BAB 11

Horror & Thriller Completed 18393

Dari luar kedengaran suara nenek kebayan memanggil-manggil nama setiap kanak-kanak yang ditemuinya tadi.

Lebih menakutkan, nenek jengkot mengetuk-ngetuk pintu setiap rumah sambil menjerit meminta kanak-kanak itu mengikutnya balik ke rumah.

Barulah semua kanak-kanak yang degil itu tahu rasa takut. Baru sedar bahawa nenek jengkot bukan sekadar dongeng tetapi ancaman Syaitan terhadap kanak-kanak.

Menjelang siang, masing-masing jatuh demam akibat terlalu terkejut.

Hashim dan Kamalia paling teruk kerana hanya mereka berdua yang betul-betul bertentang mata dengan nenek kebayan. Sampai terbayang-bayang dalam mimpi.

Malah malam itu mereka mengigau sampai berpeluh-peluh dan menggigil ketakutan.

Setelah dimandikan air kolah tujuh masjid dan minum air penawar, barulah keadaan mereka beransur pulih.

Rentetan peristiwa itu, mereka tidak lagi berani membantah cakap ibu bapa masing-masing.

Sebelum maghrib, masing-masing sudah pulang ke rumah kerana tidak ingin lagi terserampak dengan nenek jengkot!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience