BAB 7

Humor Completed 31799

Faiz Imran dan Dhia Imani melangkah keluar. Alia terkedu. Abang? Wait, what I’m missing here?

Dhia Imani,Faiz Imran dan Hana melangkah masuk ke dalam ruang kafe tersebut. Kafe yang agak lengang itu membuatkan mereka senang mendapat tempat duduk. Selepas membuat pesanan,Hana memulakan bicaranya.

“Ha,cepat cerita. Kau orang berdua dah lama kenal kan?”

Faiz Imran tergelak. Dhia Imani tersenyum simpul tetapi masing-masing tidak mahu bersuara. Hana bengang dengan perangai kawan dan bossnya itu. Wajah Hana yang cemberut itu membuatkan Dhia Imani membuka mulut.

“Dia ni jiran lama aku lah. Lebih kurang macam abang angkat aku. Kitaorang dah lama tak jumpa. Tak sangka pulak boleh jumpa pagi tadi.” Dhia Imani
menerangkan.

Hana tersengih. “Ooo,maksudnya Encik Faiz Imran ni ex-boyfriend kau lah.”

Dhia Imani tersedak. Faiz Imran tergelak lagi. Habis merah mukanya menahan gelak.

“Apa yang kau merepek ni hah?”

“Betullah. Mengikut beberapa fakta,lelaki dan perempuan tidak boleh berkawan baik atau adik-abang angkat. Sebab salah seorang mesti ada perasaan suka antara satu sama lain.” Hana membuat muka serius.

“Fakta mengarut mana kau cilok ni hah? Jangan kata kau terbaca dekat dalam ‘pakcik Google’ pulak.” Dhia Imani menepuk kuat lengan Hana. Faiz Imran hanya menggeleng melihat telatah dua orang gadis itu. Seketika,makanan yang dipesan tiba. Mereka menjamu selera dengan senyap. Sesekali terdengar bunyi sudu dan garfu berlaga.

Mereka menghabiskan suapan yang terakhir. Selepas membuat bayaran,mereka balik semula ke pejabat. Dhia Imani masih lagi dengan muka cemberutnya itu.

Merajuk dengan Hana.

“Wei,sorry lah. Aku gurau je tadi. Kau jangan lah marah aku ek?” Pujuk Hana.

Dhia Imani masih diam. Geram betul hatinya mendengarkan kenyataan dari Hana tadi. Nasib baik Faiz Imran tak ambil serius dengan apa yang dikatakan Hana
tadi. Kalau tak,tebal lah kulit muka dia menahan malu.

Hana buntu. Merajuk pula kawannya seorang ini. Kepala yang tidak gatal itu digarunya perlahan. Susah betul lah kalau Dhia Imani ni merajuk.

“Tak apalah Hana,nanti biar saya je yang pujuk dia.” Faiz Imran menyampuk. Hana sudah tersengih-sengih.

“Untunglah kau dapat boyfriend macam Encik Faiz Imran ni.” Hana mengusik.

Makin panjang muncung Dhia Imani. Urghh,geramnya. Nak je aku sekehkan kepala minah ni.

“Encik,lagi kuat dia merajuk lah.”

“Tak apa. Tahulah saya nak buat apa nanti.” Hana tergelak perlahan.

“Manja betul Dhia Imani ek?”

“Mana ada,dia yang mulakan dulu.” Dhia Imani mengadu manja. Faiz Imran teguk air liur. Haila budak ni,boleh pulak jadi manja. Nasib baik iman aku kuat lagi tau. Bisik hati Faiz Imran.

“Alah,apa salahnya kalau dia ingat abang ni boyfriend Dhia Imani.” Laju sahaja tangan Dhia Imani mencubit lengan Faiz Imran. Gatal betul. Faiz Imran menyeringai
sakit. Fuh,boleh terkoyak kulitnya macam ni. Perit.

“Padan muka. Mengada sangat.”

“Abang gurau je lah. Jangan lah emo sangat. PMS pe?” Faiz Imran berseloroh. Sekali lagi jemari runcing milik Dhia Imani hinggap di lengannya.

“Auchh, ok ok, abang gurau je. Jangan lah cubit. Perit.”

“Tau pun.”

“Dah,jangan nak memuncung mulut tu. Nanti tak comel.” Dhia Imani tersenyum. Faiz Imran memang tahu sahaja perangainya itu. Selalunya,kalau Dhia Imani merajuk,hanya Faiz Imran lah yang mampu memujuknya.

“Ha,kan dah comel kalau senyum macam tu.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience