Buat kesekian kalinya Shifa mengeluh. Menyesal rasanya dia meng ‘add’ Megat Rafael Iman di Fac.
‘Wall’ Megat Rafael Iman ditatapnya buat sekelian kali. Sudah 6 bulan berlalu, namun memori Aidilfitri mereka masih tersemat di dalam hatinya. Barulah dia sedari bahawa dia mencintai Rafael, itupun setelah puas dinafikan oleh dirinya sendiri.
Cinta pandang pertama memang wujud. Shifa rasa menyesal kerana terlampau mudah untuk jatuh cinta dengan Rafael. Dia tahu bahawa hati Rafael bukan padanya, namun ada pada Hanim.
Tangan Shifa lincah menggerakkan ‘cursor’ ke folder gambar Rafael yang berjudul Eid( Me n My lovely ones). Hanya dengan sekali ‘click’, wajah bahagia Hanim yang sedang bergelak tawa dengan Rafael terpampang pada layar mata Shifa. Shifa menggigit bibir bawahnya, menahan air mata daripada mengalir.
Memorinya kembali pada malam seribu kenangan tersebut.
“Abang Ael, nak bunga api satu”
Shifa meminta daripada Rafael yang memegang sekotak bunga api tersebut. Rafael tersenyum lalu menggelengkan kepalanya.
“Ni semua abang reserve untuk Hanim, dah lama kami tak main ni...cuba Shifa mintak dengan Rania.”
Ael berkata lalu menghampiri Hanim. Dia menyerahkan kotak tersebut dan Hanim pula tersenyum bahagia. Shifa agak terkilan namun dihiraukan sahaja.
Setitis air mata menodai wajah mulus Shifa. Memang salah dia kerana tertangkap cintan dengan Ael, sedangkan Ael pun tidak tahu akan perasaan sebenar Shifa. Mereka bersua muka selama seminggu sahaja, takkanlah Shifa sudah tergamak menjadi perigi mencari timba?
Shifa melekakan dirinya lagi dengan menatap semua gambar ceria Ael dengan Hanim tersebut. Ibarat pinang dibelah dua, siapalah Shifa yang mahu bergandingan di samping Ael? Shifa bukan sesiapa.
Shifa mengambil earfon lalu memutarkan lagu Jazz Hayat-I Stalk Your Profile. Memang kena betul dengan dirinya yang ibarat bertepuk sebelah tangan itu.
Ooh... Ini kisah sedih ku Aku mengharap kan Sesuatu yang tak pasti...
'Disaat kau disisiku Hidupku terasa indah Hidupku penuh warna warni Seperti pelangi...'
Kehadiran Ael semasa tempoh seminggu itu benar-benar membuat hidup Shifa berbunga, lebih berseri. Walaupun hanya senyuman yang dihadiahkan Ael, namun Shifa berasa seolah-olah melayang-layang. Memang sedih pabila tak dapat luahkan perasaan yang terpendam di hati.
'Ku akui ku rindukanmu Saat kau tiada di sisi Hancur hatiku Bila kau sudah berpunya...'
‘Ternyata Abang Ael sayangkan Hanim, Hanim sampai aja hari tu, terus dia teruja, berdampingan je dengan Hanim, sehinggakan Rania pun dihiraukan. Argh...kalaulah aku jadi Hanim...’
Gumam Shifa di dalam hati.
'I stalk your profile when I miss you Tengok semua gambar you tanpa jemu I stalk your profile when I miss you Adakah kau juga memikirkan ku?'
’Tabik la Jazz Hayat ni, memang aku tatap FB dia je, dapat lihat dari jauh pun dah ok, at least aku tahu aku ikhlas dengan dia, tak penting bagi ku dia tak terima aku pun, asal aku tahu, aku cintakan dia.’
'Semua gambar-gambar you bersama si dia Dalam captionnya kata mu aku cinta dia Reaksi ku meluat sedih pun ada Memang kau ini player tapi malangnya Ku mahu kau Jua..'
‘Abang Ael bukan player, tapi aku nak jugak dia...aku tak mahu paksa, kalau ada jodoh, insyaallah, kalau tak..aku redha ajelah...’
'Kau seolah memberiku harapan Disaat sunyi rasa kesepian Kau seolah memainkan perasaan Ingin ku membenci mu tapi aku yang Tak tahan...'
‘Aku takkan sesekali membenci Abang Ael, apa hak aku untuk berbuat sedemikian? Bukannya dia tahu aku nakkan dia? Ni aku sedih ni..’
Makin giat air mata Shifa mengalir turun.
“Hoi, khusyuk main FB?”
Sergahan Rania dari arah belakang Shifa ternyata memeranjatkan Shifa. Cepat-cepat Shifa ingin menyeka air matanya tadi. Namun, Rania sempat menangkap pergelangan tangan Shifa. Rania merenung Shifa tajam.
“Hey babe, kenapa kau nangis? Huh?”
Shifa terkedu. Apakah yang dia ingin jawab? Patutkah dia berbohong?
“Aku...aku..”
Shifa tersangkut. Dia sama sekali tidak mahu menipu rakan karibnya itu. Mata Raniapula meliar ke arah laptop Shifa. Matanya terbuntang luas melihat Profile yang ditatap Shifa tadi.
“Kau nangis sebab tengok gambar Abang Ael?”
Rania bertanya. Shifa sekadar membatu.
“Terus-terang babe, kau cintakan abang aku kan?”
Rania merenung ke dalam anak mata Shifa. Shifa sekadar tertunduk.
“Betul kan?”
Akhirnya, Shifa mengangguk perlahan. Rania tersenyum.
“Dahlah nangis tu, kumbang bukan seekor.”
Kata Rania sebelum berlalu keluar bilik. Bukannya dia mahu pujuk Shifa. Shifa merebahkan badan ke katilnya.
‘Betul kata Rania, bukan tak ada lelaki lain dalam dunia ni.’
Tangannya erat memeluk HUGOnya itu. Lama kelamaan, dia terlena dengan sendirinya.
***
beberapa bulan berlalu...
“Shifa, kau ikut aku balik rumah hari ni.”
Rania memberi arahan mandatori kepada Shifa yang baru tersedar dari lena itu. Terpinga-pinga Shifa dibuatnya.
“Huh? Balik? Kenapa?”
Shifa bertanya sambil menggeselkan matanya.
“Abang Ael nak nikah! Aku lupa nak kasi tahu kau haritu.”
Shifa menahan rasa di hatinya.
“Sampai hati kau Rania, mentang-mentang kau tahu aku cintakan Abang Ael, kau sengaja kasi aku tahu lambat. Kenapa? Kau takut aku halang majlis mereka?”
Shifa bertanya sinis sambil melipat cadarnya. Rania terkelu.
“ Shifa, aku tak sengaja, aku memang terlupa, assignments banyak sangat, lagipun beb, kau BFF aku, aku tahu kau tak seteruk tu. Dahlah! Pergi mandi, kejap lagi kita balik. Majlis malam ni!”
Shifa hanya mengangguk lalu tersenyum hambar. Dia harus kikis nama Ael dari hatinya, Ael tidak mungkin akan menjadi miliknya sampai bila-bila.
Share this novel