"astaghfirullahahazzim.." ustaz darwis emmet yang menjumpai seorang pelajar perempuan tersebut ianya adalah seorang pelajar perempuan iaitu Adillah.
Pelajar yang bernama adillah ni, berada dalam keadaan tenang kerana di hadapan mata yang dia nampak adalah tanam yang sangat cantik dan indah, tetapi tidak pada pandangan ustaz darwis emmet, adillah berada di dalam lumpur yang dipenuhi dengan bermacam ulat dan bermacam cacing, di tambah pula rambut2 yang serupa dengan tali pula mengikat kedua tangan, kedua kaki dan leher adillah, sedikit seperti pocong hidup.
Walaupun adillah berada di dalam lumpur tersebut, makhluk berbulu yang sangat lebat tu sedang menjaga adillah seperti menurut perintah ketuanya, lebih dari 8 ekor makhluk tersebut.
Ustaz darwis emmet membuat bacaan ayat suci Al-Quran dan ruqyah, bantuan yang mengikut ustaz darwis emmet juga mengikut cara ustaz emmet tetapi mereka hanya membaca surah yassin beramai2 juga disertakan zikirullah. Menyebabkan bacaan2 diteruskan semua makhluk yang melindungi adillah melarikan diri kerana kepanasan yang teramat sangat ada setengah dari makhluk tersebut mati dan pengsan dalam jangka yang sangat panjang.
Ustaz darwis emmet menyuruh mereka menjiruskan air yassin di dalam lumpur di sekitar adillah, juga merenjiskan air yassin tersebut di rambut2 yang mengikat adillah. Akhirnya adillah selamat dari lumpur tersebut, sebenarnya asal lumpur tersebut adalah sebuah tasik berdarah yang sudah bercampur dengan tanah. Sebaik sahaja adillah keluar dari situ, adillah terus terkena histeria, hampir 2 jam dia hanya menjerit2.
Ustaz emmet membaca ruqyah sekali lagi diikuti bantuannya berzikir supaya adillah bertenang. Dengan izin Allah SWT adillah bertenang semula, sebaik sahaja adillah membuka matanya, adillah dapat melihat suasana sebenarnya yang membuatkan dia menjadi takut sangat2, dia diberikan minuman air yassin bersertakan selawat Nabi Muhammad SAW.
Selepas dia dapat mengawal keadaan dirinya dan perasaannya, ustaz emmet sempat bertanya sebelum membawa adillah ke hadapan pintu ghaib, di mana adillah dibawa masuk dari pintu ghaib tersebut.
"siapa namamu?" tanya ustaz darwis emmet.
"adillah... Nur wada adillah.. Kelas 5 Bougainvillea.." jelas adillah pada orang di hadapannya dengan suara masih tak bermaya.
"kamu tahu, di mana kawan kamu yang seorang lagi?" tanya ustaz darwis emmet lagi.
"saya tak pasti.. Saya tak tahu.. Saya tak ingat.. Macam2 yang berlaku di sekeliling saya, jadi saya tak pasti.." balas adillah menangis dengan situasi yang dihadapinya.
"kamu ada berasa pelik dari segi lain tidak?" tanya ustaz emmet lagi, kali ni ustaz emmet serius dengan adillah.
Adillah mengumpulkan semangat dan menceritakan perihal tersebut.. "uqasha.. Berkulit putih, Yana si tinggi dan vanisha kawan India saya selebihnya saya tak berapa nampak perubahan mereka. Uqasha bertukar menjadi seorang yang sangat pemarah, manakala Yana berubah menjadi seorang yang berani dan suka memtertawakan orang lain dan vanisha pula.. Vanisha.. Vanisha.. Tahu saya dekat dunia lain.. Dia cakap apa yang saya rasa.. Jangan balas apa2.. Buat macam biasa2. Kerana tu saya bertenang.. Saya percayakan kata2nya.. Kerana dia saya buat2 tak takut apa yang berada di hadapan saya..!" balas adillah panjang lebar.
Sambung adillah lagi.. "saya sambung cerita, seperti biasa.. Kerana saya percayakan vanisha dalam keadaan genting ni vanisha adalah kawan bukan islam yang terbaik dalam hidup saya, saya fikir tak ada harapan untuk teruskan hidup tetapi dia muncul untuk saya, sentiasa ada untuk saya biarpun saya macam ni.." cerita adillah sambil menangis.
"cerita..? Vanisha..?" tanya ustaz emmet seperti ustaz emmet tengah mencari balik fail2 sebelum ni di dalam tempat kerja di dalam fikirannya.
"ye.. Saya ada bercerita kisah seram2 pada mereka berlima.. Kami duduk sekumpulan" balas adillah menyakinkan orang yang bertanya padanya berkenaan kejadian ni.
Ustaz tersebut mendiamkan diri sahaja, dia tak pasti perlu beritahu ataupun tidak.. Menunggu 10 antara mereka datang bersama dan balik ke dunia dalam keadaan baik dan selamat.
"oh.. Ye......" ustaz emmet terhenti pertanyaannya bila mendapat tahu lagi 10 orang dan seorang pelajar lagi dalam perjalanan menuju ke pintu ghaib di mana mereka berjanji menunggu di situ.
"kami dah jumpa lagi se..." mereka terhenti untuk berkata2 bila melihat ustaz emmet menggelengkan kepala tambahan lagi pelajar seorang lagi sudah pun terbangun dari tidurnya.. "ahem.. Kita boleh pergi sekarang..!" balas imam surau iaitu Syed bakar.
"baik!" tegas ustaz emmet, ustaz tersebut membaca macam2 ayat suci Al-Quran dan yakini Allah SWT membantu mereka untuk membuka pintu ghaib tersebut untuk kembali ke dunia iaitu bumi Allah SWT yang telah dicipta dan disediakan oleh Allah SWT untuk semua umat manusia.. Iaitu.. Bumi.
Share this novel