BAB 4

Romantic Comedy Completed 778

“Kakak ABC” Satu suara di bawah pohon rambutan menegur Nazura. Hampir
sahaja dia terjatuh dari tangga kerana terkejut.

“ Kami nak belajar. Nak tengok kartun” Sambung budak itu yang cuba
berlindung dari dibasahi gerimis.

“Mana yang lain?”

“ Ada kat pondok belakang. Hujan Kak” Budak itu tersenyum.

“Lupa nak tanya, nama kamu siapa?”

“Amri.”

“Amri panggil yang lain tunggu Akak bawah rumah. Kejap lagi Akak turun"
Nazura tetap risaukan kanak-kanak orang asli yang masih merayau walaupun
hari hujan.

Nazura turun ke bawah rumah membawa sepinggan ubi kayu dan seteko kopi.
Satu mangkuk berisi gula diletakkan di tepi piring ubi kayu.

“ Hujan-hujan ni sedap makan ubi kayu" Kata Nazura yang meletakkan
makanan itu diatas pankin. “Hujan-hujan pun ayah kamu keluar kerja"

“Tak, kami yang mahu jumpa Kakak. Nak belajar A,B,C dan tengok kartun"
beritahu budak perempuan yang paling dewasa.

“Nama kamu semua siapa?, Tadi baru Akak kenal Amri"

“ Haa..kami pun lupa nak beritahu nama. Saya Fikah, adik perempuan saya
tu Lina. Adik lelaki saya Bakri dan Mahat. Yang baju hijau tu Saipul dan
sorang lagi tu Damar. Amri tu kakak dah kenal tadi.” Terang Fikah,
selaku kakak yang paling sulung antara mereka.

“ Nak belajar apa hari ni?”Nazura bertanya.

“ Nak belajar ABC dan kartun" Saipul menyampuk sambil mengunyah ubi kayu
di mulut.

“Bila nak sekolah ni?” Tanya Nazura lagi.

“Kami akan pergi sekolah bila Apai belikan baju sekolah dengan beg
sekolah nanti” jawab Fikah jelas.

“ Dan beli pensil, kalau tak ada pensil macam mana mahu tulis.” Sambung
Amri. Yang lain menyambut dengan tawa.

“ Ok, kejap lagi Akak ajar ABC, lepas tu boleh tengok kartun"

Kanak-kanak itu bersorak riang.

Sesi mengajar Nazura secara percuma pun bermula. Kanak-kanak itu
semuanya kelihatan bersungguh-sungguh untuk belajar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience