Aminah menghantar anaknya awal ke sekolah, kerana adillah mula teruja untuk datang ke sekolah, aminah masih teringat2 bila mana adillah tidak habis2 menceritakan tentang perkara tersebut, Kekecohan kelas yang melucukan hatinya.
Selepas mencium tangan mamanya, adillah keluar dari kereta dan mengalas begnya di tempat duduk belakang. Dan bersiap sedia untuk masuk ke pagar sekolah, belum sempat adillah melangkah, 1 suara memanggilnya dan suara tersebut amatlah adillah mengenalinya.
"selamat pagi, adillah.." balas vanisha berlari ke arah adillah.
"selamat pagi, vanisha.. Nasib baik awak sebut nama saya, kalau tak sebut tadi, mahu gugur jantung saya dibuatnya." balas adillah sengaja menakutkan vanisha.
"eh! Jangan lah macam tu.. Okay.. Janji.. Lain kali saya tak buat lagi.. Jom adillah.." balas vanisha.
"awak join ke pertandingan mencari bakat tu?" Balas adillah.
"saya masuk, kalau awak jugak masuk. Pedulikan mereka ber-4." balas vanisha mengendahkan zurina, Yana, waty dan uqasha.
Mereka berdua berborak sambil ketawa sehingga masuk ke pagar sekolah tu. Tanpa memandang sekeliling, mereka tak perasan akan seseorang yang melihat kelakuan mereka....
"haaa!" sergah 1 suara dari sisi kiri mereka.
"opocot kau meletup..!" balas adillah terkejut.
"wah.. Melatah ye adillah.." balas 1 suara tersebut. Mereka melihat suara tersebut, rupa2nya.
"laaa.. Encik Hazman rupanya.. Saya tak melatah, cuma terkejut sahaja.." balas adillah menerangkannya.
"awal kamu datang sekolah kali ni adillah.." balas encik Hazman.
"oh.. Saje je encik Hazman.." balas adillah menyembunyikan perkara sebenar.. Tetap lambat laun guru kelasnya mampu ketahui apa yang disembunyikan oleh adillah.
"ye ke ni.. Ha.. Apa2 pun elok lah datang awal ke sekolah, nanti tak lah lambat datang ke sekolah.. Okay lah saya nak kejutkan anak saya yang tengah......" belum sempat encik hazman menghabiskan ayatnya dia dikejutkan dari arah belakang yang belum sempat encik hazman berpaling pada anaknya.
"oh mak kau!" encik hazman mengurut dadanya dan menyambung... "hish.. Budak bertuah ni.." balas encik hazman.
Ezzat hanya tersengih melihat ayahnya juga melatah..
"Dah2.. Pergi kamu semua duduk di dewan.." balas encik hazman meleraikan perbualan anak dan bapak.
Vanisha dan adillah pergi dari situ, manakala Ezzat pula masih berdiri tidak jauh dari kereta ayahnya, lagipun dia tak mahu kehilangan kemachohannya di depan adillah dan Vanisha. Dia yang tadinya tengah nyenyak tidur di dalam kereta, lekas dia bangun selepas mendengar nama adillah dari mulut ayatnya sendiri, automatik dia bangun dari tidur.
'hish.. Aku dah kenapa..? Nama adillah je pun..'
"yawnnn.." Ezzat menggeliat sambung Ezzat lagi.. "tak sangka pulak aku kali ni, awal pulak dia datang sekolah.. Nasib baik aku sempat dengar perbualan mereka.." balas Ezzat.
"hey.. Ezzat.. Beg ni tinggal ke? Berlenggang jer kamu.." pekik encik hazman bila melihat Ezzat hampir menuju ke dewan, nasib baik dia mendengar ayahnya memanggilnya kalau tak.. Dah pastinya dia tidak mengendahkannya, walaupun orang memanggilnya.
Ezzat memusingkan badannya dan berlari ke arahnya..
"fuh.. Penat.. Patut lah terasa ringan semacam.." balas Ezzat.
Cepat2 Ezzat mengambil begnya dan berlalu dari kereta ayahnya, terus menuju ke arah dewan tersebut.
---------------------
Kring... Kring... Kring..
"ahem.. Assalamualaikum dan salam sejahtera, pelajar2 sekalian. Hari ni kita ada karnival "mencari bakat sebenar" yang bermaksud atau erti kata lain hari ni tiada kelas untuk mana2 pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5" balas pengetua beena yang mengisytiharkannya sendiri.
Mereka bersorak keriangan, pengetua tidak dapat sambung lagi, sekali guru kelas Bougainvillea yang juga merupakan guru disiplin mereka menyuruh mereka berdiam dan duduk dalam keadaan tersusun.
"pelajar2 sekalian..! Tingkatan 5 semuanya bangun.. Di sebelah kanan pelajar lelaki duduk, dan di sebelah kiri pelajar perempuan duduk, dan di tengah2 pastikan bagi kosong..! Berikutan tingkatan 4,3,2 dan 1 ikut di mana kakak dan abang di depan duduk..! Mulut jangan bising.. Diam! Saya serahkan mikrofon pada pengetua.. Puan beena.. Sila teruskan.." balas encik hazman selaku guru disiplin.
Semua tak bersuara sebaik sahaja guru disiplin naik ataupun turun dari pentas..
"ahem.. Pelajar2 yang dihormati sekalian, untuk pagi ni.. Kami guru2 membenarkan pelajar2 mengikut ketua kumpulan untuk mencari bakat sebenar kamu semua, di kawasan yang luas atau sebagainya. Kumpulan terbahagi kepada 25 pelajar per 1 kumpulan seperti berikut.. 5 pelajar dari berlainan setiap tingkatan 5,4,3,2 dan 1. Tak kisah pelajar datang dari kelas atas atau kelas bawah.. Mulakan pencarian.. Pastikan jangan bising terlampau sangat, kami memberi kamu semua waktu untuk mencari 25 orang untuk 1 kumpulan" balas puan beena.
------------------
"wey.. Macam mana ni? Kita 6 orang.. Takkan nak buang seorang kut? Tambahan lagi adillah masih baru kat sini walaupun baru sehari masuk sekolah ni" tanya uqasha sedikit risau.
"haaaaa... Apa kata kita pergi dengan lelaki hensem nak?" balas Yana.
"aku chop adillah dulu.." balas Vanisha.
"wah.. Bodyguard berpisah memang tiada sama sekali" balas zurina salute pada vanisha.
"Dah2 kau orang, aku jumpa 2 lelaki hensem dari kelas orchid, salah 1nya Farish.. Budak lelaki hot kot!" balas waty teruja.
Vanisha berlalu ke arah Farish dan seorang dari rakannya.
"alamak..! Spoilers lah vanisha ni.." balas Yana kehilangan keyakinan nak ke arah Farish.
"hey.. Kau, Farish kan? Dari kelas 5 orchid kan? Aku vanisha dari 5 Bougainvillea, aku nak campak 4 orang kawan aku ke kumpulan kau.. Boleh tak..?" balas vanisha tegas pada Farish.
"count me out Farish.." balas kawan baiknya azim.
Farish melihat ke arah 4 orang yang disebutkan oleh vanisha dan kembali memandang vanisha.
"boleh" ringkas jawapan dari Farish.
"1 hal je aku rasa pelik dengan kau.." balas vanisha sedikit curiga.
"apa dia?" balas Farish bersahaja.
"gelaran kau budak pandai dan budak hot kat sekolah, tak ada rasa ke nak carik kumpulan yang lawa2 sikit..?" tanya vanisha hairan.
Farish tergelak dan membalas persoalan vanisha.. "aku dah agak kau akan cakap macam tu, aku kalau ada karnival macam ni, aku tak berkenan dengan lawa2, aku suka carik yang betul2 nak carik bakat je, dan bukannya bermaksud nak carik cinta ke apa.." balas Farish panjang lebar bercampur sedikit geli hatinya. Belum sempat dia cuba meneruskan kata2 selanjutnya, vanisha membalas...
"apa2 sahaja lah.. Sekarang ni.. Asalkan kau boleh terima 4 orang kawan aku pun dah cukup, aku nak carik geng lain untuk karnival ni.. Okay bye.." balas vanisha dan berlalu dari situ.
"kalau lah dia bukan dari bangsa India, dah lama aku tackle dia.." Farish tergelak kecil dan menyambungnya lagi "aku sebenarnya suka perempuan macam vanisha arrogant girl tapi tegas sesuatu perkara.." balas Farish tersenyum.
"suka ke tak suka ke, masalahnya kau boleh ke handle 4 orang kawan dia..? Yang dah terkenal dengan nama gelaran mereka "kaki gorat"? Balas azim.
Sedang Farish berborak dengan azim sambil melihat sekumpulan vanisha tak jauh dari mereka berdiri.
"kau pasti ke nak ke sana? Jangan mereka lari dari kau orang sudah lah.." balas adillah sedikit risau.
"asal pulak?" balas zurina sedikit tidak puas hati dengan kata2 adillah.
"kau orangkan dah popular dengan gelaran kaki gorat..? Kau orang ingat semua tingkatan ni tak tahu pasal kau orang ke?" balas vanisha menjawab persoalan zurina.
Zurina tersenggih.. Diikuti gelak tawa mereka. Seketika tu ezzat dan kawan2nya bersebelahan dengan Farish dan azim dari kelas orchid, sempat juga Farish dan azim mendengar perbualan mereka.
"aku nak ajak vanisha.." balas ezzat.
"cakap jela kau sebenarnya nak ajak adillah sekali kan? Cukuplah tu 5 orang.. Kau.. Aku.. Dan darwish" balas haris sambil ketawa besar.
Ezzat menahan malu, untuk menghilangkan malunya dia melepaskan tumbukkan kecil di perut haris..
Ezzat gelak kecil sambil membalas "kau orang melawak apa ni? Dah2.. Jom ajak mereka.." balas ezzat melangkah laju ke arah mereka.
"eleh.. Tak nak mengaku kot.." balas darwish, diikuti ketawa besar dari haris dan mempercepatkan langkah mereka ke arah ezzat.
Zurina, Yana, waty dan uqasha cair melihat wajah budak Hot dari kelas hibiscus..
"kau tengok la.. Prince charming tahap 1juta datang ke arah kita.." balas waty..
"aku hilang kata2.. Prince charming dari kelas 5 hibiscus.. Wow.." balas Yana..
"speak of devils" balas vanisha sedikit menyampah.
"hai.. Kita orang tak cukup lagi 2 orang......" belum sempat ezzat menghabiskan ayatnya waty dan Yana sudah pun berada di dalam kumpulan ezzat and the gang.
"Hoi.. Kau orang..?" balas ezzat tidak selesa dengan Yana dan waty.
"dah.. Setel.. Aku, adillah, zurina dan uqasha team dengan Farish, okay bye..!" balas vanisha.
"aa..azim" balas Farish.
Azim ketawa.. "kau jangan risaukan aku, aku boleh intai kau dari jauh pun dah cukup" balas azim.
"o..okay.." balas Farish.
"hey.. Kau orang, aku sudi campakkan kawan aku azim keluar dari team aku, dan masukkan kau orang ber-4" balas Farish tersenyum adillah membuatkan zurina dan uqasha yang melihat senyuman Farish, mereka berdua tidak endahkan orang lain di sekelilingnya.
Ezzat menahan mereka.. "tak boleh......" belum sempat Ezzat menghabiskan ayatnya, vanisha membalas segera..
"haa.. Okay sangat lah tu.. Jom kau orang.. Jom adillah.." balas vanisha.
Mereka yang selebihnya menganggukkan kepala mereka tanda setuju, dan meninggalkan geng Ezzat juga Yana dan waty.. Menghilang dari pandangan Ezzat and the gang.
"aduh.. Aku tak sangka jadi macam ni, terima sahaja lah.. Jom carik team dari tingkatan 4,3,2 dan 1" balas Ezzat sedikit kecewa.
"okay!" balas mereka serentak.
-------------------
"adillah.. Kenapa awak senyap je hari ni? Tak banyak cakap pun..?" tanya vanisha sayu melihat adillah banyak mendiamkan diri.
"takdelah.. Saya tengah fikir, kat mana lagi kawasan lapang..?" tanya adillah.
"yang pastinya padang sekolah lah, tapi saya harap saya tak jumpa sekali dengan Ezzat, serius menyampah..!" balas vanisha.
"kenapa awak tak suka pada Ezzat..?" tanya adillah dengan rasa ingin tahu.
"sebabnya, saya tak suka bila seseorang Bajet2 bagus depan perempuan tapi habuk pun takde..!" balas vanisha sedikit geram.
"maksud awak.. Saya macam ni ke? Sebab mereka cuma simpati pada saya je ke?" balas adillah sedikit sedih.
"saya dah masak dengan perangai dan jugak cara mereka, saya dah tak tahu siapa yang ikhlas untuk berkawan dengan awak. Maksud saya lelaki lah.. Kalau kita2 ni memang perempuan, memang tak payah risau.." balas vanisha panjang lebar.
"vanisha.. Terima kasih, awak jadi bodyguard saya, dari saya masuk sekolah ni sampai sekarang.." balas adillah menunjukkan wajahnya gembira.
"tak ada apalah adillah.. Kacang sahaja ni, lagipun saya ada kawan seorang macam awak jugak dulu.. Tapi dah takde dalam dunia ni. Sebab kes buli.. Ramai orang buli dia sebab wajahnya cacat lebih teruk dari awak adillah. Saya sungguh tak tahu dia kena buli, saya ingat dulu kami semua dapat tahu, dia bunuh diri sebab dibuli.. Tempat kat mana saya tak tahu.. Dan kerana itulah saya jadi macam ni, sebab saya tak nak terjadinya macam dulu.. Saya tak nak kehilangan kawan2 yang macam awak adillah.." luah dari hati vanisha.
"kesiannya.. Saya tak sangka kat sini pun masih ada kes macam tu.." balas adillah bersimpati.
"adillah.. Saya gembira.." balas vanisha.. Menitis air matanya.. "gembira.. Sebab kita berjumpa.." sambung vanisha.. "walaupun sekejap.. Adillah.." balas vanisha sayu.
Uqasha memecahkan kesunyian tersebut..
"apa kata esok malam.. Kita uji ketakutan kita paras mana.. Nak?" balas uqasha memecahkan kesunyian.
"uji?" serentak dari kumpulan Farish.
"cerita hantu..!" balas uqasha menakutkan mereka semua.
"hantu..!!" serentak dari kumpulan Farish sekali lagi.
"esok lepas sekolah.. Kita duduk di sana tu" balas uqasha.
Uqasha menunjukkan sekolah tadika lama yang terbiar di belakang sekolah tersebut, boleh dikatakan seram juga tadika tersebut.
Menurut encik hazman, sekolah tadika tu dah tutup kerana ramai pelajar hilang selepas bermain di sekitar luar tadika tanpa pengawasan guru2 tadika. Akibat kecuaian guru2 tersebut, hampir 10 pelajar hilang termasuk 1 pelajar sekolah menengah, hilang tanpa diketahui puncanya. Sehinggakan seramai 7 orang ustaz datang dari seluruh negeri, cuba menyelamatkan 10 pelajar tadika dan 1 pelajar sekolah menengah, ada yang berjaya dan ade yang tak berjaya di jumpai, yang tersenarai masih hilang hanyalah seorang pelajar sekolah menengah, masih hilang tanpa jejak. Pelajar tersebut, adalah pelajar perempuan.. Menurut guru2 tadika tersebut, pelajar tersebut rajin melihatkan budak2 di sekolah tadika.. Anda mereka mahu bermain di luar dan di sebaliknya, lagipun pelajar terbabit tiada tempat tinggal.. Dia akan setia menunggu guru2 dan sentiasa tunggu untuk guru2 tersebut.. Sebab? Sebab mereka tinggal bersama.. Mungkin disebabkan hal tersebut, pelajar perempuan tu masih menghilang, pelajar perempuan tersebut tidak di jumpai sampai sekarang, sekolah tu dibiarkan begitu sahaja sehingga kini.. Sekolah tadika tu dibiarkan seperti begitu selepas kes pelajar tadika seramai 10 orang yang hilang, dan seorang pelajar perempuan yang tak dapat dikesan, jadi ianya ditutup selamanya... Jom kita uji ketakutan kita kat sekolah tu, dengan cerita hantu.. Kau orang..? Amacam?" balas uqasha panjang lebar.
"wey.. Kau Giler ke..? Setakut2nya aku, aku tahu mana yang betul.. Tempat berhantu kot.." marah zurina bercampur takut.
"sebab tu aku cakap, aku nak uji ketakutan.., sampai mana...." belum sempat uqasha membalas untuk menyakinkan mereka.
"jangan!! Aku tak benarkan kau orang pergi sana.. Bahaya!! Kot2 ada ular yang menetap dekat situ, tak ke Naya?" balas vanisha tegas bab keselamatan.
"aku rasa.. Kalau nak buat uji ketakutan kena ada pengawasan guru2 dan ustaz2, tak boleh jugak main terjah masuk tempat macam tu.." balas Farish.
"kau sokong?!!" serentak dari vanisha dan zurina membuatkan Farish hilang kata2nya.
Uqasha tak berpuas hati dengan kata2 vanisha dan zurina. Uqasha memandang ke arah adillah..
"macam mana dengan kau adillah..?" balas uqasha.
"saya ikut je kata2 vanisha.." balas adillah terasa mengikut majoriti vanisha.
"okay.. Setel.. Aku nak tukar tempat, kita berkumpul dalam dewan je lah.. Jom..!" balas vanisha tegas.
"aku setuju! Jom adillah..." zurina menarik lengan adillah dan mengekori langkah vanisha, meninggalkan uqasha dan Farish.
"dengar jelah kata2 mereka.." balas Farish, mengejar mereka yang dah jauh masuk ke pagar sekolah.
'tak guna.. Kau... ADILLAH!!!!!!!!!!!!!'
Hatinya sakit dengan jawapan adillah.. Gara2 adillah.. Semua tak mahu dengar katanya..
Belum sempat dia melangkah ke pagar sekolah, dia melihat samar2 seorang pelajar perempuan melambai ke arahnya berhampiran sekolah tadika tersebut.
'uji ketakutan..?'... Uqasha teringat kata2nya tadi, dia dengan berani melangkah ke arah tadika tersebut dan menegur...
"amirah.. Adellah? Tu.. Kau.. Ke? Tu.. Kau.. Kan?" balas uqasha sedikit takut.
"uqasha.. Gara2 kau.. Aku jadi macam ni.. Kalau.. Kalau ketika tu kau ada untuk aku.. Aku takkan Hilang kau orang semua..!!" balas Adellah yang menangisnya dalam nada ketakutan..
"Adellah.. Kau ke.. Yang.. Datang ke...." belum sempat uqasha menghabiskan ayatnya..
"ye..!!! Aku lah orangnya.. Aku menetap dalam tadika sekian lamanya.. Tak ada orang datang selamatkan aku.. Kau.. Sudikah selamatkan aku? Aku sunyi.. Aku rasa sangat sedih.. Tak ada orang nak kawan dengan aku.. Kau.. Macam mana uqasha..?" balas Adellah yang berubah suaranya berkali2.
"Adellah.. Kau ingat ke..? Apa yang berlaku dekat kau..?" tanya uqasha..
"kau rasa..?" balas Adellah.
"Adellah.. Aku rasa tak sedap hati.. Aku... Aku nak panggil vanisha.. Vanisha rindu kau.." uqasha berpaling memandang ke belakang tapi tidak disangkakannya.. Adellah sudah berdiri di belakangnya terlebih awal dahulu.. Tetapi wajahnya, pakaiannya dan tubuhnya sudah pun bertukar menjadi mayat hidup.. Membuatkan uqasha tak dapat bergerak, sempat uqasha membalas..
"Adellah.. Ma.. Maaf.. Kan.. Ak.. U..". Uqasha menangis teresak2 dan terduduk di hadapan Adellah.. Adellah berubah perwatakannya mengajak uqasha tinggal bersamanya di dalam tadika.. Uqasha akur kata2 Adellah kawan rapatnya juga merupakan kawan2 pada vanisha, zurina, Yana dan waty.
-----------------
Kring.. Kring.. Kring..
Mereka bersorak kerana kumpulan Ezzat berjaya menjadi juara dalam pertandingan mencari bakat sebenar, kumpulan pada Farish kalah kerana salah seorang tidak hadir ke pertandingan tersebut, dan kerana itu jugak lah punca2 mereka kalah.
"bukan rezeki kita nak juara, kalau tak disebabkan uqasha lah.." balas zurina sedikit geram dengan uqasha.
"kau orang tak nampak ke uqasha pergi mana?" tanya adillah.
"tak payah hiraukan dia, dia nak sangat uji ketakutan tu, biarkan je" balas vanisha.
"jangan!! Kan awak sendiri cakap.. Yang awak tak nak kehilangan kawan awak sekali lagi?" balas adillah tegas pada vanisha.
Vanisha tundukkan kepalanya.. Dia benar2 terlupa dengan kata2nya tadi.
"zurina.. Saya rasa kena panggil guru2 dan encik hazman, saya rasa macam tak sedap hati je ni" balas adillah risau apa2 terjadi pada uqasha.
------------
Segera mereka ke tempat, di mana mereka meninggalkan uqasha berseorangan, mereka berjalan seiringan bersama2 dengan guru agama islam, guru lelaki, dan ustaz2 dari masjid berdekatan dengan sekolah tersebut.
"kamu semua tunggu di sini" balas encik hazman.
"tapi uqasha kawan kami, encik hazman..!" balas adillah tegas dengan kata2nya membuatkan encik hazman tak ada pilihan lain..
"baiklah.. Ikut kami rapat2.. Jangan terpisah!!" balas encik hazman tegas dalam hal ni.
Ustaz membaca ayat2 suci Al-Quran, keluar seorang pelajar perempuan yang telah lama hilangnya, ustaz tersebut memberi tahu, pelajar terbabit memang dah tak dan diselamatkan lagi kerana dia terlalu mengikutkan perasaannya, dan dia memberi tahu dia inginkan ada kawan2 yang ramai, jadi dia melambai orang yang ada di sekitar di situ untuk di jadikan kawannya.. Menemani di dalam sekolah ni. Kata ustaz tersebut..
"kita boleh dapat dia balik.. Tapi kita perlukan semangat kawan untuk bawak dia keluar ke dunia ni" balas ustaz tersebut.
"adillah..!" terpacul dari mulut pelajar tersebut.. "nama aku Adellah.. Kau curi kawan2 aku dari aku.. Kau tak boleh dapatkan kembali.. Mereka aku yang punya..!! Balas Adellah yang mengeluarkan kata2nya yang amat marah dan garau tu... "adillah.. Patut mati..!" balas Adellah kemudian lenyap dari pintu tadika..
adillah Terpaku.. Bagaikan dipukau, berjalan ke arah tasik tadika tersebut, tanpa mereka menyedari, adillah jatuh ke dalam tasik tersebut dan menghilangkan diri tanpa dikesan..
"adillah..!!" vanisha.. Zurina.. Yana dan waty mencari2 adillah sehingga mereka berpecah ke arah berlainan menyebabkan suasana kini menjadi tegang..
Tanpa berputus asa.. Ustaz2 di situ semuanya membaca ayat suci Allah.. Dan mereka buat apa sahaja untuk menyelamatkan mereka..
Sekumpulan ustaz lain, menjumpai.. Zurina, Yana dan waty dalam keadaan tidak sedarkan diri. Tidak pada vanisha..
"adillah!!!" jerit vanisha dalam tangisannya..
Sekumpulan tersebut berjaya mengeluarkan mereka ber-4 dari kawasan tadika tersebut..
---------------
"kamu yang lainnya, pergi dapatkan bantuan dari mana2 surau dan masjid jauh ataupun dekat.. Ezzat.. Pasangkan Al-Quran dan segala2nya segera..segera.." tegasnya encik hazman kerana.. Uqasha dan adillah menghilang.. Tambahan lagi pelajar perempuan yang hilang dulu juga merupakan anak muridnya di kelas 5 Bougainvillea.
Keadaan menjadi kucar kacir, angin bertiup2 walaupun waktu tersebut menunjukkan pukul 2 petang, tapi sudah gelap seperti malam harinya, hujan kilat sambar menyambar, hujan turun dengan lebat sekali bercampuran, kabus2 sejuk sudah pun dipenuhi di kawasan tadika tersebut.. Tidak kurang juga mata yang melihat persekitaran 1 per 1 lenyap tanpa mereka sedari mereka sudah pun berada di tempat lain.
-----------
Bantuan sampai.. Mereka tidak dapat jejak di manakah tapak tadika tersebut, kemudiannya mereka memasang semua lampu2 di sekeliling tadika tersebut kemudiannya memasang ayat2 suci Al-Quran dan dengan nama Allah SWT. Kawasan yang tadinya seperti hutan biasa kini didapati ada tadika lama di hadapan mereka.. Tadika tersebut menjadi sangat sunyi..
"salah 1 pintu ghaib terbuka, pastinya mereka termasuk di pintu tu" balas ustaz dari masjid yang tak jauh dari sekolah menengah tersebut.
"siapa yang masuk ke pintu tersebut?" tanya encik hazman.
"Perempuan yang masuk.. Dalam 3 orang yang selebihnya cuba mencari mereka di dalam pintu ghaib tu.. Sebab tu jugak lah tadika ni menjadi sunyi sepi" balas ustaz tersebut.
-----------------
"adillah.. Adillah.. Adillah.." balas uqasha mengejutkan adillah dari tidur.
"asal kau tidur? Kita kan datang sini nak buat cerita hantu, kau dan vanisha jugak kawan2 lain pun setuju tahu?" balas uqasha lagi.
Adillah yang tak ingat apa yang berlaku pun meminta maaf pada kawan2nya.
"eh.. Lama ke aku tidur?" balas adillah
"haah.. Kau ni.. Buat kita orang risau je la.." balas vanisha risau.
"maaf lah.. Aku tak sangka yang aku tertidur" balas adillah tersenggih.
"sekarang.. Giliran siapa cerita?" balas waty tak sabar.
"adillah!" serentak dari mereka ber-4.
"turn kita orang dah habis, tinggal kau seorang je, adillah.." balas Yana bersahaja.
"oh.. Yeke..? Oh.. Okay2" balas adillah tersenggih lagi.
Share this novel