia Imani tak perasan.Tapi sangkaannya meleset sama sekali.Dhia Imani yang terkejut dengan kenyataan yang diberi oleh Laila tadi terus mendesak.
Laila kehilangan kata-kata. Mati kutu. Mampus lah kau,Laila. Mampuslah kalau perempuan singa ni tahu.
Dhia dah angkat muka dan bagi pandangan yang lain macam. Matanya merenung tepat ke arah mata Laila. Bibir dah tak senyum dah.
“Komplot apa?Kau sepakat dengan siapa ni? Nak kenakan aku ke? Laila,tell me the trruth! Apa yang kau nak buat ni? Gantikan kau? Siapa? Kau nak pergi mana?!” Laila terkaku.
‘Huh,harapnya kalau cita-cita aku nak jadi polis kesampaian,aku kena belajar menyoal siasat penjenayah daripada Dhia Imani ni. Dalam masa sepuluh saat je dia boleh tembak aku dengan pelbagai soalan.
Bertubi-tubi... Macam main tembak-tembak dalam game lepas tu reload peluru dan tembak lagi. Kelu lidah woo.’ Laila berkata sendiri.
“Er,tak… Aku… Err,aku tak ada komplot dengan sesiapa pun.Tadi tu terkejut je.Tu lah pasal tergelincir sikit ayat aku.” Laila tersengih sambil kepalanya yang tidak gatal itu digaru perlahan.
Cover ayat baik punyer! Kalau tak cover line, banyak lagi soalan yang akan keluar.
Dhia Imani ragu-ragu. Mulutnya ingin bertanya Laila dengan lebih lanjut.Belum sempat mulutnya hendak bertanya,guru untuk pelajaran seterusnya melangkah masuk ke kelas. Laila menarik nafas lega.
Dhia Imani tak puas hati. Satu pandangan maut diberikan kepada Laila tanda soal siasat sebentar tadi belum berakhir! Tak apa. Aku akan tanya nanti. Jaga kau!
“Kiah!!!!!” Dhia Imani menoleh. Kuajaq punya member. Dah lah panggil aku kuat-kuat. Habis satu sekolah dengar. Malu aku tau tak? Dhia membuat muka tak puas hati.
Laila yang berlari ke arah Dhia Imani berhenti di hadapannya.Tercungap-cungap gadis itu menarik nafas. “Kau ni,lajunya…Relaks lah dulu. Jalan macam tak cukup tanah. Macam kena kejar dengan anjing! Tak lari pun rumah kau tu. Nak balik awal-awal buat apa?” Laila bertanya. Kakinya melangkah seiring dengan kaki Dhia Imani. Muka temannya itu dipandang meminta jawapan.
Dhia Imani diam. Dia teringatkan peristiwa tadi. Dalam fikirannya kini dia masih memikirkan perlakuan budaklelaki yang menghampirinya. Pelik betul lelaki tu.Laila yang melihatkan Dhia Imani seperti berfikirkan sesuatu mula melakar senyuman. Dia sudah tahu apa sebabnya. Ok,pelan seterusnya!
Dhia Imani terus berfikir.Peristiwa tadi kembali bermain di layar fikirannya.
Share this novel