BAB 5

Thriller Completed 1383

Menurut Jean, dia menetap di rumah kawannya yang tinggal di kawasan kejiranan ini. Dan tanpa ku sedari aku berasa senang untuk berbicara dengannya. Kata demi kata keluar dari mulutku dengan mudahnya, bahkan aku sendiri tidak percaya aku dapat berbual dengan orang asing selama dan seselesa ini.

Apa yang membuat aku merasa senang, dia tidak seperti ‘teman-temanku’ yang sering memberikan pandangan aneh dan melayanku berbeza, Jean tampak bersahaja dan melayan aku layaknya manusia normal. Untuk pertama kalinya aku merasa kata-kataku didengari.

Serasa seperti sedang berbicara dan bertukar pendapat dengan orang yang sama tahap pemikirannya denganku. Malam yang mulai kelam diselimuti dingin membeku sama sekali tidak membataskan perbualan kami dan sepertinya tiada tanda untuk berhenti.

‘’Maaf sekali lagi bertanya soalan yang mungkin personal, tetapi awak kelihatan sedang bersedih,’’ tanyanya. Eh benarkah? Aku sama sekali tidak merasa sedih dan kenapa pula aku mesti berasa sedih.

‘’Apakah selama ini awak keseorangan?’’ tanyanya lagi. Dan ini ada;ah pertanyaan yang lebih absurd. Ya memang aku yang suka bersendirian jadi kenapa harus aku merasa kesunyian?

‘’Tak ada apa-apa lah, kenapa saya memang nampak sedih sangat ke?’’ tanyaku memohon penjelasan darinya.

‘’Ya,’’ jawabnya ringkas sambil matanya merenung tajam ke arahku.

‘’Jiwa awak nampak sedih, kesepian dan kosong,’’ tambahnya lagi.

Jiwa? Wah sampai ke jiwa dia dapat tahu ya. Apa dia nit ok bomoh ke sampai tahu hal yang bersangkut paut dengan jiwa aku

‘’Tidak, saya bukan bomoh tapi saya punya ability untuk melihat jiwa dan membaca fikiran seseorang,’’ ujarnya seakan dapat membaca fikiranku dan seketika kemudian aku mulai dilanda ketakutan.

Aku gagal menemukan penjelasan bagaimana Jean Pierre dapat membaca persoalan yang ku ajukan di dalam kotak fikiranku. Saat ini aku tidak tahu dan tidak mahu mengenali lebih lanjut siapa Jean ini. Aku hanya mahu lari dari sini secepat yang mungkin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience