BAB 7

Romance Completed 11186

Usai petikan gitar berhenti, tepukan gemuruh kedengaran menguasai dewan. Farida memandang wajah di hadapannya penuh tanda tanya.

“Azhar hanya milik awak Ida. Irama hati tidak akan merdu jika dinyayikan untuk Isha,” ucap Felisha, lembut.

Farida merangkul Felisha ke dalam pelukan. Air matanya lebat mencurah.

“Terima kasih Isha! Terima kasih!”

“Isha yang sepatutnya berterima kasih pada Ida. Kalau Isha tak ikut Ida hari tu, entah sampai bila Isha akan buat dua orang kawan baik Isha ni terseksa.”

“Ta... Tapi awak sukakan Azh...”

“Suka tak bermakna cinta. Mulanya Isha sakit hati, marah bila tahu kawan baik Isha turut menyayangi lelaki yang Isha suka. Tak dinafikan, Isha kecewa sebab terlewat. Cinta Azhar sudah dimiliki oleh gadis lain. Tapi, Isha bersyukur kerana gadis itu adalah kawan baik Isha sendiri. Isha yakin, hanya Ida yang dapat bahagiakan Azhar,” ujar Felisha lalu meleraikan dakapan Farida.

Air mata yang deras mengalis diseka lembut Farida dan wajah cinta hatinya Azhar menerjah ruang mata. Senyuman manis terukir kemas dan secara automatik Farida menguntum senyum, hatinya berbunga riang.
‘’Sayang, aku juga tidak akan pernah berhenti mendendangkan irama dari hati kita yang dihias dengan penuh rasa cinta dan sayang, akan ku persembahkan ia hanya untukmu,’’ bisik hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience