BAB 7

Romantic Comedy Completed 778

Nazura yang mendengar berita itu terus berhamburan air mata. Dari tadi
dia menangis hingga bengkak matanya. Hatinya yakin yang budak-budak itu
cuba menyeberang sungai untuk datang ke rumahnya. Dirinya merasa
bersalah sangat kepada Apai. Niatnya untuk membantu budak-budak itu
bertukar menjadi teragedi.

“Bukan salah kamu. Apai pun dah maafkan. Kata dia, kalau budak-budak tu
ke sekolah, mungkin mereka tahu yang air sungai itu deras dan bahaya
sewaktu hujan” Makcik Amnah cuba untuk mententeramkan anaknya itu.

“ Tapi Zura yang suruh mereka datang lagi!!” Jawab Nazura dengan nada sebak.

“Dah..Kamu tak salah. Budak-budak tu yang ambil risiko lalu ikut jalan
sungai tu. Ayah diaorang pun tak salahkan kamu. Memang mereka semua suka
merayau-rayau di dalam hutan” Pak Berahim pula menokok.

“Ada seorang yang selamat. Dia panjat pokok di tepi tebing tu.”

“Saipul” Jerit Nazura yang masih mengecam kanak-kanak itu. Apai segera
datang memeluk kanak-kanak itu. Diciumnya berkali-kali dengan tangisan
yang masih belum putus.

Saipul memeluk bapanya sekuat hati sebelum berjalan ke arah Nazura.
Tangannya menghulur sekotak pensel yang masih belum dibuka.

“Kami nak belajar Akak!” itu sahaja ayat yang dituturkan kepada Nazura.

Bunyi tangisan tadi terus bersambung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience