BAB 8

Humor Completed 26403

“Eh, puteri katak! ciumlah kaki Zara tu !” leher aku dipegang kuat dan dihentakkan ke kaki Zara.

“Lepaskan saya..” aku cuba tolak Kak Diana.

Bukkk !

Dihentak lagi.

“Ciumlah !!” suara yang lain disekeliling. “Sujud dekat kaki dia !”

“No..” bibir aku terketar. Kepala pedih.”..please..” leher dan tangan aku dipegang sebelum terasa kaki kak Zara diangkat da..

Pakkkk !

Kepala aku disepak kuat. Aku jatuh tersembam ke lantai. Bibir aku luka berdarah.

“Ada hati perempuan hodoh macam kau nak kacau Leo ?” suara Kak Zara sambil tudung aku dipegang. Terasa mulut aku dibuka luas. Air mata aku deras mengalir.

“Tak kak.. saya tttak…” bibir aku terketar. Terasa hujung mata berdarah pedih. “Ttttolo…” aku pandang mereka yang lain di sekeliling. Merayu meminta tolong

Dan mereka yang lain hanya merakam dengan telefon pintar mereka. Ada yang ketawa dan bertepuk tangan dengan kesakitan aku. Air mata aku tumpah tanpa putus. Tubuh aku lemah tersungkur ke lantai.

Ya, aku tahu, aku lemah. Aku tahu aku hodoh DENGAN JERAWAT DI MUKA. Salah ke aku hodoh ? salah ke kalau tuhan nak cipta aku macam ni ? salah ke ?

Tolong.. Ya Allah, tolonglah aku..

“Heiii katak hodoh !” Kepala aku dipegang kasar.”No one here would help you”

“Anak katak !!”

“HAHAHAHA !”

Tubuh aku lemah. Ya Allah, kalau hidup aku ini lemah, ambillah nyawa aku, Ya Allah.. kalau aku anak yang malang, sial, hodoh , buta, pengecut..

Ambillah nyawa aku.

Air mata aku jatuh. Aku teresak-esak menangis meminta tolong kerana tubuh aku lemah selemah-lemahnya sebelum tawa mereka pecah lagi kuat.

“Amaya..” suara kak Diana. Keras. Sinis. “..Leo tu handsome, gentleman, mix Spanish, dia tu bagai putera bunian dari langit jatuh untuk orang cantik macam..” terhenti.

“MACAM AKU !” suara kak Zara. Kepala aku ditunjal. “Kau tu tak ubah macam puteri dari neraka, oh ye puteri apa ye guys ?”

“PUTERI KATAK !”

“EH, PUTERI SYAITAN !”

Papp !

Terasa aku kepala aku ditunjal dengan sesuatu. Nasi goreng. Aku tergamam. Tawa mereka pecah.

“AMAYA SI KATAK HODOH !”

“Lepaskan aku..” aku tarik tangan aku kuat dari Kak Diana. Air mata mengalir. “Lepaskanlah aku..”

Pangg !

Pipi aku berpijar. Aku terdiam lemah. Zara senyum dan mendekat. “Don’t make a damn hell shets around me.” Sinis. “You’re a whoree !”

Pcrrr !

Satu kantin senyap. Zara and the wildcat terdiam. Aku hanya memandang kak Farah yang berdiri tegak depan Kak Zara yang dah jadi patung. Baldi yang dipegang kak Farah dicampak tepi. Kak Zara pandang dia tajam.

Tasya tutup mulut tergamam.

Diana menyelematkan Zara yang macam nak meletup.

Dan aku lihat kak Farah senyum, “Oh , seronok jadi Puteri Nila ?”

Dan aku tersedar, kak Farah simbah air campur Nila dekat kepala Kak Zara.

*****

“Hishh..” cikgu Suzanna lap kepala aku. “Asyik-asyik nampak muka awak aje”

Aku diam.

“Kenapa awak tak lawan ?” cikgu Suzanna pandang aku simpati. “Lawan Amaya.. lawan”

Aku diam.

“Amaya, hidup ni, kita lemah mana pun, kita kena lawan.” Suara Kak Farah dari di tepi.

“Tapi, bukan ke kalau kita lawan, kita sama aje bodoh dengan orang tu” suara aku seperti berbisik. “Saya tak nak jadi bodoh.”

“Kita boleh melawan. Kita lawan dengan cara kita. Kalau orang kutuk maruah kita, takkan kita nak biar ?” suara Kak Farah meninggi. “kita bukan ‘lawan’, kita ‘mempertahankan’”

Kita bukan lawan, kita mempertahankan.

“Orang hodoh macam saya ni..” aku gelak hambar. Pandangan aku ditundukkan. “layak ke ? orang nak dengar ke? Orang tak gelakkan ke ?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience