BAB 1

Humor Completed 26403

Angau membawa maksud seseorang yang kemaruk serba tak kena dek penangan jatuh cinta. Istilah makan tak lalu, tidur tak lena dan mandi tak basah sesuai untuk manusia yang sedang angau. Makanala, Philophobia; pula membawa maksud seseorang yang takut jatuh cinta atau enggan bersangkut paut dengan perasaan.

Ianya selalu dihidapi bagi mereka yang pernah melalui patah hati di dalam perhubungan yang lepas atau memang sudah siap-siap pasang motto bahawa mereka takkan jatuh cinta.

****

Untuk mereka yang melihat diri di cermin dan berkata, ‘saya hodoh’

You’re afraid of yourself”

“No,” aku lawan pandangan dia. “No.” aku keraskan di hujung ayat.

Dia pandang aku sinis sebelum tangannya yang mengunci gerak tubuh aku ke dinding jatuh.”You’re afraid to fall. Fall in love, isn’t it?” senyumnya semakin tajam.

Aku lawan pandangan matanya tanpa takut. Yes.

“You’re philophobia”

——————-

Sekolah Menengah Sinar Cahaya .

Dan ini adalah Philophobia yang sama sekali takkan mengecap kegilaan Angau apatah lagii jatuh cinta.

———————

Dalam hidup, kita ada dua mata. Dan dua mata diberi untuk melihat yang mana rama-rama dan yang mana ulat beluncas nya. Mungkin juga mata yang tuhan beri kepada kita, ada yang digunakan untuk melihat antara merak dan beluncas.

Tapi, kita kena sedar. Allah tak bagi kita hanya dua mata yang mungkin ada kornea, pupil dan lens, Vitreous humor, Aqueous Humor dan Retina. Bukan. Allah bagi kita mata dekat hati. Dia menguji kita, sama ada kita hendak melihat menggunakan mata di kepala atau yang di dada.

Dan aku. Belajar dari sebuah cerita perit, pedih, sangat pedih untuk menggunakan mata hati.

Ini kisah aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience