Imbas kembalinya~
Aku adillah, aku adalah anak sulung dari 4 adik beradik, adik2 aku semua perempuan. Ni lah nama2 yang arwah papa aku letak kalau boleh semua kena sama.. Macam mana? Macam ni... Nur Wada Adillah, Nur Wada Batrisya, Nur Wada Damia dan Nur Wada Erzati. Hah.. Macam tu lah terciptanya nama2 kami adik beradik oleh arwah papa aku, sebetul2nya arwah nenek aku sukakan nama Nur Wada sahaja, memandangkan cucu2 ramai semuanya jadi begitu. Kami gembira! ~
-----------
3 Tahun Kemudian....
Realiti kehidupan ku~
Aku hidup dalam keadaan gembira, setelah aku menerima lamaran dari ezzat yang ketika ni dia baru sahaja keluar dari hospital selepas aku lama mendiamkan diri, dalam diam mama aku masih dan sentiasa merepot kepadanya setiap kali apa yang aku buat (ha..ha..ha) mampu aku balas tapi tetap aku pilih dia, walaupun dia dulu di sekolah Sedaya upaya cuba mencuri hati aku, hanya aku sahaja yang tak faham setiap maksudnya, walaupun ketika tu aku hanyalah pelajar sementara, last mesej sebelum dia melamar aku (aku berhak untuk berbahagia) kerana itu aku memilihnya.
Kami diijab kabulkan selepas sahaja dia discharge dari hospital (kebal betul dia.. Atau.. Kerana aku? Kalau iye pun, tunggu la betul2 sembuh, ni tak. Dia punya list untuk berkahwin serius kalah perempuan kaki jalan, tapi tetap! Aku gembira..!).
Ezzat kini bekerja berhampiran perumahan mama, jadi dia pun akan selalu datang berkunjung rumah mama, oh ye.. Aku lupa bagi tahu, sekarang dah masuk 20 tahun usia aku (terasa awal, tapi kata ezzat, awal khawin tak jadi masalah sedangkan lepas berkahwin dapat kemanisan cinta, aku ketawakan dia sebab dia salah ayat. Dia tersipu2 malu.. Tapi aku kata padanya aku cukup bahagia, aku gembira..!).
Adik2 aku...? Si Batrisya sambung belajar dia pun dah bertunang tak lama lagi tu nasi minyak dah, si Damia pulak masuk sekolah teknik dan memang niat dia nak sambung belajar demi mama (dia pun dah sibuk ada berteman lelaki, kalah kakak dia ni dulu. Mana ada couple2 semua sama rata tau..!) dan last sekali si Erzati masuk sekolah agama macam tahfiz tapi tahfiz untuk lelaki yang perempuan punya tak silap hafizah..? (aku tak berapa tahu tapi memang aku akan ambil tahu, aku tak mahu susahkan mama, walaupun aku dah berkahwin, adik2 aku semua masih dalam tanggungjawab aku juga, aku juga penjaga kedua mereka.
Mama aku? Mama okay dan baik2 sahaja, cuma efek yang dulu tu je, tapi segala fizikal mama semuanya masih kuat.. Sebab? Sebab...... (jeng3)... Sebab dia nak jaga cucu2nya sendiri (comel2 lotehnya, aku gembira dan bahagia!).
Alhamdulillah.. Aku dimurahkan rezeki yang tak terhingga, dikurniakan kembar tak seiras, lelaki dan perempuan (sepasang bukan? Hehe) anak lelaki nama Ezwan Aiman dan anak perempuan pula namanya Amalina Eliza. Masing2 dalam lingkungan 2 bulan 10 hari.
Aku..? Aku buat apa..? Aku kerja jugak, cuma aku bercuti sebab bos aku baik (ada makna sebenarnya Haha) aku buat kerja rumah dan jual barang2 secara online dan jual2 makanan kat luar rumah (walaupun tengah berpantang masih boleh ye buat kerja.. Asalkan tak memudaratkan.. Kan? Kata orang lahir anak kembar ni ada petanda baik, percaya atau pun tak.. Aku percaya rezeki Allah SWT tu ada di mana2, apa2pun aku tetap serahkan semuanya hanya kepada Allah SWT....
~TAMAT~
Share this novel