BAB 7

Thriller Completed 1383

Ternyata komunikasi sosialku selama ini hanyalah dengan kedua orang tuaku dan mereka selalu tampak sedih melihat kesihatanku.

Di mata mereka aku ini sudah tidak ada harapan dan tidak mampu melakukan apa-apa.

Sekuar mana aku menafikannya, hakikatnya benar ya amat. Aku ini tidak mampu melakukan apa-apa tanpa mereka melainkan saat aku diletakkan di atas kerusi roda ini.

Aku ini bukan lagi seperti manusia tapi seperti binatang jalanan yang menjadi belaan mereka. Binatang yang tidak punya manfaat namun masih diberi makan, diberi tempat tinggal, jalan-jalan tanpa sebarang faedah dan pada akhirnya aku menerima kenyataan itu.

Bahawa aku ini bintang mempunyai akal yang menyusahkan.

Kalau semua orang yang berada dalam kalangan lingkungan sosialku seperti ibu dan bapaku menganggap diriku sebagaibinatang peliharaan, bukankah sudah selayaknya aku menerimanya dan bertindak seperti bintanag yang dipelihara?

Setidaknya itu lah yang disampaikan guruku sewaktu aku masih bersekolah di tingktan tiga.

‘’Sebenarnya jati diri merupakan kombinasi dari apa yang kam fikirkan, itu adalah jati dirimu. Apa yang kau tunjukkan sebagai jati dirimu, dan apa yang dilihat oleh orang lain sebagai jati dirimu, kamu represent dir kamu sendiri” ujar guruku beberapa tahun yang lalu.

Jadi sesungguhnya jati diriku sebelum ini yang ku terapkan dalam diriku adalah bintang peliharaan dan sekarang ia sudah berubah selepas aku berbual dengan Jean.

Aku dapat merasa bahawa darjat ku sebagai manusia sedikit demi sedikit kembali kepadaku.

Aku merasakan penemuan ini sunguh menarik kerana hanya berapa orang sahaja yang dapat merasai perubahan lewat perbualan pada kali pertama?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience