Kring.. Kring.. Kring..
"sekolah tetap buka seperti biasa bukan.. Ezzat? Aku harap mereka semua tak mengapa2... Tengokkan si vanisha sekarang makin lama makin mendiamkan diri, zurina, Yana dan waty terus demam selepas tak sedarkan diri dalam hutan tu" balas aidil sedikit kecewa kerana sekolah dibuka seperti biasa.
Ezzat juga banyak mendiamkan diri begitu juga Farish, mana2 yang terlibat dengan kejadian yang berlaku di depan mata, terpaksa menjalankan sesi persekolahan seperti biasa. Bagi mereka tak mungkin hal ni akan terjadi.. Bukan mudah untuk ke sekolah seperti biasa..! Mereka mendoakan agar uqasha dan adillah dalam keadaan yang baik dan selamat.. Aamiin..!
---------------------
"cerita yang direka aku tak nak dengar, aku nak dengar dari kisah berdasarkan pengalaman sendiri dan pengalaman orang di sekeliling. Yang tu baru mencabar!" balas Yana semangat menjelaskannya pada adillah.
"haah.. Tak bestlah adillah.. Citer lah pengalaman sebenar.." balas zurina dengan bersungguh2.
"ha.. Okay2" balas adillah sambil tergelak kecil.
"okay cerita dia macam ni, nama dia amani, dia ni suka berjaga malam, ada satu malam dia nyanyi lagu "mayang di ulit" dalam pukul 12:00 tengah malam, lepas je dia nyanyi, dia pun tidur. Dia mimpi, mimpi yang menyebabkan dia tak boleh keluar dari mimpi dia sendiri. Mujur dia dapat bangun dari tidur pukul 2:00 petang tu pun mak dia puas kejutkan dia, mak dia ada pesan nak tidur basuh kaki dulu dan tengah malam jangan memekak tak pasal2 kena kacau dengan benda tu. Selepas kejadian tu dia tak buat hal lagi malam2 dan kali ni dia dengar kata maknya" balas adillah menceritakan peristiwa tersebut.
"kurang seram lah.. Ada lagi tak?" balas Yana tidak berpuas hati dengan cerita adillah.
"ada! Cerita seterusnya.. Ada sekumpulan budak2 suka keluar lewat malam2, ada satu malam mereka beranikan diri seberang kubur dengan memanjat pintu pagar. Bermula pintu depan dan berakhir pintu belakang. Mereka seramai 5 orang sahaja, mereka berlari2 seramai 7 orang, kemudian mereka panjat pagar belakang, selepas mereka berlima lepasi pagar belakang, mereka sanggup tunggu lagi 2 orang, tapi semuanya hampa selepas keduanya tak keluar dari pagi belakang tersebut. Dah lebih dari 5 minit, mereka berasa tak sedap hati, berciciranlah mereka berlari dari situ balik ke rumah. Tekan butang lif, tunggu punya tunggu, lif terbuka. Dalam lif tersebut, terdapat sesusuk tubuh yang kaku. Ianya adalah sup bunjut yang memandang ke arah mereka, apa lagi berlarilah mereka bertempiaran tak tentu arah, esok harinya mereka berlima demam panas disebabkan kejadian tersebut.." cerita adillah panjang lebar.
"sup bunjut?" balas Yana kebingungan.
"em.. Benda tu.. Yang warna putih.. Di bungkus.. Dengan kain kapan.. Aku tak nak sebutlah.." balas adillah tidak mahu berterus terang benda apa yang tak disebutkannya.
"oh.. Pocong..!" balas waty bersahaja.
Membuatkan kawan2 lain terdiam dengan jawapan waty..
Uqasha gelak besar... "Dah2 seterusnya adillah.. Cerita lagi.. Tak payah hiraukan waty dan Yana tu.."
"ahem.. Seterusnya.. Um yang ni ringkas sedikit, sebab orang ni kuat beragama, namanya salleh, dia tidur dengan kaki tak basuh sebelum tidurnya atau selepas keluar dari rumah kerana kepenatan sangat dia tidur di kerusi panjang, malam tu dia nak bangun, tapi dia nampak ada lembaga hitam yang tahan kaki dia.. Tak bagi pergi mana2 pun, memang masa tu seluruh tubuhnya tak boleh bergerak. Esok paginya mak dia marah sebab tak basuh kaki sebelum tidur dan berdoa 3 qul sebelum tidur, elakkan diganggu oleh syaitan yang berkeliaran pada waktu malam.." balas adillah bercerita lagi.
"bolehlah2.. Lagi?" balas Yana bersahaja.
Semuanya hanya ketawakan melihat Yana yang balas macam kanak2 baru memahami kata ibu bapanya.
"okay.. Seterusnya.." adillah menahan ketawanya dan menyambung lagi.. "ada satu sekolah ni, ada buat qiyamullail kat sekolah, malam tu. Ada sekumpulan perempuan nampak satu lembaga hitam yang besar tu berkeliaran di bilik kemahiran hidup dan kemudiannya menghilangkan diri. Kemudian pada malam tu jugak, ketika semua perempuan tidur di dalam surau ada sekumpulan kecil perempuan yang tak tidur malah mereka bercerita hantu pada malam tu jugak di ketika semua perempuan tidur di dalam surau. Tiba2 salah seorang kawan dalam kumpulan kecil tu menangis tiba2 disebabkan dia menangis, semua pelajar perempuan yang tidur akhirnya terbangun dari tidur mereka, ada yang bangun dalam keadaan kebingungan dan ada yang tertanya2. Kemudian semuanya bertukar pada histeria.. Lebih dari seorang yang terkena histeria.. Iaitu 4 orang pelajar perempuan yang terkena histeria tersebut, selepas kejadian. Cikgu2 dan seorang ustaz memesan malam2 jangan duduk berkumpulan untuk cuba memberanikan diri untuk membuka atau menceritakan cerita2 sebegini malam2.." balas adillah sedikit takut selepas menceritakan perkara tersebut.
"wah.. Seram jugak ye.. Sampai mereka terkena histeria.." balas zurina sedikit takut.
Adillah hanya menganggukkan kepalanya
"Lagi2? Makin best ceritanya.." balas Yana mata bersinar2.
"okay! Yang ni ada lawak sikit dan ade seram2 sikit, tapi ringkas sahaja. Cerita dia macam ni, ada 2 orang budak lelaki iaitu Iman dan jabar, malam2 suka mengenakan orang yang baru balik dari surau selepas solat Isyak. Ada seorang budak berpakaian seperti sup bunjut menakut2kan orang2 yang selalu lalu di kawasan tu, ada seorang pakcik yang pakai motor biasa2 je yang melalui laluan situ, dia nampak budak lelaki yang memakai menyerupai sup bunjut ni, serius sangat2 pakcik tu jatuh dari motor kerana ketakutan, belum sempat pakcik nak angkat motor yang tumbang tu budak tersebut terus melompat ke arah pakcik tu, tak sempat pakcik tu nak baca apa2 ayat, kalau baca pun berkemungkinan tersilap baca ayat, bila melihatkan budak tersebut hampir muncul di depan matanya pakcik tersebut berlari lintang pukang, iman dan jabar gelak mentertawakan pakcik tersebut. Keesokan harinya.. Seorang budak terlambat datang, iman melihat kawan yang seorang lagi sudah sampai dahulu daripada dia.. Dan dah siap berbungkus rapi, jabar pun mula untuk menakut2kan Orang2 di sekeliling, tetapi belum ada orang di sekeliling.. Iman berfikiran positif mungkin nak berlatih menakut2kan orang yang akan datang melalui kawasan tu. Iman nampak macam tu bukan kawan dia, iman berasa pelik, sebab sup bunjut tu berguling2 macam automatik tanpa bantuan orang iaitu "iman" yang tukang mengangkat kawannya kalau terjatuh atau salah posisi, ni kali sangat lain. Kemudian dia automatik berdiri sendiri tanpa membengkokkan kakinya macam sudah terbiasa dilakukannya dan akhir sekali lompat macam real punya tak terjatuh walaupun ikatannya sangat sempurna. Apa lagi yang ditunggukan olehnya, tukang pembuat sup bunjut iaitu iman lari tak cukup tanah, bila sahaja dia menoleh ke belakang dia nampak jabar yang menjadi sup bunjut sudah melambai ke arahnya. Dia perasan tukang sup bunjut melarikan diri semacam dia pun berasa tak sedap hati akhirnya berlari bersama dengan iman yang sudah pun pecut laju ke hadapan. Selepas kejadian tersebut mereka tak lagi mengacau Orang2 yang lalu di kawasan lalu lalang tu.." balas adillah panjang lebar menceritakannya.. Seingat dia.. Dia menceritakan pendek sahaja sebenarnya tak sangka panjang pula jalan ceritanya.
"uish.. Berani betul budak2 tu ye, zaman ni lah.. Kalau aku.. Dengan aku2 dha pengsan dekat situ" balas zurina terasa memeram.
Belum sempat adillah, menyokongkan kata2 zurina.. Yana menyampuk, seperti kanak2 merajuk.
"nak lagi..!" balas Yana.
"wah.. Yana berani lah.." balas uqasha sengaja mengenakan Yana.
Adillah menleraikan sedikit pergaduhan antara uqasha dan Yana.
"okay! Yang ni betul2 ringkas, ada seorang lelaki lalu di kawasan gelap. Tapi dekat2 dengan rumah flat rendah, kawasan tu boleh dikatakan sunyi bila malam2, sebetulnya lelaki ni nak balik ke rumahnya, dia lalu sahaja dia kawasan flat apa yang dijumpainya adalah.. Cik ponti main cak2 dengan dia, apa lagi?! Lelaki tersebut terus pucat dan langkah seribu kali beredar dari situ dan ambil keputusan untuk tidur di rumah kawan2nya" balas adillah menceritakannya.
"okay! Chop!!! Cik ponti tu apa?" balas Yana blur2.
"hai.. Kau ni.. Dengar macam2 citer hantu, benda ringkas macam ni pun kau tak tahu.. Tu namanya pontianak lah sengal.." balas waty sedikit bengang pada Yana.
"Hoi.. Jangan panggil orang bukan2 la bengap" balas uqasha pula.
"cakap orang.. Kau pun apa lebih kurangnya? Ugh" balas zurina.
"ala korang.. Janganlah macam budak2 pulak.. Sikit2 nak gaduh je.. Dah2 aku sambung lagi ni.." balas adillah.
"ada sekumpulan budak2 lelaki, mereka pergi beramai2. Mereka pergi ke bangunan lama tu, yang orang buat filem tu.. Ha.. Kat situlah mereka masuk. Mereka naik ke tingkat atas, ala.. Naik sampai tingkat 3 sahaja. Kemudian salah seorang dari mereka gatal tangannya pergi mengambil satu barang di tempat tersebut. Kemudian tu mereka berasa tempat tu pelik sedikit, mereka berasa mereka belum sampai ke bawah lagi, turun2 tempat yang sama walaupun naik sampai tingkat 3 sahaja.. Dah sudah.. Salah seorang yang membawa mereka ke bangunan tersebut mengarahkan sesiapa sahaja mereka yang mengutip apa2 barang di bangunan tersebut dan membuangkannya balik atau mereka semua tak dapat balik. Mendengarkan perkara tersebut mereka yang mengutip benda2 di kawasan tersebut dibuangkan semula.. Mereka dapat keluar dari bangunan tu dengan selamat.." balas adillah panjang lebar.
"tak seram lah adillah.." balas Yana.
"ish.." balas uqasha yang tak sempat menghabiskan ayatnya ditegah oleh zurina pula.
Melihatkan situasi senyap seketika adillah mengambil peluang untuk sambung kembali ceritanya.
"seterusnya.. 2 budak lelaki iaitu Farhan dan Halim yang suka melepak malam buta, ada satu malam ni, mereka berdua keluar jalan2 dengan 1 buah motor tengah malam, lalu berhampiran balai polis gombak, pada malam tu, mereka turun dari motor, ingatkan mereka nak lepak sahaja, tak sangka pulak masuk dalam semak samun di dalam hutan tersebut. Masa berjalan dalam hutan tu, mereka berdua dengar sayup2 suara anak kucing, mereka pun mencari bunyi tersebut, kawan di belakangnya dah mula rasa takut, tapi gagah mengikuti kawan di depannya iaitu halim, mereka tetap pergi bersama kerana mereka ingat ada anak kucing yang terperangkap dalam semak samun atau di dalam hutan tersebut. Apa yang mereka dapati bunyi tersebut bukanlah dari anak kucing tersebut tetapi ianya dari cik ponti yang menyambut tetamu di malam hari, halim berhadapan dengan cik ponti yang jaraknya sangat2 dekat, sampaikan dengusan pun boleh didengari dan dirasai seramnya, orang di depannya melihat cik ponti kakinya tak pijak bumi, berbaju putih lusuh, berambut panjang tak terurus, muka buruk yang amat sangat, mata terjelur keluar dan bau2 hanyir yang amat sangat2 busuk. Hampir dikatakan 5 minit cik ponti berdiri melihat seorang budak lelaki yang hatinya sangat kental berhadapan dengannya. Orang yang di belakangnya iaitu Farhan ingin melihat apa yang berlaku, tetapi dihalang oleh halim, sebab2 salah satunya adalah.. Budak lelaki di belakangnya akan membawa motor, manakala halim hanyalah menumpang sahaja. Selepas 5 minit cik ponti menghilang, walaupun takut2 mereka gagah juga untuk balik. Sesampai sahaja di rumah halim yang menumpang motor Farhan muka Masing2 pucat, kemudian cepat2 halim dan Farhan basuh kaki. Sekemudiannya halim tidak dapat tidur selama seminggu disebabkan kejadian tersebut dan disebabkan kejadian tersebut jugalah mereka langsung tak akan keluar lagi pada malam2 buta" balas adillah menceritakannya.
"wah.. Berani betul budak berdua tu ye. Tapi memang lah remaja zaman sekarang mana reti lekat dekat rumah, ada je benda2 yang mereka nak buat.. Betul bukan?" balas zurina dan menanyakan pendapatnya sekali.
Masing2 hanya menganggukkan kepala dan mempersetujui kata2 zurina tu.
"aik.. Asal kau orang senyap pulak ni?" balas adillah kehairanan.
"biasalah tu, bila dah rasa takut senyap lah mereka" balas uqasha sedikit sindir Yana.
"siapa..? Aku?" waty ketawa.. "bukan aku okay? Tapi Yana lah, nak sangat seram2" balas waty menjeling ke arah Yana pula.
"em.. Adillah.. Ada lagi tak? Tapi tak nak dah yang seram2 sangat.." balas Yana sedikit takut.
"alamak! Citer seterusnya pun seram jugak, cuma yang sebelum diceritakan tu adalah yang tak berapa seram dan tak seram, tapi ni pertengahan seram lah jugak" balas adillah risau dengan Yana yang agak ketakutan tapi tetap di hadapannya tidak takut apa2.
Yana mengalah "okay.. Lah.. Cerita.. Lah.." balas Yana terpaksa mengalah kerana kawan2 lain dah mula menjeling padanya.
"ahem.. Okay ceritanya macam ni.. Ada 1 budak lelaki waktu senja hampir terbit ke malam, macam dalam pukul 7:40 petang macam tu. Dia dengar ada orang panggil namanya sayup2 sahaja suaranya, apa lagi dia bangun dalam keadaan mamai macam tu, dia pergi membuka pintu rumahnya, apa yang didapatinya cik ponti menjadi ratu cantik naik ke tangga atas, tapi boleh nampak susuk tubuh tersebut berbaju putih labuh berjela2, berambut panjang juga aura seram diikuti bau wangian tersebut. Dia menutup pintu rumah semula dan berbaring depan pintu sekejap. Muka pucat dan rasa nak demam, tetapi dia sempat ke bilik mak dia, dan memegang kaki maknya, kemudian harinya mak dia demam berminggu2, selepas mak dia dah baik dari demam dan masalah semuanya terkawal baru dia berani meluahkan apa yang dia nampak waktu tu, itu antara salah satunya macam mana maknya boleh demam tiba2. Pengajaran dia dari situ.. Jangan tidur waktu senja.. Pada waktu ni syaitan banyak turun padang bawak geng untuk merosakkan umat islam" balas adillah berpanjang lebar.
"boleh berjangkit ye, kalau jumpa benda2 macam ni.." balas zurina.
Krik.. Krik.. Krik..
"eh.. Mana waty dan Yana?" tanya adillah kerisauan.
"hm.. Teman Yana ke tandas lah tu, sebabnya dia tu kan takut tadinya, tapi suruh juga orang bercerita" balas uqasha.
"chop! Aku baru sedar.. Mana perginya vanisha? Aku tak nampak pun dia sepanjang aku bercerita...." adillah tak sempat menghabiskan ayatnya melihat balik suasana yang sangat hening seperti di malam hari bercahaya satu lampu surma yang sedikit menakutkan baginya.
Krik.. Krik.. Krik..
"eh.. Kau orang..!! Kau orang pergi mana semuanya??!!" teriak adillah melebih tiada seorang yang bersama dengannya.
Share this novel