'Saat tudung labuh mulai membaluti kepala ini, aku berazam untuk berubah perlahan-lahan walaupun keperibadianku tak layak untuk ini" Satu ungkapan yang cukup sebati dalam diri sang gadis, Hariza yang berjinak-jinak menutup aurat dengan lebih sempurna, direncahi dengan warna hidupnya yang kian kelam kerana nistanya sang mulut dunia. Ah! Masakan sebab aku tak pandai masak je, kau menghukum aku tak layak dengan penampilanku. Cukup aku sedari selabuh mana tudung di kepala, seberat mana serban terlilit kemas sekalipun, bukan penampilan yang Allah pandang.Tapi, kelakuan, adab dan tingkah MANUSIA! Benarlah apa yang tersirat di hati tak siapa memahami kecuali Sang Pencipta yang berkuasa ke atas segala. Pedihnya kata-katanya bagai tusukan belati yang membelah dada ini. Meskipun tangisanku tidak berbunyi, cukuplah sekadar senyuman yang menyembunyi segala definisi.
View All Chapters (Total 6 Chapter)
Update 22 December 2019
2019-12-30
Alhamdulillah.. sambung lagi..
2019-12-27
sis bg 5 star.. dan mtk disambung. tq :)