BAB 5

Romantic Comedy Completed 778

Hujan masih turun lagi. Sudah dua hari berturut-turut. Nazura agak
gelisah di muka pintu. Dua tiga kali dia mengalih pandangan ke luar
tingkap. Sudah dua hari kelibat tujuh beradik itu masih tidak kelihatan.

“ Kamu ni, budak-budak punya hal pun boleh sedih” Tegur Makcik Amnah.

“Zura terasa sangat Mak. Masa belajar hari tu, semuanya
bersungguh-sungguh. Nazura nak tengok mereka masuk sekolah semula. Kalau
boleh sebelum Zura balik ke Universiti Semula”

“Jangan bebankan diri kamu pulak. Mereka ada mak bapak. Biarlah mak
bapak diaorang tu tentukan”

“Tapi diaorang dah janji..!!!”

“Janji apa?”

“Janji nak jumpa Nazura lagi..”

Nazura mengalih pandangan keluar tingkap. Bayangan seorang budak lelaki
pantas bergerak di celah-celah semak samun.

“ Amri!!” Sapa Nazura dari atas rumah. Dia tak menyangka mereka masih
mahu berjumpa dia walaupun musim hujan. Dia mencapai payung dan turun ke
tanah.

“Mana yang lain?” Soal Nazura sebaik turun ke tanah. Budak lelaki
bermuka pucat itu masih berdiri di dalam hujan. Tangannya menunjukkan ke
arah sungai!

“Kakak tak boleh ke sana, hujan ni. Ajak semua kemari” Pesan Nazura.
“Nanti Akak sediakan cucur ikan bilis”

Budak lelaki itu bergerak di celah-celah belukar dan menghilang.

“ Lamanya..” Nazura melihat jam sebelum mengalih pandangan ke pankin
bawah rumah. Tiada seorang pun dari tujuh beradik itu yang sampai. Cucur
ikan bilis yang baru digorengnya tadi sudah mulai sejuk.

“Assalamualaikum…” Suara orang memberi salam kedengaran dari luar.
Makcik amnah menjawab dari dalam dan membuka pintu hadapan. Ketua
kampung bersama beberapa orang kampung dan anggota polis berada di
hadapan rumah.

“ Apa apa ni Pak Berahim” Tanya Makcik Amnah.

“Kak Nah, aku ni wakil dari pihak pasukan mencari dan menyelamat. Kami
tengah cari budak-budak orang asli yang hilang dari kampung mereka. Dah
dua hari tak balik. Kalau-kalau Kak ada nampak.” Jelas Ketua Kampung
itu. Makcik Amnah menggaru kepala.

“Budak yang bertujuh beradik tu ke?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience