BAB 2

Romantic Comedy Completed 778

“ooo.. Kalau Zura nak, boleh suruh diaorang panjat tak?”

“Boleh..Cuma jangan kamu pulak yang memanjat. Apa pulak orang kata nanti!”

Bunyi budak-budak ketawa kedengaran dari atas pokok. Nazura memandang
keatas melihat tiga orang budak sedang duduk diatas dahan pohon jambu,
sambil melempar biji dan serpihan jambu yang dimakan antara satu sama lain.

“Ehemmm!!!!” Nazura buat-buat berdehem supaya mereka sedar kehadirannya
di situ. Sebaik terdengar suara Nazura tadi, cepat-cepat mereka semua
memanjat turun. Pantas juga mereka membuka langkah untuk pergi dari situ.

“Nanti !!!” Jerit Nazura setelah kelibat mereka hampir hilang memasuki
hutan. Budak yang paling belakang sekali terkaku seketika.

“ Kamu nak ke mana?” Tanya Nazura sebaik sampai ke tempat budak itu berdiri.

“Ke sungai Kak?” Jawab budak itu fasih.

“Kenapa nak ke sana?” soal Nazura lagi.Macam Kakak yang sedang menyoal adik.

“Semua ada di sana”

“Siapa?”

“Abang, Kakak dan adik” akui budak itu jujur.

“Akak ikut boleh?” tanya Nazura. Soal keselamatan dilupakan seketika.
Ada sesuatu yang menarik dengan anak-anak orang asli ini.Budak itu
mengangguk.

Suasana di dalam hutan begitu menenangkan. Nazura merasa dirinya seakan
kanak-kanak lagi. Semasa kecil dahulu, dia sering merayau di dalam hutan
bersama kawan-kawan dan adik-beradiknya.

“Jauh lagi ke?” Tanya Nazura, walaupun baru sepuluh minit berjalan.
Tekaknya merasa kering dan dahaga.

“Tu” Budak itu menunjuk ke arah sekumpulan kanak-kanak sedang bermandi
manda di dalam sungai.

“ Atoiii” Jerit budak tadi sambil berlari. Kanak-kanak yang lain mulanya
menyambut dengan tawa. Tawa mereka terhenti setelah Nazura muncul dari
belakang. Kanak-kanak lelaki yang langsung tidak berpakaian lari terjun
ke sungai. Kemudiannya berdiri dengan hanya menampakkan kepala.

“ Tak sekolah ke ?” Tanya Nazura yang melabuhkan punggung pada sebatang
dahan besar rebah di situ.

“ Tak…” Sahut seorang budak perempuan.

“ Kenapa tak suka sekolah?”

“ Kalau ke sekolah kena pakai baju sekolah, tak boleh main-main, kena
baca ABC, kena nyanyi, kena tulis..susah” sambung budak itu lagi.

“Bapa kamu tak marah?”

“Apai pun ada marah-marah. tapi kami buat tak tahu jaa.. Apai pun selalu
ke hutan, kami buat la ikut suka kami” Jelas budak itu sambil tertawa.
Tawanya bersambut dengan adik beradiknya yang lain.

“Siapa tahu baca ABC? A…B…C…. Siapa?” Tanya Nazura.

“A, B, C,..F, Q…” Budak perempuan tadi cuba menyahut pertanyaan dari
Nazura. Kanak-kanak yang lain menyambut jawapannya dengan tawa.

“ABC tak tahu pun masih tak nak sekolah!” Perli Nazura.

“Akak, kami tak tahu ABC pun tak apa..janji pandai cari makan. Apa pun
boleh kalau kami nak hidup”. Budak lelaki yang di dalam sungai menjawab
petah. Yang lainnya seakan mengangguk bersetuju.

“Kalau hutan dah tak ada kamu nak ke mana?” Soal Nazura lebih dalam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience