Sekolah Hari - 4

Short Story Completed 1243

Adillah tersedar yang dia berada di dalam hutan berseorangan diri, adillah juga tak nampak ke mana perginya mereka berlima, adillah berjalan2 mencari di dalam gelap tersebut, tanpa sedar adillah tersadung kakinya dari akar pokok yang menimbul di celah2 rumput yang tidak di nampaknya, adillah terjatuh lama kelamaan adillah mengerang kesakitan kerana tersadung, kemudiannya adillah tidak sedarkan diri.

"adillah.. Adillah.. Adillah..!!" balas vanisha.

"haaaaa..! Adoi.. Sakit kepala aku..." belum sempat adillah menghabiskan ayatnya, vanisha mula memarahinya.

"kau ni asal ha..? Kau tahu tak.. Aku terkejut besar tengok kau terbaring dekat sini, kau tak apa2 kan?" tanya adillah.

"oh.. Aku pening sikit je, tapi aku okay, kau pergi mana vanisha? Asal aku tak nampak kau? Dan mana pergi mereka semua?" bertalu2 adillah menanyakan perihal mereka.

"kau tak payah risaukan mereka tu.. Zurina, Yana dan waty pantang nampak Farish dari kelas orchid, dan ezzat pulak tak habis2 risaukan kau, sebab tu kami berpecah carik kau.. Oh ye.. Uqasha pun masih menghilangkan diri....." belum sempat vanisha menghabiskan ayatnya, dia melihat adillah berubah mukanya seperti melihat hantu.

"adillah kau okay tak?" balas vanisha merisaukan keadaan adillah.

"a..ku.. Rasa......." belum sempat adillah menghabiskan ayatnya vanisha menutup mulutnya. Vanisha serius pada adillah, dia mengingatkan adillah supaya bertenang dan anggap semuanya tak terjadi apa2.

"ingat adillah.. Jangan.. Walaupun aku bukan islam.. Aku tetap kawan kau adillah.. Tak kisah kau ada di mana.. Kau tetap kawan dengan aku.. Tau.. Adillah..!!" balas vanisha menangis dan menghilang.

'dia menghilang ke.. Atau aku yang sebenarnya menghilang?'

-------------------------
"adillah.. Adillah.. Adillah..!" balas zurina.

"haaaaa!" balas adillah tersedar dari mimpi? Atau kebenaran?

"kau asal? Termenung jauh sangat? Kami semua tunggu kau bercerita pun payah" balas yana tak berpuas hati kerana adillah termenung jauh.

'aku tak tahu, apa yang aku tahu tu benar2 berlaku atau mainan tidur.. Aku masih pening.. Tapi takpe.. Aku teruskan jugak demi kau orang semua..!'

"maaf lah.. Aku tidur dengan mata terbuka tadi" balas adillah kerana dia sendiri pun tak sedar kenapa dia jadi macam tu.

"kau jangan macam2, aku terajang kau baru tahu!" balas uqasha mendidih seperti air masak yang tak di tutup apinya.

'aku berasa keadaan dan suasana ni macam bertukar.. Tadi yang sedikitnya riuh rendah kini terasa tegang macam akan berperang bila2 masa sahaja'

"okay2.. Seterusnya. Ada sekumpulan budak lelaki melepak depan rumah kawan seorang lagi iaitu Khalid, pada waktu malam buta tu. Mereka bergelak ketawa dan bersembang di waktu tengah malam2 buta, mereka semua nampak kelibat cik ponti duduk bertenggek dekat bumbung rumah tersebut, rumah tu bukan rumah sebijik tetapi rumah flat sahaja. Dekat situ ada dinding berlubang2 dan di bahagian yang ada pecah2 tu dan dari situ jugaklah mereka nampak cik ponti tersebut. Cik ponti bertenggek dalam beberapa saat, disebabkan kepenatan bertenggek cik ponti pun berdiri dan terbang melintas mereka dan menghilang, apa yang mereka buat adalah. Mereka pun balik dengan wajah yang sangat pucat dan tak keluar lepak tengah malam buta tu sekali lagi.."cerita adillah pada mereka semua.

Sekali lagi suasana makin senyap, hanya satu suara garau membalas "KAU SAMBUNG LAGI!!!" balas uqasha, yang memang bukan dari suaranya yang lemah lembut tu.

'aku boleh agak.. Ada sesuatu yang tak kena.. Tapi aku percayakan kata2 vanisha, kalau aku berasa sesuatu, buat sahaja seperti biasa... Jadi aku ikutkan kata2 vanisha.. Aku tak pasti itu benar2 vanisha atau bukan tapi vanisha yang aku kenal memang suka memberikan kata2 yang baik dan banyak bantu aku macam2 perkara jadi aku jugak begitu.. Aku percaya itu vanisha yang aku kenal!'

"um.. Seterusnya.. Ada seorang budak perempuan namanya Lisa, dia ada masalah keluarga, Lisa lari ke kampung halamannya dan kemudian menetap selama 2 ke hingga 3 hari sahaja. Lisa sangat takut untuk masuk ke dapur seorang diri dimalam hari, dapur yang boleh dikatakan luas sangat. Dia cuba untuk memberanikan dirinya dan kemudian dia mengambil air masak berhampiran tingkat dapur utama menghadap pokok kelapa sawit, kampung halamannya sangat gelap gelita, tika dia mengambil air masak... Dia terhidu bau orang masak rendang ayam di luar rumah, sedangkan waktu tersebut adalah waktu malam dan kampung Lisa sangat jauh sedikit dari pedalaman rumah yang lainnya, di dalam kampung Lisa hanya terdapat kampung dia dan kampung jiran sebelah di sekeliling kampungnya hanya la hutan dan pokok kelapa sawit sahaja. Tetapi Lisa tidka mengendahkan walaupun dia masih berasa takut kemudian berlalu dari situ. Malam kedua hari hujan sangat lebat, sehinggalah menyebabkan bekalan elektrik terputus gara2 kilat sambar menyambar, pada malam tu jugak mereka tersedar dari tidur mereka kerana terdengar sesuatu di bumbung atas berhampiran bilik air dan dapur kecil. Sesuatu tersebut memarahi sesuatu, benda tu mengetuk2 bumbung dengan kuat sekali macam melepaskan geramnya. Lisa sangat takut malam, disebabkan dia masih rasa takut, dia ditemani oleh ibu saudaranya untuk mengambil air wuduk dan kemudiannya membaca surah yassin dengan sangat kuat. Benda tu terdiam agak lama, kerana terdengar bacaan yassin tersebut, ketukan darinya semakin lemah, habis membaca yassin benda tu menghilang sejurus Lisa membaca doa yassin, walaupun benda tu menghilang. Tetap jugak Lisa tidak dapat tidur kembali sampai ke subuh masih berasa takut yang amat. Keesokan harinya mereka dapat tahu ada orang buang benda tu di belakang kampung Lisa, kerana itulah Lisa dan orang dalam rumah tersebut dikacau" adillah berhenti seketika dan beberapa saat kemudian menyambung semula..

"ada kejadian lain masih berlaku di kampung halaman Lisa, bapa saudaranya ternampak cik ponti terhendap2 di tingkat dapur utama dan manakala ibu saudaranya pulak nampak cik ponti terhendap2 di tingkap dapur belakang, Masing2 terus demam berminggu2 kerana nampak cik ponti tersebut.." adillah menceritakannya dan menyambung lagi.

"cerita ni pula sebelum anak2 nenek lisa membesar, nenek lisa ingin keluar menjual nasi lemak awal pagi, disebabkan anak2nya lambat bangun untuk menolongnya, nenek Lisa pergi sendiri, dalam perjalanan tersebut. Cik ponti terbang ke arahnya dan selamat mendarat di hadapan nenek lisa, sejurus nenek lisa melihat cik ponti di hadapannya, nenek Lisa rebah dan tidak sedarkan diri. Selepas kejadian tu, nenek Lisa tidak keluar rumah lagi ataupun menjual nasi lemak terlalu pagi malahannya pula dia lebih menyuruh anak2nya sahaja pergi menjual nasi lemak di tepi jalan" balas adillah berpanjangan lebar, beberapa saat kemudian adillah meneruskan lagi tanpa jemu menceritakannya.

"cerita ni pula berlaku selepas cucu2nya membesar, ada satu kisah yang tersimpan begitu lama, akhirnya diceritakan jua. Ada satu rumah dusun yang lagi jauh ke dalam hutan, rumah tersebut sangat2 dekat dengan aliran sungai mengalir dan tempat tersebut jugak adalah kawasan2 pedalaman Orang2 asli yang masih tinggal di situ. Rumah dusun tu dahulu sebenarnya tinggal sebuah keluarga belah ibu Lisa, ada satu hari tu, moyang Lisa adalah seorang wanita tua yang uzur tapi mampu lagi untuk berjalan walaupun tak jauh mana, cuma tak mampu untuk membuat pekerjaan yang berat2 faktor umur meningkat, moyang Lisa baru lepas mandi, dia ingin menyikat rambutnya yang dha dipenuhi dengan uban, dia menghadap cermin meja solek, dia melihat rambutnya yang sudah penuh dengan uban kini bertukar menjadi rambut yang sangat subur dan sihat, dia bermain2 dengan rambutnya dan macam2 gaya rambut ditonjolkan di cermin tersebut. Malam harinya ada satu kejadian yang tak diingini berlaku ketika 2 orang lelaki yang berkemungkinan moyang dan datuk ibu Lisa dalam keluarga yang tinggal di rumah dusun tu, seorang daripada mereka berdua membuka tempayan air di dalam bilik mandi, apa yang didapati mereka ianya adalah cik ponti yang keluar dari tempayan air tersebut. Seorang terjatuh dan hampir pengsan dan seorang lagi tidka dapat berlari dari situ, terasa kakinya berat untuk melangkah. Selepas kejadian yang tak diingini dari berlaku, mereka sekeluarga keluar dari rumah dusun tersebut dan berjanji tidka akan berpijak lagi ke rumah dusun tersebut" balas adillah panjang lebar menceritakannya, beberapa saat kemudian tanpa menarik nafas dalam2 adillah menceritakannya lagi.

"cerita ni pula berlaku selepas semua anak2 dam cucu2nya berkumpul bersama2, malam tu ramai2 yang keluar pergi membeli makanan untuk dibawak balik ke rumah dan makan beramai2. Malam tu ada sesuatu yang berlaku dari salah sebuah kereta yang di pandu oleh menantu nenek Lisa. Mereka singgah ke Petronas untuk isi minyak kereta, sambil2 tu membeli2 sedikit makanan ringan untuk anak buah mereka, penjual di kaunter bayar selamba menanyakan "datang berlima ye?" menantu nenek menjawab pertanyaan juruwang di Petronas tersebut "tidak lah, kami datang berempat sahaja" menantu nenek senyum mungkin juruwang ni tersilap pandang, sangkaan mereka pekerja Petronas.. Tapi ni jawapan dari pertanyaan juruwang tadi "eh.. Saya ingat kamu datang berlima sebab seorang lagi berada di atas bumbung kereta, berkemungkinan tidak dapat tempat duduk, maafkan saya salah sangka" juruwang mengira barangan mereka, menantu nenek dan 3 lagi dari mereka tiba2 terpaku seketika dengan jawapan yang keluar dari mulut juruwang tersebut. Mereka berempat segera balik ke kampung, kemudian ada dari antara sedikit lemah dan pening, juga berpeluh malah berasa takut. Tetap mereka fikir keselamatan orang di dalam rumah tambahan lagi ada bayi juga, menantu2 nenek membaca sesuatu di dalam plastik garam dan menaburkan di sekeliling rumah nenek. Lisa tidak berapa pasti dengan apa yang menantu nenek ni buat, apapun berlaku mereka serahkan sahaja semuanya kepada Allah SWT, dan insyallah takkan ada apa2 yang berlaku pada mereka" balas adillah panjang berjela2 penerangan dalam ceritanya, akhirnya adillah mula merasa penat dan berhenti seketika untuk merehatkan diri.

Keadaan kembali sunyi, adillah dikejutkan mendengar satu jeritan kuat dan disertakan sewaktu dia menyebut nama Allah SWT. Selepas adillah berhenti seketika adillah berani2kan diri melihat uqasha, uqasha masih merenung tajam ke arahnya yang paling tajam, wajahnya masih dalam keadaan tadi dan sangat baran terhadap dia tetapi adillah tidak mengendahkannya malah menyambung semula ceritanya kembali..

"seterusnya.. Cerita ni pula sedikit ringkas, selepas sahaja kejadian malam tersebut, mereka berjumpa ustaz2 untuk bertanyakan situasi mereka, mereka menanyakan apa yang berlaku dekat mereka dan apa yang tak kena dengan mereka, ustaz tu membalasnya "antara yang sulung dan yang kedua ada saka, tetapi saka ni belum bertindak ganas, saka ni masih berlembut kerana dia masih dijaga oleh seseorang.." balas ustaz tersebut. Mereka teringat balik akan sesuatu perkara ibu mereka iaitu nenek Lisa ada membela saka waktu dahulu tetapi sudah buangkannya, tapi masih belum tahu ini saka siapa, dan siapa yang cuba membuatkan mereka untuk mengambilnya?? Semuanya adalah rahsia Allah SWT. Hanya Allah SWT sahaja yang lebih tahu..!" balas adillah menceritakan cerita ringkas tersebut.

Tiba2 satu suara ketawa terbahak2, adillah memandang pada suara tersebut, sangkaannya adalah uqasha tetapi bukan.. Ianya adalah yana. Yang sudah lain sungguh suaranya dan dah macam bukan lagi dirinya.

"cerita kau.. Lawak sangat..! Aku tak pernah ketawa sampai macam ni, cerita LAGI!!!" balas yana sambil ketawa besar lagi persamaan cik ponti menggilai.

'mereka makin lama dah bukan lagi Orang2 yang aku kenal.. Makin lama makin pelik..!'

"bertenang semuanya.. Okay.. Cerita seterusnya, tapi ni yang terakhir.. Ada satu perempuan namanya........." tak sempat adillah menceritakan, cerita terakhir. Satu cahaya muncul di kawasan mereka duduk berkumpulan, malah adillah terpaku melihat cahaya putih tersebut.

----------------------
"ada jalan..! Cepat2 kita dapatkan mereka berdua dengan segera! Balas imam surau iaitu Syed bakar.

"baca rugyah beramai2 dengan kuat supaya mereka tak mengacau 2 pelajar tersebut..!" balas ustaz yang datang dari Terengganu iaitu ustaz darwis Emmet.

Mereka yang keluar dari cahaya tersebut, boleh dikatakan seramai 20 orang, adillah dapat merasakan aura2 ketenangan dari mereka yang datang tu.

Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam pintu ghaib tersebut, mereka dapat melihat suasana sebenar di tempat tu, mereka terlihat satu kumpulan yang di kalangannya adalah 2 pelajar bersama2 di dalam kumpulan tu, mereka hanya mengucap panjang.

Mereka melihat 2 pelajar perempuan yang hilang selama 3 hari tanpa di kesan tu sedang dipermainkan oleh jin yang menyerupai kawan mereka dahulu iaitu adelah.. Amirah Adellah.. Yang hilang tanpa dapat dikesan oleh sesiapa pun ketika itu.

Mereka seramai 20 orang, berpecah kepada 2 kumpulan di dalam 1 kumpulan terdapat 10 orang setiapnya, diketuai 2 ustaz yang datang berlainan negeri, berpecah untuk mencari 2 pelajar tersebut. Kerana, sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki di dalam pintu ghaib tersebut, Jin2 yang mengaburi 2 pelajar tersebut berjaya menyembunyikan 2 pelajar tersebut iaitu Uqasha dan Adillah. Kerana itu mereka perlu berpecah untuk mencari mereka, walaupun dalam berbagai masalah pun yang akan datang ataupun yang akan datang di setiap saat tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience