BAB 11

Humor Completed 26403

Muzik terhenti. Kami hanya diam sebelum suara dia memecah kesunyian. “Violin ni aku punya.”

Diam. Memandang ke pemandangan di bawah tangki tinggi sekolah. Cantik. Sangat cantik.

“Kalau aku sedih, aku main violin, Dani suka main drum, Niall suka main piano, Mikha suka gitar”

Aku angguk. Dia pernah sedih ke ?

“Adik aku. Clarissa” suara Leo tersekat di situ. “Dia dah meninggal.”

Dan terasa seakan dunia terhenti. Aku beranikan diri pandang dia. Dan dia pandang awan. Senyum segaris. Bukan pada aku; tapi pada awan. Bibir nya menutur, “Dia meninggal sebab kena buli”

Dan jantung gugur. Aku pandang dia. Dia kembali pandang aku. Dan pandangan aku jatuh kembali ke tempat lain tapi suara dia cukup buat aku tersedar, “Dalam dunia ni, semua orang jadi jahat ada sebab. Semua orang jadi baik ada sebab. Semua orang jadi pendiam ada sebab. Semua orang hodoh atau gemuk ada sebab.” Dia ketawa kecil untuk pertama kalinya.

Dan aku rasa lain.

Lain sangat seolah-olah, dia bukan dia.

Aku telan air liur pada baris ayat terakhir dia dan Leo duduk memeluk kaki ke dada sambil menghadap aku. Aku mengesot ke tepi. Aku tak jatuh hati pun dekat dia. Aku rasa macam abang-adik aje.

Aku pandang dia.

“Kau suka aku”

Zapp ! Mata aku bulat. Muka dia tak senyum, tak sengih nakal tapi beku dan serius. Dia bukan Niall yang popular dengan sifat nakal. Leo is Leo. “Mana ada, itu fitnah.” Aku mendengus kasar. “Dia orang kata, saya ni Puteri katak, awak tu putera raja bunian dari langit.” Aku teringat ayat Kak Diana. “Saya ni hodoh” air mata yang berbaki tadi jatuh.

“Oh, kalau Puteri katak di cium oleh cinta sejati dia tukar jadi puteri yang cantik lah ya ?” Suara dia. Aku pandang dia pelik. Eh, Leo ke yang cakap ni. Muka dia menunduk mengusap violin tanpa riak.

Aku geleng kepala. “Puteri katak macam saya ni berlendir.”

“Itu mucus” dia snap !

Aku julingkan mata ke langit. Okey.. okey.. itu mucus ! “Ada ke orang nak cium. Tak jijik ke ? saya ni dah lah hodoh, masya Allah.. kalau ye pun putera tu nak cium, dia kena kahwin dulu” aku membebel tak sudah. Menegakkan hukum tuhan! Ini bukan Disney dimana ‘all that you dream can come true’ this is, Islam. “Masalahnya, saya rasa saya jadi andartu. Tak ada orang nak kahwin dengan saya”

Dan Leo gigir bibir bawahnya sambil dikertapkan bagai menahan garis yang mahu melebar. “Ada kut” dua perkataan dan aku lihat, tangannya mengusap wajahnya sebelum terdengar dia seperti mengumam perkataan, ‘shetss’ kepada diri dia.

Aku dah berkerut. Eh.. menyumpah diri sendiri ke ?

Leo masih menunduk memandang Violin dia yang diusap macam mengusap rambut. “Kalau kau cantik, mungkin kau terlalu cantik”

Aku ketawa besar mengalahkan Pontianak. “Saya ni dah lah gelap.. banyak jerawat, kalau cantik pun mungkin tak cantik”

“Kau pernah tengok cermin ?”

“Tak nak” aku jujur. “The mirror is insulting me” dan aku jujur di hujung ayat.

Dan lagi sekali aku lihat Leo mengertapkan bibir bawahnya sambil wajahnya diraup macam tension aje bercakap dengan aku. Aku mengeluh. Betullah cakap Kak Diana, aku memang tak layak. Dah lah hodoh, lepas tu ada hati nak bersembang atas tangki tinggi dengan putera bunian dari langit ni. Leo pun tension bila bercakap dengan aku.

Dan sekali lagi suara, ‘hodoh’, ‘cengeng’, ‘puteri katak’ bergema dan membuatkan tubir mata aku bertakung dengan mutiara cair.

Tak apalah, aku tahu aku siapa. Kira bersembang ni pun macam berdosa aje dah macam berdua-duaan. Aku berdiri dan hujung tubir mata aku lap. Leo pandang aku pelik. “Where are you going, sanorita ?”

Aku lap air mata. Geleng. “Sekarang prep petang” suara tersekat. Senyum. “Terima kasih..” dan bila wajah aku pandang dia, sekali lagi air mata laju jatuh. Suara Kak Diana ulang tayang di telinga. Bibir aku terketar menahan perit. Leo dah bangun. Aku mendongak memandang dia sambil senyum, “You’re the princes, everyone here loves you, it’s not right to have conversation with a princes” aku ketawa hambar. Leo pandang aku dalam. “You’re 17, I’m just a 14 years old. Macam abang dengan adik aje.” Aku senyum hambar lagi. “I’m sorry.”

‘Kau tak layak’

‘Kau hodoh’

‘Eeee.. muka macam kau ni ada ke orang nak ?’

‘Puteri katak’

‘Hahahaha’

Dan air mata aku jatuh. Aku kesat dengan hujung tudung. Cermin mata dalam poket aku simpan.Aku tunduk lemah. “Thank you..” suara aku seperti berbisik. “Thank you for everything.”

Aku berlalu dari situ sebelum,

“Amaya” suara Leo memanggil Aku terhenti dan separuh berpaling. Dia tak senyum, tangan di seluk ke poket baju. Rambutnya dan angin bersatu sebelum ayat di bibirnya membuat aku pegun tak bernyawa,

“You’re kissed by the moon and water.”

Dan aku tahu ayat itu.

———————-

“Shettsss..” dia meraup muka. Bibirnya dikertap dari mengikut hati yang memuja bibir itu untuk melebarkan senyum.

“Masalahnya, saya rasa saya jadi andartu. Tak ada orang nak kahwin dengan saya” Suara itu bergema lagi.

Really shetss. Leo raup muka.

‘Saya puteri katak.’

Oh, shets again.

Dan Putera bunian dari langit tu tahu, dia tak boleh tahan senyum lagi.

Shetss

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience