Completed
1383
Aku sangat gembira kerana dapat berbual dengan Jean. Selepas bertahun-tahun menafikan hak sebagai manusia, aku kini kembali merasa menjadi manusia yang sebenar, satu sosok yang amat kurindukan.
Walaupun isi perbincangannya hanya berupa gurauan ringan dan berkongsi cerita mengenai pengalaman hidup, entah kenapa aku merasa sangat senang kerana dapat berbicara dengan manusia lain.
Apa? Adakah aku merasa bahagia? Ini perasaan yang sudah cukup lama tidak mampu kuungkap sehingga tanpa aku sedari sejak mula lagi.
Tidak aku nafikan yang aku merasa bahagia berbual dengan Jean Pierre, jejaka asing yang ku temui tetapi telah ku habiskan lebih kurang 6 jam berbual tanpa henti.
Terlalu banyak yang kami ceritakan beberapa jam yang lalu dan aku pun dah lupa kerana topik kami asyik silih berganti.
Perbualan ku dengan Jean membuatku merasa dapat melewati 525600 minit yang bermanfaat, dan aku seakan membuka dimensi hidup yang baru.
Saat ini aku tak ubah seperti gas pemadam api yang baru pertama kali dibuka dan menyembur Jean dengan kata-kata tanpa henti dan aku merasa sangat puas kerana dia mahu mendengar.
Sedar tak sedar jam sudah menunjukkan jam 12 malam. Aku sudah mulai merasa penat berbual dengan Jean.
Barangkali menyedari mulutku yang berkali-kali menguap bagai singa kelaparan, jean akhirnya menyuruh aku untuk pulang.
‘’Okaylah Camela, hari pun dah lewat malam dan kita pun nampak gayanya dah letih, lain kali kita sembang lagi ya,’’ ujarnya meminta izin untuk beredar lalu terburu-buru meninggalkanku.
Mungkin takut dimarahi oleh temannya yang pasti sudah lama menunggu kepulangannya.
Aku pula terlupa untuk meminta nombor telefonnya, sedikit kesal namun aku yakin yang aku akan bertemunya esok malam pada waktu yang sama.
Share this novel