“Haah! Mana Kak tahu?” Tanya anggota polis di sebelah Pak Berahim.
“Budak-budak tu selalu datang ke sini, main-main dan makan buah kat
belakang tu. Anak akak, Nazura lagi rapat dengan diaorang” Katanya yang
masuk ke rumah memanggil Nazura.
“ Tadi saya ada nampak si Amri. Tapi dia senyap je. Bila saya tanya mana
yang lain. Dia tunjuk ke arah sungai” Terang Nazura. Lelaki tu yang
berada di belakang tadi berjalan ke belakang.
“Anak Pakcik dah dua hari tak balik” Apai bersuara dengan nada sebak. “
Tak pernah mereka semua tak balik”
“Mungkin ke diaorang ke sungai?”
“Hmm.. baik kita ke sana?” Pegawai yang mewakili pasukan penyelamat
bersuara.
Jalan yang mereka lalui untuk ke sungai berselut dan dipenuhi takungan
air. Sebahagian dari hutan turut di ditenggelami air. Namun pencarian
pasukan penyelamat tetap diteruskan.
“Tu!” Jerit Apai sebaik melihat sehelai baju terselit pada ranting pokok
di tepi sungai. Baju itu segera dicapai salah seorang dari mereka.
“ Ni baju Bakri! Anak saya mesti ada di kawasan sini Tuan!” Tegas Apit
dengan suara yang bercampur hiba.
Semua yang ada di situ termasuk Pak Berahim mula berkeliaran di kawasan
sekitar. Yang mana tahu nama budak-budak tersebut, melaung kuat nama mereka.
Apai cuma mampu duduk di tepi tunggul kayu menantikan berita yang dibawa
pasukan penyelamat. Dia sudah tidak mampu untuk bergerak mencari
anak-anaknya. Jelas di kepalanya peristiwa buruk yang mungkin berlaku
kepada mereka.
“Ada Mayat!!” Jerit salah seorang petugas yang mencari di tebing sungai.
Dua tiga orang lagi segera ke situ untuk membantu menaikkan mayat. Apai
pun turut berlari untuk melihat mayat kanak-kanak yang dibawa naik dari
tebing.
“Ahh..Lina” Itu sahaja ayat yang keluar dari mulut Apai sebelum dia
terhinggut-hinggut menahan tangis.
“ Dah jumpa semua?” Tanya Pak Berahim kepada Ketua Pegawai Operasi.
“Enam dah jumpa. Satu lagi kami masih cari”
Share this novel