~Imbas Kembali~

Short Story Completed 1243

Imbas Kembali 1

Aku adillah, aku adalah anak sulung dari 4 beradik.. Adik2 aku semuanya perempuan. Inilah nama2 yang papa aku bagi, kalau boleh.. Dia nak semua kena sama.. Macam mana? Macam ni.. Nur Wada Adillah, Nur Wada Batrisya, Nur Wada Damia, dan Nur Wada Erzati.. Hah.. Macam tu lah terciptanya nama2 kami, sebetulnya.. Arwah nenek belah mama aku sukakan nama Nur Wada ni..

Jadi kerana tak nak peningkan kepala.. Di baginya semua serupa tapi berbeza perwatakannya.. Adik2 aku ni ikut rupa paras mana aku, persis mutiara hati.. Kadang2 tu ramai je budak2 lelaki suka lepak berhampiran rumah kami sekeluarga.. Semata2 nak tengok 'ratu cantik' ni, memang sangat kelakar lah.. Aku pulak ikut paras papa aku, jadi aku tak adalah lawa mana pun. Walaupun aku tak lawa, aku tak seperti orang yang berduit, yang suka mengubah ciptaan Allah SWT.. Dengan sengaja untuk melawa adalah berdosa besar.. Kalau muka melecur atau terbakar atau sebaliknya.. Harus dan dibenarkan untuk membuat pembedahan plastik.. Janji niat tersebut adalah kerana Allah SWT.. Cukup ceramah aku untuk diri sendiri..

======================
Imbas Kembali 2

Papa aku kini selalu balik lambat dah.. Tak macam dulu.. Papa aku, kalau dia balik mesti mama aku dah pun tidur.. Kadang tu aku terjaga sebab bunyi orang tengah parkir kereta, lagipun bilik aku memang dekat2 dengan luar rumah, jadi aku adalah orang pertama yang boleh tersedar awal dari yang lainnya.

Aku bangun jugak, walaupun terasa malas nak bangun.. Tapi aku bangun jugak.. Aku sempat mengerling jam dinding bilik aku yang menunjukkan sudah pun masuk pukul 2 pagi.. Serius aku bagi tahu.. Lambat gila papa aku ni balik, aku pun tak lah kalau dia betul2 ada buat bisnes lain sejak menjak ni, tapi aku tak terfikir pun bisnes apa yang papa jalankan sampai balik lewat pagi.

Papa aku terkejut besar bila nampak aku, aku sambut papa baru balik rumah, aku nak salam papa tapi papa mengelakkan diri.. Tapi kenapa pulak? Haha.. Rasanya tak perlu diceritakan hal itu... Sebab kenapa papa tak nak aku salam tangan papa.. Aku tengok okay je tangan papa, tak kena pun dengan apa2 yang kotor atau di sebaliknya.. Aku jadi automatik sebagai anak.. Walaupun tak disuruh papa.. Aku segera mengambil segelas air masak.. Selepas aku mengambilnya aku berasa mata aku nak tutup, diberikan arahan untuk tidur.. Ingatkan dah tak ada apa2 lagi.. Tak jugak.. Papa aku suruh duduk.. Kerana dia nak cakap sesuatu pada aku.. Aku fikirkan papa ingin menceritakan bisnes Part time atau full time barunya, jadi aku pun duduklah mendengar cerita yang ingin papa sampaikan..

Papa bagi tahu pada aku, yang dia nak berkahwin lagi.. Tetapi dia takut mama tak bagi pulak.. Dia fikirkan untuk menceraikan mama atau mungkin melarikan diri atau tidak memberi tahu pada mama yang papa sudah berkahwin lain.. Kali ni aku pulak yang terkejut besar, aku ni jenis tak pandai marah orang balik jadi aku membisukan diri aku sahaja lagipun aku tak boleh melawan kata orang yang lebih tua dari aku. Papa ada cakap, yang dia ingat nak bawak seorang anak yang ada rupa parasnya.. Siapa lagi.. Yang ada rupa parasnya selain aku seorang kan..? Takkan lah mama pulak kan.. Lawak betul aku ni.. Aku ingin cakap saja pada papa yang aku tak sanggup tinggalkan mama dan adik2 aku yang lain.. Tapi entah kenapa aku terasa mulut aku di gamkan... Aku hanya membisukan diri, tetapi aku sempat mengucapkan selamat pagi pada papa, dan berlalu ke bilik aku.. Meninggalkan papa seorang diri di ruang tamu..

=============================
Imbas Kembali 3

Ada satu hari, papa cuti.. Papa terlupa membawa telefon bimbitnya, papa tergesa2 keluar, tetapi aku dapat menyangkakan yang papa ingin menguruskan surat2 penceraiannya tanpa pengetahuan mama dan aku sebagai anak sulung. Gara2 papa tertinggal telefon bimbitnya.. Ada 1 panggilan masuk membuatkan aku mengangkatnya.. Belum sempat aku mengatakan apa2, seseorang menjawab, cara perbualannya amat mesra dan aku pasti ini adalah perempuan lain yang papa cakap nak khawin lagi.. Dia memanggil papa dengan panggilan 'sayang'.. Katanya dia dah pun mendapat persetujuan dari orang tuanya untuk berkahwin dengan papa dekat siam.. Wah.. Ni rupanya planning papa aku.. Sampai ke siam... Mereka ingin berkahwin kalau mama tak setujui permintaan papa untuk berkahwin lagi.. Tapi bagi seorang wanita khawin lain adalah satu ujian yang sangat besar.. Tak tertanggung ujiannya.. Mama bukan mahu melawan takdir tapi mama tak sanggup melihat papa menderita dengan ujian yang Allah SWT bagi padanya nanti..

Aku terkejut.. Menyebabkan mama merampas telefon bimbit papa yang masih ada di telinga aku dan mama menjawab..

"awak tahu tak.. Yang suami saya sudah ada bini dan anak2 yang tengah membesar.. Awak sedar tak semua ni..? Awak ingat saya tak tahu ke? Saya tahu apa yang awak buat pada suami saya.. Macam2 benda dah yang awak lakukan pada suami saya.. Sampai dia boleh buat bukan2 macam ni pada saya.. Awak belum sedar lagi ke..?!"

Kerana marah mama menghempaskan telefon bimbit papa ke lantai, kejadian ini disaksikan oleh aku.. Tanpa sedar papa sudah pun melihat kejadian yang sudah terjadi di depan matanya.

Aku hanya terkejut dengan keadaan itu.. Aku nampak papa.. Sudah menunjukkan mukanya yang marah.. Papa seperti bersedia untuk membelasah orang, aku cepat2 menghalang situasi tersebut tetapi kudrat lelaki semuanya sangat kuat.. Aku gagal melindungi mama.. Mama dipukul dan Ditendang.. Aku sungguh terkejut melihatnya.. Papa sampai menjadi kejam sebegini.. Akhirnya aku tak tahan.. Aku menyuarakan rasa sakit hati ni.

"papa!! Mama adalah mama kami.. Mama yang mengandungkan kami.. Tolong jangan buat mama macam ni, adillah sayangkan mama..!!".

Aku menghalang papa dari terus memukul mama, mama semakin lemah.. Aku merayu pada papa untuk tidak menjadi suami dayus terhadap isterinya.. Papa dapat mengawalnya walaupun dia masih berasa marah, papa sempat bercakap pada mama sebelum keluar dari rumah..

"aku tengah siapkan surat penceraian..! Kau jangan macam2 dengan aku.. Aku akan datang balik, ambik barang aku dan seorang anak aku.. Kau tak boleh halangnya..!".

Papa mengambil sim card dan memori kadnya, berlalu dari situ.

Aku terus memeluk mama, mama sudah pun menangis membasahi di bahuku.. Aku hanya dapat menahan sebak.. Kerana aku adalah saksi yang melihat kejadian tersebut di depan mata kepala aku sendiri yang mama diterajang dan dibelasah oleh papa.. Buat pertama kali..

'bersabar lah hati' yang mampu aku perkatakan.. Andai kata aku adalah anak lelaki.. Aku mampu mempertahankan mama dari terus dipukul.. Aku sememangnya wanita yang lemah.. Kudrat aku tak setanding kudrat lelaki yang memang kuat tu.

=======================
Imbas Kembali 4 (18^)

Papa call aku, suruh aku tunggu depan rumah. Ketika ni aku fikir papa ingin berbaik dengan mama melalui aku.. Tapi sebenarnya tak..! Papa cakap yang papa dah serabut dengan semua benda yang berlaku di sekeliling papa.. Papa dah memutuskan hubungan dengan perempuan tu, juga papa tetap ingin meneruskan penceraian dengan mama..

Pernah tak dengar kisah zaman nabi dulu? Nabi apa tu aku tak ingat.. Tapi ada diselitkan cerita2 zaman yang berpaling dari Allah SWT.. Zaman ni yang berkahwin dengan permaisuri, dan permaisuri dapat anak perempuan yang tersangat lawa tahap bidadari.. Putih melepak.. Cantik jelita.. Semuanya ada..

Membuatkan si raja tersebut menyukai anaknya sendiri dan berkahwin dengan anaknya.. Aku kaitkan cerita ni sebab.. Cerita ni persis dengan aku.. Sebab? Sebab papa semacam je bila dengan aku.. Tu yang membuatkan aku kurang selesa..

Berbalik sekarang ni.. Papa aku cakap.. Papa nak aku ikut dia.. Pergi lari bersama2, papa merayu depan aku.. Aku pulak jenis cepat kesian, tapi aku tetap dengan pendirian aku sebagai anak sulung..!

Aku cakap pada papa.. Yang aku tak akan ikut papa, aku cakap papa dayus dengan mama, kerana tu aku tak nak ikut papa.. Aku ingat dapat melepaskan diri.. Aku ingat aku dapat masuk terus ke rumah.. Tapi jadi pula perkara yang tak menyenangkan.

Papa memeluk aku dari belakang, walaupun aku cuba sedaya upaya untuk melepaskan dari pelukan tersebut.. Tetap gagal.. Kudrat aku sebagai perempuan tak sama seperti kudrat lelaki yang melebihi batasnya.. Papa sempat berbisik di telinga aku, sanggup papa ugut aku.. Katanya papa membawa peralatan tajam kalau aku tetap berkeras hati papa terpaksa menggunakan kekerasan.. Sehingga aku bersetuju untuk ikut papa berlari bersama..

Sah papa aku kemaruk.. Tapi kenapa aku yang jadi mangsa keadaan..? Aku tak nak ganggu mama aku.. Walaupun dalam keadaan macam ni, jiran..? Hiraukah mereka..? Aku gunakan sedikit ilmu mempertahankan diri.. Aku dapat melepaskan diri.. Aku berlari masuk ke dalam rumah dan mengunci pagar rumah aku.. Tiba2 adik2 aku balik.. Oh ye.. Aku terlupa yang mereka sekolah.. Aku melihat papa dah mulai tersenyum sinis dan mengugut adik2 aku.. Apalagi ketakutanlah mereka bertiga..

Papa sudah pun mengeluarkan parangnya.. Aku boleh dapat agak.. Parang tersebut sudah diasak sebelum datang ke rumah..

Aku terpaksa menyerah atau nyawa adik2 aku yang melayang. Aku buat perjanjian pada papa supaya jangan mencederakan adik2 aku.. Aku sempat membalas..

"okay.. Perdamaian.. Benarkan batrisya, damia dan erzati masuk ke dalam.. Dan adillah akan keluar.." balas adillah. Sebelum aku keluar, aku mencapai telefon rumah berdekatan dengan pintu luar di mana aku berdiri, aku pantas mendail '999'. Aku membiarkan sahaja jurucakap polis yang mendengar apa yang akan aku cakapkan..

"apa2 hal sekalipun.. Tolong lepaskan parang dari tangan papa.. Tolong benarkan adik2 adillah balik rumah.. Adillah akan dengar cakap papa.. Tapi tolong lah.. Simpan parang tu.. Adillah merayu pada papa.." adillah tegas dengan suara lantangnya berbaur menangis dan takut.. Ni drama untuk polis.. Dan menyakinkan dalam situasi sekarang. Sebelum sempat keluar.. Aku sempat bercakap dengan salah seorang adik aku.. Iaitu batrisya.. Aku sengaja mendekatkan adik aku pada telefon rumah yang masih menyala.. Erti kata lain, jurucakap polis mendengarkannya..

"batrisya.. Lepas ni kau call ambulans.. Mama kena belasah dengan papa depan kakak.. Kakak takut apa2 jadi kat mama.. Biar kakak ikut papa, kakak rasa papa dah jadi macam orang gila.." balas aku.. Aku menerangkan kepada batrisya.. Supaya dia tidak panik, kalau aku pergi nanti.

"kakak.. batrisya call polis tau, untuk kejar kereta papa.. Kakak.. Hati2 tau.. Batrisya akan jaga adik2 dengan mama sampai ambulans sampai.." balas batrisya suara tersekat gara2 terkejut dengan tindakan papanya..

"kejutkan mama selepas kakak....." aku tak sempat habiskan kata2 aku.. Papa sudah menunjukkan mukanya yang tengah marah, bila2 saja papa akan hilang kawalan, aku akur dan keluar dari rumah..

=================================
Imbas Kembali 5 (19^)

"papa mintak maaflah.. Papa tengking adillah tadi.. Papa tak sengaja.. Papa takut kalau adillah tipu papa dan adillah tak nak ikut papa". Aku tahu.. Papa berdalih.. Aku tetap hanya mendiamkan diriku.

Melihatkan keadaan yang sunyi sepi.. Papa memasang radio.. Saluran Era FM.. Aku kumpulkan semangat aku.. 'ingat senang ke nak lupakannya..??!!!'. Tengah aku melayan mood aku.. Papa bersuara.. Papa meluahkan perasaannya yang tersimpan terlalu lama.

"papa dah mula sayangkan seseorang, seseorang tersebut melebihi 2 orang yang papa jumpa.. Dia melayan papa dengan baik sangat, dia tak mengenal erti penat dan lelah.. Walaupun dia tahu papa selalu balik lambat tapi dia tetap layan papa, urus papa dengan baik.. Jadi papa buat keputusan untuk tinggalkan kedua2nya sekali dan mula berkasih sayang dengan kesayangan papa.." aku dapat tangkap ayat ni ditujukan pada siapa.. Selepas papa cakap pasal dia balik lambat.. Aku tahu siapa yang papa maksudkan... Tu adalah aku..!!!!.

Papa sambung lagi.. "adillah.. Papa mintak maaf.. Kalau kata2 papa buat adillah tersinggung dan terasa.. Papa dah tak ada niat nak buat benda2 tak elok, papa bertaubat! Tapi papa tak boleh juga lupakan kesayangan papa.. Papa dah terlalu sayangkan dia.. Adillah.. Apakah adillah setuju.. Untuk kesayangan papa?". Papa tersenyum nakal pada aku.

Aku dapat bau.. Soalan dan luahan papa, adalah perangkap tikus dan juga racun tikus yang amat berbahaya.. Mungkin lebih dari binatang kecil iaitu buaya..? Tapi aku... Aku.. Tetap mendiamkan diri aku.. Tahukah anda.. Apakah yang papa aku cakap..?.........

"papa dah mula sayangkan adillah.. Papa tak tau macam mana, tapi papa dah mula cintakan adillah.. Sayang.." papa memegang tangan aku dengan lembut sekali, aku tak sempat menarik tangan aku, tapi papa dah mula memegang tangan aku dengan lembut.. Papa mencium tangan aku.. Papa cakap "adillah ku sayang.. Papa sentiasa menyayangi dan mencintaimu... I love you sayang..!" balas papa yang cuba mencairkan aku dengan kata2 manis papa..

'tak mungkin sama sekali..!!!!!!!!'. Aku fikirkan cara.. Macam mana nak buat papa tak fikirkan yang bukan2.. Aku sanggup kemalangan.. Asalkan papa tak jadi gila CINTAKAN ANAK KANDUNGANNYA SENDIRI!!!!! Aku nampak dari jauh ada kereta polis yang datang dari bertentangan.. Aku tunggu masa sahaja supaya dapat membuatkan kemalangan tu.

"papa..!" aku pula cuba menyakinkan papa, aku mendekatkan diri aku pada papa.. Papa membiarkan aku datang padanya.. Aku fikir.. Papa masih ingat aku dah cair.. Tak..! Aku perlu lakukan hal ni juga!! Aku memusingkan stereng kereta ke arah kanan dan melanggar kereta polis tersebut.

Aku merasa aku akan mati.. Masa aku tak kena pada di bahagian depan tapi terkena tangki minyak kereta polis tersebut.. Nakkan pulak, kereta yang papa pandu pula boleh tahan laju, tambah dengan cuaca yang panas terik memang menempah maut.

Aku mengerang kesakitan kerana kereta berpusing, melanggar pokok2 di sisi jalan, kereta berasap dan mengeluarkan api kecil.. Aku dah berasa asap.. Api.. Dah pun masuk di dalam enjin2 kereta.. Asap masuk terus ke dalam kereta, muka aku separuh terbakar.. Aku tak boleh pergi ke mana2 dengan kaki aku pulak tersepit.. Aku pun terasa pelik macam manalah aku boleh tersepit.. Duduk diam pun boleh tersepit agaknya..

Papa berjaya keluar dari perut kereta.. Dan menuju ke arah pintu kereta belah aku.. Pintu boleh bukak tapi aku yang tak boleh keluar.. Papa paksa aku keluar.. Tarik aku keluar.. Dia masukkan kakinya untuk menahan adillah keluar dari kereta.. Adillah berjaya keluar tapi kali ni papa yang tersepit pulak.. Papa melihat minyak dah tumpah banyak dan menarik perhatian api2 yang membara kecil.. Dalam cemas dan panik papa mintak aku.. Lari...

Aku lari.. Tapi perlahan.. Kesan tersepit tu membuatkan pergerakan aku lambat.. Tapi aku bersyukur.. 2 anggota polis dalam kereta polis terbabit hanya cedera ringan sahaja.. Salah seorang anggota polis dapat capai aku.. Melindungi dari kereta papa aku..

Aku menutup mata aku dan aku hanya mendengar letupan yang sangat kuat..
Kaaaabooooommmmm
Kaca dan serpihan berterbangan dan bertaburan..

Tahu apa yang aku rasa ketika ni..? Sedih bercampur sakit di hati.. Sebab2nya..?

1- aku sedih sebab kereta papa yang meletup dan papa tak selamat dalam letupan tersebut.

2- aku sakit hati sebab papa cintakan anak kandungnya sendiri.. Aku sedih pada masa yang sama menahan geram.. Aku di bawak pergi ke hospital dengan menaiki ambulans dan dibantu oleh kereta polis untuk melindungi aku.. Takut2 aku diburu lagi.. Mungkin ada polis belum dapat makluman sebelumnya mungkin..
'aku merasa seperti pesakit VIP.. Dalam sakit aku sempat buat lawak, memang bangang..'

================================
Imbas Kembali 6

Ni lah rupa aku sekarang.. Selepas sebulan lebih aku duduk di dalam hospital.. Seminggu duduk di rumah selepas discharge.. Tahu2 mama suruyaku pergi ke sekolah selama 5 hari.. Kerana mama tak mahu aku bersedih lagi.

Jadi mama nak aku mencari kawan dan buangkan kemurungan.. Tambahkan kegembiraan.. Memang aku ada terfikir, benda2 yang patut aku biarkan sahaja ianya beralir tapi tetap aku tak boleh lupakan apa yang papa buat dekat aku.

Memandangkan ni pilihan mama.. Aku ikutkan saja.. Aku tak mahu mama risaukan aku, cukuplah mama dah risaukan aku.. Kali ni biarlah aku ikutkan sahaja kata2 dan kehendak mama..

Aku sangat2 berharap sekolah adalah jalan yang terbaik untuk aku bertenang..! 'school..!! Wait for me..! I will come soon..!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience