BAB 3

Thriller Completed 1383

Lalu jejaka itu duduk di kerusi panjang di sebelah kerusi rodaku dan nampak gayanya dia seperti mahu berbicara denganku.

“Kenapa malam-malams sebegini encik datang ke taman?’’ tanyaku dengan soalan yang bodoh yang sepatutnya juga ku tanya pada diri sendiri.

‘’Saya bosan duduk seorang diri di rumah cik,’’ jawabnya ringkas sedikitpun tidak terganggu dengan sikapku yang kurang sopan tadi. Setelah itu aku mengunci mulut. Lebih baiklah aku mendiamkan diri daripada terus menuturkan kata-kata yang kurang sopan dan akan ku sesali di kemudian hari.

Tik Tok Tik Tok masa berdetik laju, 15 minit, 30 minit, dan akhirnya satu jam sudah berlalu tanpa sebarang kata, hanya diiringi bunyi cengkerik dan katak yang saling bersahutan.

Akhirnya lelaki itu memecahkan keheningan. Namun malangnya dia bertanyakan ssoalan yang paling ku benci!.

“Mengapa awak memakai kerusi roda, maaf jika pertanyaan saya kurang sopan namun saya ingin tahu apa yang berlaku pada awak?” tanyanya.

Sejujurnya mahu sahaja aku jawab, ‘’ jimat minyak, dan serba compact macam kereta hybrid dan nak jadikan troli shopping kat mall pun boleh tak payah fikir nak parking mana!’’ ya ikutkan hati mahu saja ku jawab sebegitu namun aku tahu itu adalah jawapan yang kurang sopan.

Sebenarnya aku tidak berminat untuk menceritakan alasan aku duduk di kerusi ini roda kepada siapa-siapa. Alasanya? Aku tidak mahu dikasihani dan dilayan baik atas dasar simpati.

Aku ingin diperlakukan sama seoerti orang biasa. Jadi, aku hanya menjawab

“Saya mengidap penyakit yang melumpuhkan daya saya untuk berjalan.”

“Penyakit apa, dik?” tanyanya mahu mengetahui lebih lanjut.

Aku mulai berasa kurang selesa namun setelah ku fikirkan semula, jawapan ku itu juga tak ubah seperti mengundang orang untuk bertanyakan lebih lanjut tentang penyakitku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience