Rate

#6

Other Series 1688

Ustazah Hawa bingkas bangun menuju ke ruang tamu. Ah! Akhirnya, dapat juga aku berehat seorang diri tanpa dilihat orang. Melihat katil dua tingkat disebelahku, sudahpun aku terbayangkan peraduanku di rumah sambil diurut adik. Tapi, tidaklah seempuk ini. Cukuplah beralaskan selimut tebalpun sudah memadai.

Hati ini tidak pernah tenang sejak beberapa detik yang awal. Bukan pada ketika aku dikerah untuk melakukan kerja rumah. Tapi, saat aku diperlekehkan sewaktu awal kedatanganku.

"Kenapa tak cakap dah hangus tepi kualinya. Kan nanti dah tak sedap sambal dia ni. Awak ni, ada mulut bagitahulah. Awak tu perempuan, kenalah tahu masak. We have to make a big prepation as Perempuan Islam" Ujar.Ustazah Hawa padaku sambil mengacau-ngacau sambal yang sedang menggelegak di atas dapur. Air mataku kian bergenang! Bukan kerana pedih mata, habuk masuk jauh sekali. Tapi, kata-kata itu membuatkan aku jauh dari mengenal erti madah yang indah. Bahasa yang berlapik dan berkias. Adakah dengan berterus-terang, hati aku akan terang? Ya Allah, sesungguhnya apa yang dikatakannya benar. Maka, kau terbitkanlah kesedaran dalam hati aku dan suluhkan dengan kebenaran, doaku dalam hati.

"Kenal tak, Khaulah pada zaman nabi?" Soal Ustazah Hawa padaku. Otak ligat berputar, mencari maklumat yang kian lapuk. Atau sudah tenggelam jauh ke dasar fikiran? Aku terus menggeleng tatkala tiada nama mahupun sejarahnya itu dalam kotak mindaku.

"Dia tu perempuan. Tapi, berperang jugak! Ke hulu ke hilir, bagi arahan sana sini! Macam panglima dah. Orang cakap dia setanding dengan Khalid Al-Walid" Terangnya ringkas tapi padat dengan isi. Seronoknya aku medengar sampaikan terhiris sedikit kulit jariku semasa memotong cili. Nasib tak berdarah!

"And it's doesn't mean that lagi lembut you jalan, lagi bagus dan lagi bersikap seperti perempuan Islam. No! Perempuan Islam isn't like that. Khaulah is a woman who has equal strength with any other warrior at the time. So, jangan fikir wearing long hijab and jalan terkepit-kepit tu dah memenuhi syarat perempuan Islam sebenar dalam konteks Al-quran dan Hadis. Ingat tu, kakak" Ah, zaaap! Aku tidak mampu lagi mengira sudah ke berapa kali tusukan belati itu merobek sampai ke tangkai hatiku. Pedihnya kata-kata itu mungkin tidak mampu ditafsir melalui butiran jernih tapi baru ku sedari... kian lebar senyuman yang kau ukur di bibir, hakikatnya lagi dalam lukanya dari yang mungkin kau sangkakan.

Jua ku sedari, Kekuatan itu hanya milik Allah dan datangnya juga dariNya. Berikan aku kekuatan, Ya Allah. Kutahan air mata dari melimpah jatuh ke tubir mata. Tahan sehinggakan aku tidak mampu.

"Pedihnya cili ni, Ustazah. Biji masuk mata agaknya" Kataku cuma mencipta alasan. Kesiannya, kau cili. Namamu yang kupetik sebagai alasan. Terima kasih, Ya Allah.

Mata kukatup perlahan. Buku nota di tangan kupandang sekali. Setiap kali mata ini tertutp rapat, memori terpahit itu berlegar-legar dalam ruang minda. Setiap bait kata itu sungguh melekat di hati. Dan selama-lamanya akan ku ingat walaupun mungkin sampai aku sudah bercucu padat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience