BAB 3

Humor Completed 31799

Roti ditangan disuap ke dalam mulut. Kelibat Laila dicarinya.Mana pulak mak cik ni? Selalu macam ni. Lambat! Kakinya terus melangkah tanpa disedarinya,dia terlanggar seseorang. Dhia Imani terkejut. Aduh,waktu ni lah nak berlanggarnya pun... Semua ni salah kau lah Laila!

Dhia Imani memandang orang yang dilanggarnya itu. Matanya membulat. Terkejut. Wajah gerangannya dipandang. Lelaki.

“Abang Faiz?” katanya perlahan tapi masih boleh didengari.

Lelaki itu tersenyum. Alhamdulillah... Senang kerja! Nasib baik Dhia Imani ingat aku lagi. Tak perlulah aku berlakon supaya dia ingat aku.

“Dhia Imani! Ingat lagi kat abang rupanya. Abang ingatkan Dhia dah lupakan abang. Maklumlah... Dah lama kita tak berjumpa,” kata Faiz Imran. Bibirnya mengukir senyuman.

Dhia Imani tak terkata. Betapa gembiranya rasa dihati ketika itu. Teman sepermainannya sewaktu kecil sudah ada di depan mata. Betapa dia rindu dengan wajah ini.

Sudah hampir 10 tahun dia tidak bersua muka. Tetapi yang peliknya,Dhia Imani boleh mengenali wajah itu. Padahal muka Faiz Imran memang jauh berbeza sewaktu umurnya berpisah dengan Dhia Imani dahulu.

“Memanglah ingat, abangkan bestfriend Dhia Imani!” Ucap Dhia riang. Faiz Imran tergelak kecil.

“Abang buat apa kat sini?” Tanya Dhia Imani. Pelik Faiz boleh berada di situ setelah sekian lama terpisah.

Faiz Imran senyum sambil mengangkat keningnya. “Dhia Imani rasa,sebab apa?” Sengaja dia mahu berteka-teki dengan gadis itu.

Dhia Imani menggosok dagunya lembut. Keningnya bertaut kerana berkerut. Faiz Imran tersenyum. Lambat pick up betul budak ni. Sama je macam dulu.

“Abang dah pindah sini. Dan,abang baru start sekolah kat sini.” Terang Faiz Imran.Dhia Imani hanya mengangguk. Ni kut budak baru yang Laila cerita semalam.

Loceng sudah berbunyi.Dhia Imani cepat-cepat menghabiskan roti ditangannya.

“Ok,abang nak masuk kelas ni.Abang jumpa Dhia Imani malam besok.Bye!”

Dhia Imani tersedak.Malam esok? Kenapa malam?

“Kenapa malam?” Tanya Dhia Imani pelik.

“Secret.” Ucap Faiz Imran sepatah.

Malam esoknya,selepas Dhia Imani menyiapkan kerja sekolah,dia terus turun ke ruang tamu untuk ke dapur. Perut ni dari tadi meragam. Lapar gila ni.

Dhia Imani turun satu-persatu anak tangga. Apasal gelap semacam je ni?Baru pukul 9 malam. Black out ke? Aduh! Janganlah black out. Umi dengan abah tak ada ni! Dah lah aku duduk seorang kat rumah ni. Kang apa-apa jadi macam mana pula.

Dia melangkah dengan berhati-hati.Tangannya terkial-kial mencari suis lampu.Pap! Ada pun elektrik.Ingatkan black out.Tapi,siapa pulak yang tutup lampu ni? Mana ada orang kat rumah ni.

“Dhia Imani!” Dhia Imani menoleh apabila terdengar satu suara memanggil namanya.

“Abang Faiz Imran?! Abang buat apa kat sini?” Tanya Dhia Imani terkejut. Apa semua ni?

“Kan abang dah cakap nak jumpa Dhia Imani malam ni.”

“Ma…Macam mana abang boleh masuk?” Tanya Dhia Imani lagi.Tergagap-gagap dia menuturkan kata.

“Secret.” Jawab Faiz Imran bersahaja.Dhia Imani bengang.Dari semalam dengan dia punya secret tu!

“Sini sekejap!” Ajak Faiz Imran.

Dhia Imani yang agak takut itu mengikut.Memang lah takut.Dah lah diaorang berdua je dalam rumah tu.Bukan muhrim pulak.Kalau kena tangkap basah,tak ke naya?

Faiz Imran melangkah masuk ke dapur.Dhia Imani hanya mengikut. Dapur yang gelap itu hanya menjadi pandangan Dhia Imani.

“Kenapa masuk dapur abang?”

Faiz Imran diam. Membiarkan persoalan Dhia Imani tadi dibawa angin.Dia memasuki dapur itu meninggalkan Dhia Imani. Dhia Imani yang tidak boleh melihat di kawasan

yang agak gelap itu mula menggigil.Bayang Nufal sudah hilang dari pandangan matanya.Kakinya masih tidak melangkah kearah dapur yang luas itu.Tidak nampak apa-apa selain kegelapan di situ.

Bunyi sesuatu yang jatuh membuatkan Dhia Imani tersentak. “Abang?!” Panggil Dhia Imani.Senyap.Tak ada yang menyahut.

Dhia Imani masuk ke dalam dapur. Ketakutan menguasai diri.

Dup dap dup dap.

Dhia Imani memegang dadanya. Degupan jantungnya kuat sekali. Dan…

“Surprise!!!!!!!!!” Suara jeritan yang agak ramai menjelma.Tiba-tiba ruang dapur yang gelap gelita itu menjadi terang benderang. Dhia Imani kaget.Dia melihat kelompok manusia yang ada dihadapannya kini.

Umi, abah, kak long, Abang Faiz Imran, Auntie Meen,Uncle Arif, Laila, Auntie Lina, dan juga si kecil Nana!

Dhia Imani terkaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience