BAB 3

Romantic Comedy Completed 778

“Hutan mesti ada Kak. Mana boleh hutan hilang?” Tingkah seorang budak lagi.

“ Dulu kamu di hutan mana?” Soal Nazura tegas.

“Hutan di estet sana….”

“Sekarang ni mana hutan kamu dulu?” Kata Nazura lagi. Ilmu yang
dipelajarinya di Institut Latihan Perguruan itu cuba dimanafaatkannya.

Budak-budak yang ada itu hanya saling berpandangan. Baru kali ini ada
yang membuatkan mereka berfikir begitu.

“ Kamu pernah tengok ni?” Nazura mengangkat tabnya dan menunjukkan
kearah budak-budak tu.

“ Itu telefon. Apai pun ada satu. Tapi Apai punya kecik saja” Jawab
budak perempuan tadi petah.

Nazura bersyukur sangat talian telefon dan internet masih kuat di situ.
Dia mahu menunjukkan sesuatu pada budak-budak itu. Dia menekan kekunci
di aplikasi youtube mencari bahan untuk dikongsi dengan budak-budak itu.

Mula-mula dia membuka cerita kartun. Cepat-cepat budak yang ada berdekatan menghampirinya untuk menonton. Dua budak lelaki yang tidak berpakaian langsung tadi berenang ke tebing sungai. Tangan mereka mencapai daun-daun pokok ketapang yang jatuh ke sungai untuk dijadikan
pakaian sementara. Perlahan-lahan mereka berjalan ke bawah pohon ketapang dimana baju mereka dilonggokkan. Setelah berpakaian penuh mereka segera menyertai adik-beradiknya yang lain menonton tayangan pada tab Nazura.

Sebaik habis tontonan cerita kartun itu, Nazura mematikan tabnya.

“Nak tengok kartun lagi Kak" rayu mereka semua.

“Bateri nak habis ni. Lain kali kita sambung, ok. Akak pun dah nak balik
rumah dah" Jelas Nazura. Budak-budak yang ada memuncungkan mulut tanda
tidak puas hati.

“Semua nak jadi pandai tak?” Tanya Nazura lagi. Sekurang-kurangnya apa
yang ditunjukkan tadi dapat menarik minat mereka.

“Kat sekolah tak ada cerita kartun" Kanak-kanak yang terkecil diantara
mereka bersuara.

“ Memang kat sekolah tak ada, dik. Tapi bila adik habis belajar nanti,
dah kerja. Boleh la adik beli tab macam ni dan tengok kartun hari-hari.”
Kanak-kanak di hadapannya tersenyum.

“Berani kamu ikut budak-budak tu ke dalam hutan.” Bebel Makcik Amnah.

“Ala Mak..bukan ke hutan tebal pun. Belakang kebun tu jer. Masa
kecik-kecik dulu pun Zura pernah ke situ"

“Tak payahlah kamu bergaul dengan budak-budak tu. Tak ke mana mereka tu.
Biar Mak Bapak diaorang yang uruskan"

“Hmmm… Mak. Nazura nampak budak-budak tu macam kami semua waktu
kecik-kecik. Cuma kami bertuah sebab Mak dan ayah didik kami dan bagi
kami belajar. Tapi budak-budak tu, tak ada siapa yang nak peduli. Zura
Cuma kasihankan dioarang jer..” Jelas Nazura.

“Ikut suka kamu la. Jangan sampai diaorang susahkan kamu dah la.” Pesan
Makcik Amnah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience