Rate

#4

Other Series 1688

Kereta Kenari yang dipandu oleh Ustazah Hawa berhenti betul-betul di hadapan sebuah rumah agam tiga tingkat. Perkarangan rumah yang dipenuhi pokok ubat-ubatan dan bunga menandakan seseorang yang mencintai kedamaian. Aku seolah-olah sudah merindui untuk menimba Ilmu di sini. Ilmu akhirat yang bakal menjadikan aku kuat. Pastinya menarikku dari tersesat!

"Assalamualaikum, kakak" Sapa seorang wanita yang berusia lewat 50-an sambil memberi salam. Aku kenal benar suara itu!

Wajah kutoleh sebelah. Ustazah Hawa sedang bersalaman dan berkucupan dengan Ustazah Wardah. Mereka sangat mesra dan indah kerana adab yang menghiasi tutur kata yang indah serta pemakaiannya yang cantik dan tepat pada syarak. Aku percaya pakaian ini menyelamatkan kami di sana!, bisik hati kecilku sambil mengukir senyuman sekadar di hujung bibir.

Aku pula menyalami tangan tua yang menghulur itu. Indah tatapanku kerana dialah yang bakal membentukku menjadi perempuan Islam yang baik. Ah! Banyak benda yang aku angankan saat ini.

"Akak, sihat?" Soalnya kepadaku sambil memimpin tanganku ke dapur. Aku membalas dengan senyuman yang paling manis.


Kakinya yang terhinyut-hinyut menandakan dia sedang megerang kesakitan menyebabkan aku berfikiran bahawa sakit kakinya telah menyerang kembali. Kesian aku melihatnya! Walaupun sudah berusia, tetap gigih lagi untuk berkerja.

"So, macam mana dengan tahfiz ustazah ni. Besar tak? Haha....maaflah. Kita duduk sini ye. Bukan tahfiz" Ujarnya berbuar jenaka. Aku turut sama gelak, sekadar menjaga hati orang tua yanh selalu senang terasa.

Dia bangkit dari duduknya untuk mencapai pisau. Cili kering dipotongnya satu demi satu. Aku menawarkan diri untuk dibantu namun dipulaunya. Jadi, aku lihat sajalah!

"Hariza, tolong potong bawang. Tahu, kan?" Arah Ustazah Hawa kepadaku. Aku mengangguk lalu bingkas mencapai pisau. Dek kerana agak takut dengan Ustazah Hawa, aku membatukan diri. Berfikiran sama ada hendak bertanya kepada Ustazah Wardah atau anaknya tentang kedudukan bawang di rumah agam itu.

"Kenapa?" Soal Ustazah Hawa ringkas.

"Umph....bawang kat mana?" Soalan berbalas soalan. Aduhai...aku tersenyum sendiri, menyedari ketidakpekaan aku apabila melihat bawang sudahpun tersedia di atas meja dapur. Kedua-dua anak beranak itu cuma menggeleng kepala melihat tingkahku yang kalah anak kecil.

"Sham! Shad! Tolong akak ni potong bawang. Kita laki Islam kena membantu orang. Jangan tunggu disuruh je baru nak buat" Kan dah kena satu! Padahnya, apabila dekat rumah tak nak membantu. Tapi tulah...bila kat rumah orang, kenalah ringan tulang. Nampak teserlah sekali cebikan di hujung bibir kedua-dua adikku itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience