Rate

#2

Other Series 1688

Aku menaip laju, menyusun ayat untuk memaklumkan kepada Ustazah bahawa orang tuaku mengizinkan aku pergi. Atas dasar Ilmu yang aku sendiripun dah agak!

"Jomlah, pack baju!" Arah aku kepada kedua-dua adik lelaki aku yang turut mengikuti aku ke Tahfiz milikk Ustazah Wardah.

" Nak bawa tak seluar jeans ni?" Tanya Sham padaku sambal menayang-nayangkan seluar itu di depan mata.

"Masha Allah, bang oi! Ketatlah! Beranilah kau bawak sebelum aku tumbuk kau! Jangan nak malukan aku ye" Amaranku pada dia sekadar berbunyi gurauan. Keluargaku dah masak benar dengan tingkahku yang ganas. Dan setiap kali itu, telingaku akan dihujani perihal adab kita ketika bercakap. Ceramah percuma daripada Sang Bonda yang amat kucinta!


***

Kelibat Ustazah Hawa mula melangkah masuk ke ruangan tamu di rumah sewaku yang kecil melajukan lagi detakan jantungku. Aduhai, aku dah lah takut benar dengan anak Ustazah Wardah ni! Tup...tup dia pulak yang ambil aku kat sini!

"Cepat, bang! Lambat nanti" Ujarku sedikit keras apabila adikku itu langsung tidak berganjak. Mampuslah nanti! Lambat-lambat macam kura!


Saat terpandang wajah ibuku diselimuti senyuman manisnya itu, aku mengangkat tanganku untuk menyalami tangannya yang dilingkari urat-urat hijau. Betapa perihnya dia bekerja demi kami!
Usai itu, aku mengucup lembut dahinya serta kedua-dua belah pipinya. Salam terakhir dariku memenuhi ruang halwa telinga lima orang manusia di situ. Melihatku dan adik-adik melambaikan tangan lagak anak watan yang kembali merantau, aku dihurung sebak yang amat.

Satu demi satu langkah kukorak diiringi adik-adikku yang lain. Ustazah Hawa sudah jauh ke depan, mengalihkan kenderaannya di hadapan kami. Masing-masing melangkah masuk ke dalam kereta Kenari itu penuh tertib. Terpaksalah aku melabuhkan pungguh di kerusi depan memandangkan aku sahaja yang perempuan antara adik-adik yang lain.

"So, can you tell me how you contact with my mom? Yelah, musykil jugak saya bila tahu ada budak asrama nak datang rumah" Tanyanya sekadar memecahkan kesunyian awal pagi yang cuma diiringi bunyi cengkerik dan ayam berkokok.

"Oh, before last kelas Pafa, saya minta nombor Ustazah Wardah. At least, kalau ada soalan, saya boleh tanya dia kan?"

" Okay, so you are just one girl, here. Tak ajak kawan datang ke?" Persoalan yang akupun tak tahu nak jawab apa memandangkan Ustazah Wardah cuma mahu menanggung aku dan adik-adik. Takut nanti ada yang bagi betis, peha pun diminta jua!

"Oh, saya pun terkejut jugak waktu tu! Niat nak tanya soalan je. Tak terfikir pulak yang Ustazah ajak datang Tahfiz"

"Okay....so let's talk about your curiousity. Apa yang awak masik tak faham lagi?" Tanyanya ringkas. Tapi, berserabutkah aku untuk memutarkan kembali persoalan yang cuma ditinggalkan dengan tanda tanya.

" Umph...kalau saya nak amik foundation after habis SPM. Boleh ke? I mean dalam jurusan patologi" Tanyaku dengan soalan sedikit akademik memandangkan aku kini bercakap dengan seorang doktor. Ustazah Hawa bukan sekadar Hafizah tetapi penuntut Medicine di University of Ireland. Terkesima sebentar aku mendengar hujahnya dengan perkataan dan istilah yang terlalu gramatis dan bombastik. Profesional gitu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience