Megat Rafael Iman menyeka keringat di dahinya. Jam berjenama yang tersarung pada pergelangan tangannya dipandang sekilas. Sudah setengah jam dia menunggu, namun bayang-bayang adiknya tidak juga muncul. Kalau tak mengenangkan dia berpuasa, sudah lama dia mengamuk dengan sikap adiknya yang tidak pernah mematuhi masa itu. Lagipun, Imam Bukhari ada mengatakan:
The strong is not the one who overcomes the people by his strength, but the strong is the one who controls himself while in anger.
Orang yang kuat tidak semestinya dapat mengalahkan orang lain dengan kekuatan zahir, namun orang yang kuat adalah orang yang dapat mematahkan serta mengawal nafsu amarahnya .
“Daripada aku maki hamun si Rania tu dalam hati, lebih baik aku berzikir. Dapatlah juga saham kat akhirat nanti”
Megat Rafael bermuhasabah dirinya. Sememangnya Ramadhan kali ini amat berbeza. Selama tujuh tahun dia berpuasa dan berhari raya di negara asing, alhamdulillah, Ramadhan kali ini berjaya mencelikkan mata hatinya. Sungguhlah, Malaysia bumi tercinta.
“ Abang!!!”
Rania memanggil abangnya yang sedang bersandar pada pintu BMW 7th series tersebut. Megat Rafael yang khusyuk berzikrullah tadi berpaling ke arah suara yang memanggilnya. Sebuah senyuman diukir.
“Rania,,,muncul pun! Ingat nak balik jalan kaki dah tadi."
Seloroh Rafael sambil mengambil alih tugas mengangkat beg adiknya itu. Berketul-ketul bisepsnya apabila dia memunggah beg tadi masuk ke dalam bonet kereta. Memang lelaki idaman Malaya si Megat Rafael Iman ni.
“Abang Ael, yang Shifa pun...”
Shifa cepat-cepat bersuara apabila Rafael kelihatan seperti ingin menutup bonet kereta tersebut. Megat Rafael berpaling ke arah gemersik suara halus tadi. Dirinya terpempan melihat makhluk ciptaan Allah ini. Nurul Shifa teramatlah comel serta cantik. Dengan ketinggian hanya separas dada Rafael yang sememangnya tinggi melangit itu, Shifa terasa begitu kecil sekali.
“Owh, sorry, abang...abang...abang tak ingat Shifa ada sekali.”
Rafael ni, dah macam Mamat Khalid juri Maharaja Lawak, abang...abang...abang. Tergagap seketika apabila melihat Shifa. Kagumkah dia dengan personaliti Shifa? Sudah jatuh cintakah Rafael?
Megat Rafael terus mengambil beg Shifa dan menyumbatnya ke dalam bonet. Setelah itu, dia berlalu dan memecut keretanya ke pekarangan Villa ibu bapanya.
Dia hanya mendengar sahaja adiknya serta Shifa berceloteh di dalam kereta tadi, tak ada mood nak mencelah. Seronok dia mendengar Shifa bercerita, suara Shifa yang lunak itu sememangnya membuat hatinya gundah-gulana.
Share this novel