BAB 6

Romantic Comedy Completed 18656

Sehari sebelum Aidilfitri

Suasana dalam rumah tersebut amatlah kecoh. Rafheeq, adik bongsu Rania, tengah panjat tangga, hendak pasang langsir baru mamanya itu. Baba tengah sibuk mengeluarkan segala kuali dan periuk bersaiz XXL, bagi memudahkan urusan merebus ketupat dan juga memasak rendang sekejap lagi. Ael pula, Ael pula sedang khusyuk menganyam ketupat bersama mamanya dan bibik-bibik. Memang handal betul Ael menganyam, sekejap sahaja dia berjaya menyiapkan 10 biji sarung ketupat.

Rania dan Shifa, mereka berdua mengemas segala bilik tetamu yang ada, mengelap debu-debu yang terkumpul, dan tentunya, membuat beberapa jenis biskut. Datin Seri Ecah melarang mereka membuat banyak-banyak kerana hampir kesemua biskut raya telah diborongnya sebelum ini. Nanti membazir pula.

“Ma, Ael stop ok? Ael nak pergi tolong baba, kuah kacang tu dah boleh buat dah.”

Ael berkata lantas bangun meninggalkan mamanya.

“Ce kau rasa, rangup kan biskut ni?”

Rania berkata sambil menyuakan biskut yang baru selesai dibakar ke mulut Shifa. Shifa mengangakan mulutnya. Ael yang kebetulan lalu di kawasan dapur itu , mendapat idea untuk menyakat dua orang manusia tersebut.

Rania pula menjolokkan kesemua biskut tadi ke dalam mulut Shifa. Nyaris-nyaris tercekik dibuatnya.

“Amboi amboi amboi, korang tak puasa kan, jangan mintak duit Raya esok! Semua aku pass kat Rafheeq. Sesedap oren dia makan depan kita. Makin bertambah pahala aku!”

Shifa pantas menekup mulutnya yang penuh itu, manakala Rania hanya membuat tanda peace ke arah abangnya itu. Ael tersenyum sinis melihat karenah Shifa yang bagai cacing kepanasan itu. Comel betul!

“Kami taste sugar dia je abang, lagipun, siapa suruh abang lalu sini? Tak kira, duit raya still on! Dah, shuuh shuuh...kami nak buat kek pulak!”

Selamba, Rania menolak Ael ke luar daripada dapur. Ael hanya menurut. Sebenarnya, dia hanya ingin melihat wajah memerah Shifa yang termalu sendiri itu. Tercapai juga hasratnya.

Rania menutup sliding door dapur, lalu kembali ke sisi Shifa.

“So beb, kek apa pulak ni?”

“Hurm...how about, kek gula hangus? Mama dan baba suka kan?”

Shifa berkata manakala Rania hanya akur. Shifa menyerahkan buku resepinya kepada Rania.

1 cawan gula 1cawan susu pekat manis 1 cawan air panas 1 camca mentega 1 cawan tepung gandum 2 camca teh baking soda 4 biji telur

“ Okay, lepas tu, ambik gula tu, kau letak dalam periuk, kacau sampai dia cair and jadi hangit, kalau nak kek lagi cantik, kasi warna dia betul betul coklat.”

Rania hanya menurut arahan Shifa. Memang Shifa mahir membuat kek tersebut.

“Okay, dah cantik tu, masukkan air panas secawan, guna cawan yang sama saiz dengan gula tadi, baru tak lari dia punya sukatan! Pour the water slowly tau, nanti dia terpercik kat kau! Tak pepasal melecur tangan.”

Wah, Shifa dah macam warden pencen. Serius benar ketika itu.

“Dah beb, so kacau je la ni?”

Rania bertanya. Shifa mengangguk.

“Kau kacau sampai dia pekat. Aku nak kebukkan telur.”

Shifa memecahkan 4 biji telur tadi lalu mengebukkannya dengan garfu, sehingga kembang. Kemudian, dia menambah secawan susu pekat manis ke dalam telur tadi lalu dikebukkan kembali. Setelah yakin telur dan susu tadi sudah sebati, barulah Shifa berhenti.

“Shif, dah pekat ni..”

“Ok, good, tutup api and bagi dia cool off kejap, tolong ayakkan tepung dengan baking soda tu.”

Setelah Rania selesai mengayak tepung, Shifa menambahkan sedikit demi sedikit tepung itu ke dalam campuran telur tadi. Perlahan-lahan dia mengacau sebatian tersebut sehinggalah pekat. Seterusnya, dia menambah gula hangus tadi yang telah disejukkan, dan sedikit essens vanilla bagi menambahkan keharuman kek nanti.

“Okay, selesai, kita perap adunan ni selama 4 jam, and then kita bakar nanti selama 50 minit dengan suhu 160 darjah celcius. Senang je kan?”

Shifa berceloteh. Rania hanya mengangguk.

“Tapi next time, kau buat, aku makan, aku malas nak buat sendiri!”

Memang mencabar perasaan Shifa aja, kata-kata Rania tadi. Bukan main semangat Shifa mengajar Rania, tapi ternyata Rania memang pemalas. Sabar ajelah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience