BAB 13

Humor Completed 26403

“Weh, Leo sabar la, bro”

“Syirin..” mata aku hampir tertutup. “Syirin bawak saya pergi dari sini”

“Kau boleh bangun tak ?”

Aku senyum. “Boleh jalan lag..” dan tubuh aku lemah.

Rapuh.

Otak aku berpusing.

“Amaya..” suara Syirin lemah. “..kau tak boleh jalan” dia tarik aku ke dalam pangkuan dia.

“KAU YANG TAK FAHAM DENGAN DIRI KAU !” suara lelaki yang bergaduh itu tadi. “KAU YANG GILAKAN SI KATAK HODOH TU !”

Aku tahan air mata yang bergenang.. Aku nak pergi dari sini.

“SEHODOH- HODOH DIA MACAM KATAK, KAU LAGI HODOH MACAM ANJING !” suara Leo menengking kuat. “Kau tak layak cakap orang macam tu ! suatu hari kau nothing but just macam debu kering !” dan pandangan aku hanya kabur melihat baju lelaki tadi dicekak kuat Leo. “Aku bela dia sebab dia sakit.. dia sakit kena hina ! dia sakit kena maki ! kau orang tahu ke ?” suara Leo sinis.

Air mata aku semakin panas.

Dan walaupun mata aku tertutup rapat, aku tahu, mereka yang lain terdiam.

“Ke kau sayangkan dia, Leo ?”

Dan nafas aku mati bersama bayang yang semakin..

Gelap.

—————–

“Kau cakap apa ?” suara dia mengendur. Muka Harfie dipandang tajam. Leher baju semakin lelaki itu dicengkam kuat. Harfie terjengkit ke atas.

“Kalau perempuan tu nak mampus, biarlah dia mampus !”

Bukkk !

Raja Leornard Iskandar bertukar bengis. Semua terdiam. Niall terkedu. Dia tahu, Leo seorang yang pendiam, sekali dia mengamuk, dia bukan boleh mengamuk,tapi..

Dia boleh membunuh.

Leo pernah masuk penjara sebab belasah budak perempuan yang buli dan bunuh adik dia, Clarissa sampai perempuan itu separuh mati. Dan lelaki ini hampir dimasukkan ke Juvana sebab Leo ada temper yang sangat tinggi.Dan sebab itu, bapak dia masukkan dia ke sekolah swasta; sekolah mereka.

Leo mampu buat apa sahaja kepada orang yang menyakiti orang yang dia sangat.. sayang.

Niall telan air liur. Terasa bukan dia aje yang telan air liur, tapi semua budak dekat situ dah telan air liur melihat darah yang keluar dari hidung Harfie. Harfie masih senyum tak bersalah dan menampakkan darah dia di gigi. “KAU NAK BUNUH AKU ?”

Leo senyum sinis. “Kau rasa ?”

“Leo.. jangan Leo..” Niall cuba menenangkan.

“Kau nak bunuh aku sebab perempuan yang lagi hodoh dari pelacur tu ?”Harfie ketawa setan. “Come on, bunuh lah !”

Dan Harfie hanya mencabar, Leo senyum dan wajah Harfie bertukar bila Leo mendekat, “Kau cabar aku..” Kepala lelaki itu dipegang. “..Aku buat.” Senyum.

Bakkk !

Dan dengan sekali sahaja, kepala Harfie dihentak.

“Fie !” Adib berlari ke arah kawannya yang dah pengsan tak sedarkan diri. “Leo ! kau gila ke ?”

“Aku boleh seksa kau orang kalau kau orang seksa orang yang aku sayang” suara Leo tenang.

And that it. Niall senyum. Zara ternganga. Yang lain dah rasa nak pengsan sebab mereka tahu, Si Puteri katak dah berjumpa dengan puteranya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience