BAB 1

Thriller Completed 1383

Malam ternyata selamanya akan menjadi waktu yang aneh dan asing bagiku. Suhunya dingin menusuki segenap pembuluh darahku namun tetap sahaja tiada waktu lain yang lagi menghangati hatiku selain dari malam ini.

Justeru ini adalah waktu yang paling ku gemari untuk diisi dengan berjalan-jalan di sekitar taman perumahan ini. Perlukah aku katakan berjalan-jalan?

Atau mungkin tepat ku katakan bersiar-siar dengan menggunakan kerusi rosaku. Ya benar apa yang kau fikirkan, aku sudah kehilangan daya upaya untuk berjalan normal seperti manusia lain.

Mujur aku masih belum kehilangan semangatku untuk menjalankan kerusi roda ini dan mengelilingi taman perumahan di malam hari mengisi bosan dan gundah gulandaku.

Sepi dan sejuk sudah tidak ku hiraukan, jalanku hanya disinari dan dihangatkan dengan suluhan lampu taman. Barangkali juga lampu di malam hari ini yang menghangati hatiku?

Oh sungguh klise ceritera ku ini? Kisah tentang seorang introvert yang suka menyendiri di taman. Jika hidup ini wayang, ku tebak pasti sebentar lagi akan hadir seorang jejaka tampan yang sedang bersenam datang menghampiriku.

Kemudian kami akan berbual, mengisi kesejuakan malam dengan canda ria yang hangat yang seterusnya menhangati hati kami kemudia kami akan hidup bahagia selama-lamanya.

Arhh semakin difikir semakin absurd scenario itu. Kalau ikut logik, jika ada lelaki tampan sekalipun dah kenapa memilih bersenam di malam hari yang sejuk membeku ini dan amat mustahil lelaki itu mahu mendekatiku, gadis polos dari segi rupa, serba naif dan hanya mampu terlantar di kerusi roda.

Namun sungguh ku tak menyangka, masih ada jiwa yang sudi berkunjung ke taman perumahan ini di malam hari. Kerana selalunya hanya pasangan kekasih yang bermadu asmaranatau warga emas yang kebosanan di rumah hanya bertemankan kucing tua sahaja yang mengunjungi taman polos ini, itu pun bergantung pada cuaca.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience