BAB 4

Thriller Completed 1383

Ya ternyata perbualan sekecil ini memerlukan kemahiran bersosial untuk menjadi antisosial.

Punya trik yang bernas agar kita mematikan perbualan jadi ia difahami pada orang itu bahawasannya kita tak mahu sebarang perbualan, just leave me alone.

Nak tak nak, aku terpaksa bercerita pada orang asing ini yang aku menderita penyakit yang sama dialami oleh sang genius, Stephen Hawking, sejenis penyakit yang dipanggil Amyotrophic lateral sclerosis, sering disingkat ALS. ALS merupakan penyakit yang menyerang saraf-saraf di otakku sehingga mengakibatkan lumpuh pada sebagagian tubuh yang seterusnya berkembang kepada lumpuh total.

Walaubagaimanapun, aku masih belum sampai di titik di mana aku benar-benar tak berdaya.

Lumpuh yang ku hidapi masih berada di tahap diafragma ke bawah. Walau begitu perkataan ‘walaubagaimanapun’ adalah kata yang menakutkan dan boleh dikira seperti time bomb yang bila-bila masaaa saja bisa meletus.

Sama seperti Hawking, aku sudah hidup melebihi perkiraan doktor.

Tapi apalah guna aku hidup jika menjalani hidup yang serba sengsara dan hampa, bagai boneka tak bernaywa. Aku sering memikirkan lebih baik aku mati saja daripada hidup menyusahkan ibu dan bapaku.

Ada waktunya aku memikirkan banyak scenario tengtang cara untuk ku habisi hayatku ini tapi aku tidak berani mengakhiri hidupku. Ya! Memang aku pengecut yang tidak lebih dari beban bagi orang tuaku.

Aku adalah acuan yang salah terhasil dari salah satu kilang Tuhan. Aku adalah ciptaan yang gagal mungkin? Hidup sebagai ujikaji di bumi ini.

Sedar tak sedar sudah hampir setengah jam aku berbicara dengan jejaka itu yang kini ku kenali dengan nama Jean Pierre, namun dia lebih senang jika ku panggil Jean sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience