Apa itu Stalker? Dalam kamu Dewan Bahasa dan Pustaka, ia bermaksud penghendap atau pengintai. Kalau nak lebih terperinci lagi, ia membawa maksud seseorang yang ingin mengetahui pasal seseorang dengan cukup mendalam. Adakalanya rasa ingin tahu itu Kadang-kadang boleh membuatkan seseorang tu rasa takut. Tapi di dunia ni ada banyak kategori stalker. Stalker yang aku hadapi ni pula boleh tahan peliknya.
“Shifa, aku turun bawah dulu okay? Abang Ael aku dah sampai, mama ada kirimkan juadah buat kita berbuka puasa nanti. Abang Ael dah jadi posmen mama sekarang ni. Hehe..”
Dalila Rania Zara berpesan kepada rakan sebiliknya yang sedang khusyuk melayari laman Fac. Shifa pula sekadar mengangguk, sebagai tanda dia mendengar setiap bait kata Rania tadi. Kemudian, dia mengerutkan dahinya.
“Rania, Rania...kejap! Abang Ael?”
Rania yang baru ingin menutup pintu tadi membukanya kembali setelah namanya dipanggil Shifa. Tangannya menahan pintu bilik. Mukanya dijengukkan sedikit ke dalam bilik, dia malas ingin memecat kasutnya.
“Yelah, Abang Ael la, siapa lagi? Aku kan ada sorang je abang, kau dah lupa ke aku anak kedua cik Shifa Abdullah ?”
Shifa menarik senyumannya. Rania, Rania...
“Manalah aku tau, aku ingat Abang Ael masih kat overseas...handle company baba kau kat sana...”
Shifa berdalih. Selama ini, memang rumah Rania menjadi rumah keduanya, tak pernah dia bertemu empat mata dengan Abang Ael Rania ni, Abang Ael bekerja di London, bagi memantau syarikat Babanya Rania di sana.
“Oh, haha..maaf, maaf, cheq lupa nak habaq! Dia dah dua bulan la balik Malaysia,nanti-nanti kau jumpa lah dia, dah 5 tahun aku asyik berlipur-lara tentang dia, tahun ni, nasib kau baik sebab dapat tengok dia secara LIVE. Ok la beb, aku turun dulu, Abang Ael tu mengamuk nanti, nak dekat berbuka puasa dah ni. Tata!”
Kata Rania sambil tergesa-gesa menutup pintu. Shifa hanya menggelengkan kepalanya. Sememangnya dia teruja untuk berjumpa dengan Abang Ael, abang kepada rakan baiknya itu. Kehadiran Rania dalam hidupnya cukup memberi erti yang besar. Sebelum ini, Shifa menyambut Aidilfitri keseorangan, tanpa saudara-mara mahupun keluarga di sisi, namun, dengan wujudnya Rania, dia dapat merasakan apa itu erti Aidilfitri, walaupun hanya menumpang berhari raya dengan keluarga Rania.
Semenjak 5 tahun dahulu, dia telah dianggap sebagai anak angkat oleh keluarga Rania. Baba dan Mama Rania tulus menerima kehadiran Shifa dalam keluarga itu. Shifa juga rapat dengan adik Rania, namun dengan Abang Ael, nasibnya masih belum diketahui. Abang Ael dah lama di luar negara, selepas dia graduasi, dia tidak menjejakkan kaki ke bumi Malaysia, Baba terus menyuruhnya menggalas tanggungjawab sebagai CEO syarikat Baba cawangan UK.
“Macam mana ya rupa Abang Ael? Mesti kacak kan? Si Rania ni pun tak pernah tunjuk aku gambar dia, haish, kenapalah aku ni menggedik tiba-tiba? Buang tebiat!”
Nurul Shifa terus menutup laptopnya dan berlalu ke arah katil. Patung Poohnya dibawa rapat ke dada. Sebuah keluhan terlepas dari bibirnya. Matanya ditalakan ke syiling. Selama 24 tahun dia di dunia ini, dia tidak pernah menyalahkan takdirnya kerana menjadikan dia yatim piatu.
Ibu dan ayahnya meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital, dan dia dilahirkan dalam keadaan gamat tersebut. Akhirnya, dia diletakkan insan yang amat mulia di rumah anak-anak yatim. Kuburan ibu bapanya juga dia tidak tahu, sahkan pula keluarga ibu bapanya. Kalau ada jodoh, maka bertemulah mereka. Itulah yang selalu disemai dalam hati Shifa.
“ Hugo, kau rasa mama kirim lauk apa ye? Nikan hari pertama kita puasa, apa agaknya yang mama masak?”
Shifa bertanya kepada patung POOHnya itu. Memang Shifa ni boleh terkategori dalam kumpulan gadis 24 tahun yang tak matang! Habis dikeleknya patung POOH itu, tak lena tidur kalau Hugonya tidak hadir di sisi.
“Gila agaknya aku ni. Dah nak jadi macam Mr. Bean agaknya, bezanya, dia ada Teddy, aku ada Hugo. Chait!”
Dia berkenalan dengan Rania 5 tahun lepas, sewaktu dia pertama kali mendaftar di kampus UiTM tersebut. Personaliti Rania yang ceria itu membuatkan Shifa berasa senang di sampingnya. Persahabatan mereka masih utuh sehingga sekarang.
“Hoi, semput kejap aku turun naik tangga! Ael tu bukannya nak tolong aku angkut semua ni!”
Rania yang tiba-tiba membuka pintu bilik itu membuat Shifa terperanjat. Shifa mengurut dadanya berkali-kali.
“Kau ni Safi Rania Gold, salam tak bagi! Terkejut aku tau! Kesian Hugo aku tercampak ke lantai.”
Ujar Shifa sambil mengutip POOHnya itu. Rania hanya tersengih sambil menayangkan lesung pipitnya ke arah Shifa.
“Maaf! Berat sangat ni, seguni beras kut mama tanak ni! Eh, kau panggil aku apa tadi? Sampai hati kau, aku makan sorang-sorang baru meleleh air liur kau.”
Rania mengugut Shifa. Shifa mencebikkan bibirnya.
“Eleh, nafsu, nafsu, anyways, aku boleh je report kat mama, yang anak dia ni tak mau share makanan. Well, mama kan sayang jugak kat aku!”
“Yelah, yelah! Ish, selalu aja aku kalah kalau berlawan kata dengan kau! Kau ni, sama aja dengan Ael tu, tak mau mengalah! Dahlah Paracetamol, jom siap-siap untuk berbuka, lagi 15 minit ni.”
Cepat benar Rania menukar topik. Shifa pula masih statik. Dia sedang memikirkan sesuatu.
“Rania, apa kaitan aku dengan Paracetamol? Ce cite ce cite”
Itu rupanya yang budak ni fikirkan tadi? Lawak betul Shifa ni.
“Ish kau neh, KIV la dulu, eden mau mandi.”
“Kau mandi tak sampai pun 5 minit, cerita la cepat!”
Shifa menggesa. Memang selama ni Rania memanggilnya Paracetamol apabila Shifa memanggilnya Safi Rania Gold, namun baru pertama kalinya Shifa terbuka hati ingin bertanya.
“Nama kau Shifa, bererti penyembuh, Pain reliever la kononnya kan? Orang makan Paracetamol aka Panadol tu untuk pain reliefs juga, betul tak? So, sama lah dengan maksud nama kau tu...dah, eden nak shawa shawa...everybody say shawa shawa...”
Rania sudah mengambil tualanya sambil menari mengikut rentak lagu Khabi Khushi Khabi Gham tu. Shifa menggelengkan kepalanya. Macam-macam minah Rania tu.
“Jap, Jap...Ponstan pun pain reliever apa? Ish...menyemak aja aku fikir benda tak berfaedah ini...”
Gumam Shifa sendirian. Dia bangkit dan terus menyelongkar plastik-plastik makanan yang dibekalkan mama Rania tadi. Harum semerbak aromanya. Memang menggiurkan.
‘Fuyooo....Asam pedas ikan parang, daging salai, ayam masak lemak cili api...fuuh! Terangkat!’
“Woi! Nafsu, nafsu. Tak berbuka lagi la!”
Shifa yang khusyuk menilik juadah itu terkejut dengan suara Rania yang menegurnya. Shifa berpaling memandang Rania.
“Kau tak mandi lagi ke?”Rania hanya sengih memanjang. Sah-sah tak mandi lagi tu.
“Ngee, shokubutsu aku habis, pinjam kau punya ok? Terima kasih my BFF!”
Selamba badak Rania mengambil gel mandian Shifa. Shifa pula redha. Dia dah khatam perangai Rania tu, barang yang dah habis, bukan nak beli terus, tunggu balik rumah juga baru dia nak beli. Memang sayang betul nak keluarkan duit poket sendiri.
Al maklumlah, rumah Rania tu kalau teropong dari UiTm ni confirm nampak! Memang jalan kaki pun boleh sampai. Tapi Rania ni nak juga berdikari, dia tingallah bersama-sama Shifa di asrama. Berdikari apa kalau barang habis nak balik ambil kat rumah? Rania...Rania
Share this novel