Rate

#3

Other Series 1688

Suasana kembali sunyi. Masing-masing cuma berkhayal di alam sendiri. Barangkali sedang menyusun ayat? Mungkin juga mahu menanyakan soalan?

"Mak awak pandai masak?" Dia cuma menerima anggukan sebagai jawapan.

"Kakak?" Aku mengangguk laju. Ah! Keluarga aku memang pandai masak! Tapi...kecuali akulah.

"So, awak mesti pandai masak?" Waduh! Soalan cepumas, apakah ini? Hendak menipu, jauh sekali! Jadi galang gantinya cuma air muka yang jatuh menghempap tanah! Padan muka, siapa tak suruh belajar!

"Hehehe....mustahillah kot, Ustazah" Balasku sambil menayangkan gigiku yang agak kekuningan. I'm not a celebrity who is dying just to plaster every inch of my body part with beauty! Buang duit saja.

"Kenapa pulak? Dah besar-besar tak pandai masak, malulah" Sentap. Pedas. Dalam sangat! Aku cuma membalas senyuman kambing pada bicaranya tadi. Ibarat belati yang tertusuk di dada! Aku tahu aku bukan perempuan yang sempurna. Well, it's just about cook, anybody can die because of words, getusku dalam hati. Sedih yang mulai membenih, aku sorok dalam hati. Salah aku tak belajar!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience