Rate

#5

Other Series 1688

Setiap satu minit, namaku sudah sebati, meniti di setiap bibir penghuni di dalam rumah agam itu. Penat dan letih sang badan aku tolak ke tepi memandangkan dia adalah guru yang bakal mencurahkan ilmu. Dan inilah perihnya perjalanan. Bukan senang-senang nak dapat ilmu macam tu je!

"Hariza!"

"Hariza, tolong Ustazah tengok gulai"

"Hariza,lepas solat, siram pokok bunga ye"

"Hariza, nanti keluarkan ikan. Siang sekali ye!"


Selepas solat Asar baru aku boleh rehat. Ye! Baru hari pertama aku di sini. Tapi...tak pelah. Inilah namanya pengorbanan. Laju tanganku menarik langsir di dalam bilik Ustazah Hawa. Gamaknya ada peneman tak disangkalah di sini! Menumpanglah lagi!

"Hariza, dah solat" Soal Uatazah Hawa sebaik saja daun pintu ditutup rapat.

"Dah. Baru tadi je" Ujarku sambil mengecas telefonku di sudut bilik. Ikon Whatsapp kutekan pada skrin telefon. Nama 'My Superior' kuketik sebelum terpapar ruangan perbualan aku dengan Emak semasa perjalanan tadi.

"Dah call mak?" Suara wanita 30-an itu menerjah halwa telingaku tiba-tiba. Cuma anggukan yang aku hadiahkan pada wanita itu.

"Sekarang, ambil Al-quran dan buku nota" Arahnya sambil membentang tikar sejadah. Telekung dari almari ditariknya keluar lalu disarungkan ke badan.

"Ustazah, umph....saya tak bawa Al-quran"

"Buku nota pun sama" Balasku sambil menayang muka seposen.

"Ha? Macam mana datang sini nak belajar tak bawa apa-apa pun" Ujarnya biasa. Tapi, ada berbaur perlian di hujung suaranya. Aku cuma diamkan diri. Senyuman terpaksa aku ukir demi melindungi perasaan yang bergelojak ini. Ya Allah, permudahkanlah urusanku.

"Minta maaf, Ustazah. Saya terlupa nak bawa. Tak ingat" Ucapku sambil menggaru kepalaku yang tidak gatal. Kelemumur barangkali? Tapi, aku dah tak da kelemumur sejak pulang dari asrama.

"Nah! Amik Al-Quran dengan buku nota ni" Aku ambil dengan tangan kanan. Diselangi dengan ucapan terima kasih. Seketika, aku tepuk dahi sendiri. Kenapalah aku boleh terlupa nak bawa sedangkan aku dah teringat pasal buku dengan Al-quran malam tadi?, bisik hati kecilku sebelum mengambil pen yang tersedia di atas meja di dalam bilik yang kecil itu.


Usai Ustazah Hawa mengerjakan solat Asar, tibalah masanya untuk mengajar aku tentang apa yang tidak aku fahami. Adelah jugak nak mengeluh, sebab badan nak rehat. Tapi, tak dapat pulak! Sekarang masanya untuk otak aku pulak berkerja!

'Mak, nak tiduuuuurr!!' jerit aku sekadar dalam hati. Penat masih membelai badan. Kini, fikiran pulak bakal memulas sakan.


Ustazah Hawa membuka kitab Al-quran sambil membeleknya satu demi satu. Dimulai dengan selawat kepada junjungan Nabi Muhammad serta keluarga Baginda sehinggalah ditamatkan dengan Tasbih Kafarah serta Surah An-Nasr. Hujahnya sungguh panjang dan hebat. Mata yang hendak aku katup kutahan sekuat yang boleh. Nanti ditanya soalan cepumas pasal topik tadi, aku tak boleh jawab memang tempah maut namanya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience