Villa
Khemah sudah siap dipasang di halaman Villa tersebut. Apabila Shifa menjejakkan sahaja kaki, matanya tertancap indah pada pelamin yang sudah siap dihias itu.
“Haa...sampai pun kamu berdua, eh Rania, bawak Shifa ke atas. Tenyehkan banyak-banyak inai kat tangan anak dara ni.”
Rania hanya menurut. Shifa sudah pelik. Kenapa dia perlu memakai inai? Bukanya dia yang menjadi Raja Sehari.
“Kenapa pulak aku kena berinai segala beb?”
Shifa bertanya. Rania memandang Shifa sambil otaknya ligat berfikir.
“Eleh, pakai jelah, aku pun pakai inai, kau pun pakailah! Bila lagi kan? Aku kahwin lambat lagi. Aku tunggu putera kayangan.”
Selamba badak Rania menjawab, namun jawapan tersebut agak logik.
Setelah selesai berinai. Shifa diheret pula berhadapan dengan mak andam. Kali ini, alasan yang diberikan Rania juga masuk akal.
“Kenapa aku pun kena tenyeh make up tebal-tebal?”
Shifa bertanya.
“Alahai, banyak soal kau ni, mama dah bayar mahal-mahal, bila kita nak merasa? Aku pun make up tebal jugak ni!”
Namun, buat pertama kalinya alasan Rania tidak masuk akal, yakni pabila Rania disuruh memakai sepersalinan baju kurung moden berkain lace putih, bersama selendang. Dan kepalanya diletakkan tiara serta veil.
“Apa maksud semua ni? Aku ke kahwin, Rania?”
Rania hanya terkelu. Cepat-cepat dia mendapatkan mamanya di luar. Datin Seri Ecah bergegas ke kamar Shifa dan berterus-terang dengan Shifa.
“Mama nak Shifa jadi menantu mama. Shifa setuju kan?”
Tenang Datin Seri Ecah berkata-kata. Shifa pula tidak berkelip memandang mama angkatnya itu.
“Shifa? Menantu? Maksud mama?”
Shifa bertanya kehairanan. Otaknya tidak mampu memproses maklumat yang diterima tadi.
“Menantu mamalah, wife kepada Ael? Bolehkan?Mama dengar.....Shifa memang cintakan Ael...”
Datin Seri Ecah berkata sambil menggenggam tangan Shifa yang sejuk itu. Shifa pula memandang Rania yang sedang tersenyum kambing sambil membuat simbol peace. Memang mulut tempayan!
“Mama baru sedar yang Ael ada secret admirer rupanya...bahagia betul mama! Dah, mama turun dulu, kadi dah sampai tu...”
Maka, tinggallah Shifa bersama Rania di dalam bilik tersebut.
“Kau cakap kat mama beb? Tapi kau dah janji dengan aku...”
Shifa bertanya kepada Rania. Rania memeluk Shifa erat.
“Aku buat ni semua, untuk kebahagiaan kau dan abang aku...”
“Tapi Abang Ael tak cintakan aku, dia cintakan Hanim!”
Selamba Shifa mematahkan hujah Rania. Rania sekadar tersenyum manis. Apakah maksud di sebalik senyuman itu?
“Kau ni, suka buat andaian, malas aku nak layan kau,,,hah! Ready ready! Abang aku nak masuk dah tu.”
Rania membetulkan sedikit veil Shifa. Shifa menunduk memandang lantai.
Tiba-tiba, ada sesusuk tubuh melutut di hadapannya. Tangan halus Shifa dicapai, lalu sebentuk cincin platinum bertatahkan sebutir berlian disematkan ke jari manis Shifa. Shifa memandang wajah jejaka di hadapannya. Serta-merta wajahnya memerah.
Megat Rafael Iman tersenyum manis ke arah isterinya itu. Tangannya dicapai Shifa, lalu dikucup kudus. Setelah itu, dia mengucup pula dahi serta kedua-dua belah pipi Shifa. Bahagia hatinya setelah dapat memiliki puteri idaman kalbu.
“I always stalk your profile too, my love...”
Kata-kata tersebut dibisikkan ke telinga Shifa, membutakan Shifa tercengang. Shifa ingin bertanya lanjut, namun para hadirin sibuk ingin mengambil gambar mereka.
Share this novel