BAB 9

Humor Completed 26403

Cikgu Suzanna terdiam. Dia beralih ke meja bila terdengar telefon berdering. Kak Farah ketawa kecil sambil pandang aku sebelum bibirnya menutur,

“Baik hidup ni, mesti ada gagal kalau nak merasa bangkit,mesti ada malam kalau nak lihat bintang, mesti ada hujan kalau nak lihat pelangi, mesti ada benci kalau nak terasa cinta.” Dia gelak kecil sebelum menyambung,

“Mesti jadi ulat beluncas sebelum menjadi rama-rama”

Diam. Kak Farah pandang aku dalam. Terlalu dalam sebelum dia keluarkan pesil di poketnya. Hujung pensil diusap dengan ibu jarinya, “Ini apa ?”

Dahi aku berkerut, “Karbon”

“Hodoh kan ?”

Angguk. “Hitam, mudah rapuh.” Macam aku. Rapuh. Hati mengutuk.

Dan gadis di hadapan aku hanya senyum sambil ketawa kecil, “Karbon memerlukan tekanan yang sangat tinggi, dia rapuh, lemah, tak berdaya dan bila dia kena tekanan dan pelbagai proses, dia menjadi ‘diamond’. Mineral yang paling.. paling.. paling.. kuat. Dah lah dia dapat potong kaca. Diamond ni cantik, kuat, semua orang nak kan dia. Padahal dia karbon yang rapuh aje dulu”

Dan entah kenapa bibir aku tersenyum. Kak Farah, terlalu bijak. “So, conclusion ?” aku senyum nakal. Kak Farah ketawa sebelum ayat seterusnya menjadi separuh dalam hidup aku,

“You are like a diamond in the rough, every cut or break only reveals more of the beauty”

Diam.

If a diamond was polished by friction, then man, was polished by trial.-VG

———-

Buku sejarah ditangan tak lekang. Tapi matanya memandang kawannya bertiga yang sibuk study, Niall tak habis-habis dengan Addmath dia, Mikha pula sibuk buat praktis karangan bahasa melayu, Dan Leo..

Sibuk melukis. Sketch.

“Korang.”

Tak menjawab. Dani mengeluh. Dapat jenis kawan-kawan pelik macam ni, lima bulan sebelum pereksa kemain study bersungguh-sungguh, tapi seminggu sebelum pereksa, semua campak buku ke mana,jasad pun entah ke mana. Lepas exam, bila ditanya susah ke senang, semua jawab,

“Aku target lulus aje”

“Susah lah math mode tadi.”

“Entahlah, aku rasa macam tak nak jawab exam aje”

Bila keluar result, semua gempak-gempak aje result. Inilah yang kita katakan ‘sembang’. Dani ketuk meja perlahan.

“Korang, tadi Wildcat hampir bunuh orang” suara dia menarik tiga pasang mata melihat muka dia. “Dia buli budak form 2 yang dia orang kata ada ‘hodoh’ tu.”

Mata Niall tak berkelip. Mikha dah tutup buku. “Teruk ke ?”

Leo masih melukis. Tenang.

Dani angkat bahu. “Teruklah juga, tapi lepas tu, budak baru..” kali ni, muka Niall di pandang, “..apa ke namanya, Fa..” otak mengingat. “Farah ! ha ! budak tu, dia simbah air campur Nila dekat Zara”

Niall ternganga. Rare betul budak tu.

“Teruk ke budak tu kena buli ?” Mikha tanya. “Hodoh sangat ke ?”

Dani ketawa dengan soalan Mikha. “Alah, ada jerawat aje pun. Macam kau orang tak pernah ada jerawat aje.”

Yang lain mengangguk setuju. Leo masih melukis. Pandangan Dani tepat pada Leo. “Leo, kau tak nak tahu ke ?”

Leo hanya pandang dia tanda, ‘tahu apa ?’

Dani senyum, “Aku tahu, kau tahu. Kau selamatkan dia daripada Adib kan hari tu.”

Leo tundukkan wajah pada sketch. Menyambung lukisannya. “Nama dia Amaya.”

Amaya Cinta.

Yang lain hanya diam sebelum Dani menyambung, “Dia orang buli dia sebab kau.”

Leo angkat muka.

Dani senyum. Melebar. “Sebab dia suka kau”

Dan pensil berhenti menari di atas dada kertas bersama jasad yang dah menghilang di balik bayang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience